Ahad seharian menguli keledek, jiran-jiran order..tengah dok buat tu ada whatsapp masuk ada lagi yang order, Alhamdulillah rezeki..jadinya pagi petang siang malam mama dok kerjakan keledek je lah semalam. dah tu pergi up pulak dekat fb ramailah pulak yang order lagi. adehhh...ikutkan hari bekerja ni mama malas nak buat sebab malas nak bangun awal pagi hehehe...sayang tido oiii.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi, ada sedikit kelebihan untuk mama boleh buat kuih, dapat juga tambah-tambah pendapatan ye dak. Hari ni bawa keria gula melaka ke ofis untuk mereka yang order semalam. masa hantar ke tingkat 10 ada yang nampak, dah dikata nak order juga. mulanya mama cakaplah isnin minggu depan pulak sebab hari kerja masa macam tak berapa nak cukup nak kejar masak lagi lepas tu nak menguli keledek lagi.
"nanti saya bagitahu lainlah takut tak sempat" katanya...terus mama rasa..alaaaa...macam sedih pulak kalau tak buat nih sebab kawan tu dah tunggu masa nak bersalin je, kuatkan semangat mama kata "ok lah esok saya buat" dan berikutan dari tu ramailah yang tumpang order lagi, adehhh...nak tak nak mama setujulah untuk buat, tak sampai hati pulak nak hampakan kawan-kawan. harap-harap kedai jual keledek tu masih dibuka petang ni waktu mama balik. takut dah tutup hampa kawan-kawan, yang tak mengandung takpe mama risau yang tengah tunggu hari tu, kang bersalin tak sempat makan sedih lak mama nanti. InshaAllah moga-moga ada rezeki kawan-kawan mama esok.
Keria gula melaka mama...sebekas rm5 |
Wassalam.
imm tak pwrnah makan keria gula melaka ni kak. xpernah nmpak org jual kt kelantan ni. nak buat sendiri takpandai hihi. mampu terliur je lah.
ReplyDeletenak makan datanglah rumah akak imm, bila2 turun key ell bagitau la akak
DeleteAlhamdulillah.. Rezeki..
ReplyDeleteSedap tgk keria tu..
Nk order nnt jauh plak nk deliver.. Hehe..
Bila berniaga ni, mcm tu la kan.. Kena korban masa.. Bangun awal..
Semoga murah rezeki kak lah & family..
bila2 nak makan datanglah rumah, inshaAllah boleh buatkan yang penting bagitau dulu
Deleteteringin jgak nak buat tapi asyik tak teringat or tak dak masa yang sesuai (macam alasan je ni kan?)
ReplyDeletehahaha itulah akak ni kalau bukan orang order malas juga nak buatnya hehehe
DeleteAlhamdulillah rezeki mama... Montel2 kuihnya itu yg ramai berkenan agaknya :) Kalau dekat teringin juga nak order hehe..
ReplyDeleteTapi betul lah nak meniaga ni kena kuat semangat, kena korban masa rehat/tido la kan.. Lagi satu bab anak2 pun nak kena setel, kalau tak satgi buat kuih pun tak tenang hehe...
hahaha montel macam tuan dia la PH, kalau nak makan datang la rumah, bagitahu awal2
DeleteRajin Ilah buat kuih walaupun sibuk dgn kerja...takpelah rezeki kan.Akak tak pernah lagi buat keria gula melaka...bila rasa teringin payah pulak nak cari keledek kat kedai.
ReplyDeleteMemang kena bersengkang mata sikit kalau nak berjualan kuih ni.Akak dah ada pengalaman sikit waktu abang sakit tempohari...hanya mampu bertahan 2 minggu je sebab akak sendiri tak sehat waktu tu
bila ada permintaan saya buatlah kak inipun sebab kena hari cuti, kalau hari bekerja tu memikir jugaklah tapi bila kawan2 minta tak sampai hati pulak kalau tak buat
Deletewah..all the best kak, sambil kerja boleh gagah meniaga lagi. Semoga dimurahkan rezeki. nampak sedap tu. nak order gak lah..hehe
ReplyDeleteterima cik sal atas doanya..nak makan marilah rumah akak KL ngan telok panglima tak jauh mana
DeleteMama, siyes terlioq dah ni, penah gak akk buat tapi tk jadi gebu, agaknya kena letak baking soda sikit ya, baru cantik. Tapi akk bulan puasa jer rajin, mcm2 kuih nak Cuba, kalo hari2 biasa ni sarap biasa2 je.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki mama Yan tu, kalorajin mmg mudah rezeki masuk.
kak marilah rumah kalau nak makan..hehehe(ajak betul2 ni tau)
Deletesaya letak tepung dengan keledek je kak, mungkin yang membuatnya tu gebu jadi kuihnya pun gebu ahahaha
Itulah kak rezeki Allah nak bagi,alhamdulillah
Meniaga ni seronok AA..
ReplyDeleteTapi kena rajin dan byk masa kena korban kan..
Nampak sedap tu..
CH pun nak oder lah 😆
alamak CH nak order...malulah kita CH bukan pandai masak sangat nih, CH lagi terror tu
Deleteseronok nya kak... kalau dana nih rajin n ada kemahiran bt kuih msti lama dh dana niaga heheheh...
ReplyDeletedh ada org order selagi mampu amik oder kak, masyuk
itulah dana selagi mampu buat akak buat jugalah dah ada permintaan kan.
Deleteehhh dana pun pandai masak apa, itu karipap dana buat tu macam sedappp je akak tengok
Sayang tido tu tak menahan...samalah kita, saya pun sayang beno tido...bahaha
ReplyDeleteye lah nini..sayang tido kot kikiki
Deletealahai.. sedapnyeeeee kak..
ReplyDeleteterima kasih e'in taktaulah akak sedap tak tu heheeh
DeleteOooo tokeh keria gula melaka yer...
ReplyDeleteDah sampai ke barang tu?... dah seminggu ni. Saya guna pos laju aritu.
dah sampai..saya ada emel berkenaan tu
Deletealhamdulillah...
ReplyDeleteniaga keria ekk.
sib baik jauh. if not aida salah sorang yg membeli tau :)
i love buying lovely delicious food tau.
lom pernah lagi gentel keria sendiri.
semangat rajin lom pernah dtg tang buat-buat kuih ni, AA.
masak lauk pauk ajer.
Confirm En Azmi naik jemu ni sebab hari hari bekfes keria gula melaka haha....
ReplyDeleteSeronok meniaga bila ramai yg order. Tapi tulah masalahnya .... meniaga ni kena jiwa kental, perlukan pengorbanan. Patutlah Dato Vida kaya agaknya kan....
Kalau dekat confirm ana tumpang order sekali. Fav ana kuih keria ji lagi2 kalau yg lenbut gebu. :)
ReplyDeleteSemoga terus murah rezeki sis sekeluarga.