Friday, 11 August 2017

Sabarlah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hujan pagi ni,tengah drive dalam hujan renyai-renyai tu tetiba viper berhenti. Ya Allah..cuak jugaklah mama dibuatnya kan, dahlah hujan viper lak tak berfungsi, macam biasalah jangan panik drive je slow-slow, dalam hati dan mulut mama ni berdoa je moga hujan tak lebat, bahayakan..

Beberapa kali dah mama ni ada masalah ketika memandu, paling hebat masa bawa kancil dulu la dengan semua benda pun tak berfungsi tapi gagah juga tekan minyak supaya sampai tempat dituju. Kali ini viper pula buat hal..bersabar je lah kan kereta dah lama cenggitu la kan kalau kereta baru mesti takde masalah, nak buat macammana itu je yang mampu buat masa ni,akan datang taktau lah kot ada rezeki nak berkereta baru pulakkan.

Sedar tak sedar dah setahun juga guna kereta ni alhamdulillah rezeki juga dapat beli kereta ni walaupun second. Rosak tu memang adalah kan nama pun kereta second, dah tukar apa yang rosak tu alhamdulillah ok je, cuma mungkin barang yang rosak tu dah sampai masanya untuk ditukarkan. Ada juga yang tanya kenapa beli kereta ni tak beli kereta lain...hmm nak beli apa-apa pun kena tengok kewangan sendiri jugakan. Kalau mampu mesti mama nak beli kereta baru, tapi tu lah banyak lagi yang lebih utama dari kereta baru. Sedar tak sedar setahun dah guna kereta tu..alhamdulillah.


Moga-moga petang ni cuaca eloklah dan tak hujan risau juga kalau hujan sebab viper tu tak gerak langsung. Moga dipermudahkan urusan mama dan semua. Seronok rasa sebab esok cuti hehehe...ada projek yang nak dibuat nih dah tergendala berminggu-minggu harapnya cuti esok lusa ni dapatlah mama siapkan projek mama tu, takde projek gempak pun kalau dah siap nanti bolehlah mama up kat sini. Kalau en.azmi kerja kenalah mama buat sorang-sorang dulu projek mama tu...

Wassalam

5 comments:

  1. nak kena tukar yang baru tu kak.. hati-hati ye..

    kat jb tengah hujan nie haa..

    ReplyDelete
  2. Cuak juga kalau tiba2 viper tak function waktu hujan.. Kalau hujan lebat mmg bahaya, sbb tak nampak jalan, tapi kalau lebat sgt, sama jugak x nampak jalan langsung walaupun viper da gerak tahap maximum.. Hanya pada Allah shj tempat bergantung..semoga dilindungi dan dijauhkan dpd segala bahaya.

    Sabar lah.. Mungkin dgn sabar itu, jalan utk kita ke syurga.. Dgr kat radio pg td.. Ada kisah seorang wanita kulit hitam, ada penyakit sawan. Ada masa dia ok, ada masa dtg sawan dia, dia jd xigt sampai terdedah auratnya.. Dia minta rasulullah s.a.w doakan dia supaya sembuh dr penyakit sawan tu.. Rasulullah s.a.w beritahu dgn dia, aku boleh doakan kamu sembuh, tetapi kamu ada pilihan, sama ada utk terus sabar dan dgn kesabaran itu kami terus masuk syurga atau diberi kesembuhan.. Wanita tu pun memilih utk terus bersabar. Tetapi dia minta supaya Rasulullah doakan dia, semasa penyakit sawannya dtg, agar tidak terbuka aurat dia dan dipelihara keaibannya.
    Memang la kan, org lain senang ckp sabar, tapi kita nk buat tu susah, sebab tu ganjarannya syurga.. Ira faham sbb da merasa pakai kete 2nd.. Apa yg kita blh usahakan bila ada part yg rosak, sebolehnya ganti secepat mungkin supaya x bnyk modal bila nk ganti semua. Tapi ye la kan, nk ganti satu part tu pun cecah ratus ringgit. Kereta baru sekali pun kalau kita x jaga, akan rosak juga. Semoga dipermudahkan urusan kak lah.. Sekejap je da setahun kan.. Biar la apa org nk kata, mungkin pada pandangan dia, x ambik baru, ambik yg model lain ke..tapi ye la kan, yg nk pakai kita nk byr pun kita.. Suka hati kita la ye tak.. Hehehe.. Panjang pulak komen ni.. Sepanjang jalan balik sempat komen sini je.. Hihi..

    ReplyDelete
  3. Semoga baik2 saja kak. Kereta second pun kalau kita jaga baik2 okay je kak. Abang Siqah ada beli Waja second, okay guna sampai sekarang.

    Tukar viper tau kak :)

    ReplyDelete
  4. mama pemandu berpengalaman ok lagi lah..kalau saya mesti dah panik. repair cepat ye mama

    ReplyDelete
  5. Jangan hujan lebat sudahlah Azra...
    Tak per, 2nd hand pun kereta jugak. Org lain, ada yg tak mampu nak beli kerera....
    Alhamdulillah dgn rezeki yg ada. Insyaallah Allah akan tambahkan rezeki lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...