Wednesday 9 August 2017

Cendol Durian Hafidz

Assalamualaikum...

Ahad lepas sepagi mama dok menguli keledek sampaikan untuk lunch pun tak masak haii teruk sungguh, dah penat tu memang malas la pulak nak memasakkan. dalam pukul 11 macam tu en.azmi ajak keluar ke banting untuk settlekan bayar bil-bil. ok je lah mama dan anak-anak, bosan jugakkan cuti-cuti duduk rumah je, keluar bayar bil pun bolehlah janji keluar rumah.

Lepas bayar bil dah tak tahu nak  ke mana pun en.azmi kata apa nak beli ke? mama memang takde apalah nak cari jadinya malas nak singgah mana-mana dah kan, setakat nak pergi cuci-cuci mata memang malaslah mama sebab takut tercuci poket sekali hahaha..bukan tak tahukan kalau dah masuk pasaraya tu nanti barang yang tak perlu pun jadi perlu bila dah ditengok, jadi bagi mengelakkan pembelian yang tak munasabah baiklah kita elakkan, zaman ni perlu berjimat cermat dengan gigih, beli barang yang perlu je kekdahnya kan.

Masa perjalanan balik tu en.azmi kata "pekena cendol pun sedap nih" mama sokong je lah lagipun perut tengah lapar. En.azmi terus pusing kereta. Dalam pada tu whatsapp dekat group bertanya kot-kot adik ipar sekeluarga masih di bukit canggang nak ajak makan cendol sekali tapi mereka dah balik, so takpelah kami je yang pergi,idea spontan kalau dah plan awal boleh cakap awalkan takpe lainkali mereka datang rumah boleh bawa mereka pegi.

Kedainya dekat olak lempit,  kat tepi jalan je, ramai betul yang singgah, namanya "cendol durian hafidz" tapi kat kedai tu macam-macam ada dijual, makanan goreng-goreng, pisang goreng, pisang chesse, coconut shake,air kelapa dan macam-macam lagilah dan yang pastinya mestilah ada cendol durian sebab nama kedai pun cendol durian hafidz kan.



Tengok ni amacam nampak sedap tak??? ada 2 jenis cendol durian ni 1 yang isi pes durian je satu lagi isi buahnya durian, haruslah mama ambil yang ada isinya barulah puaskan heheh ada 2 ketul durian disertkan dalam semangkuk cendol ni, puaslah makan durian tu, komen mama..hmmm oklah rasanya cendol pun sedap, durian pulak haruslah bergantung kepada durian itu sendirikan sedap atau tidak, hari tu mama dapat durian sedap so keseluruhannnya sedaplah. Lama kami tak jjcm nih sebab dok makan kat rumah je sekarang ni dasar penjimatan sangatkan, sebab tu lah cerita jjcm pun dah lama takde kat blog mama nih, yang dok ada cerita mama masak je lah

Sesiapa yang nak cuba tu bolehlah ke sini alamatnya : 31,kampung olak lempit
                                                                                        Kampung sungai lempit
                                                                                        42700 banting.

Wassalam

15 comments:

  1. Dah ramai yg story pasal cendol durian.saya je yg belum cuba...huhu

    ReplyDelete
  2. aduhla kak jauh nun di banting, kalau dkt2 sini blh la try hehehhe

    tp mmg menggoda lah isi durian tuh kak.... perkkkkh

    ReplyDelete
  3. mase e'in ngandungkan ecad, teringin sangat nak makan cendol durian.. tapi tak dapat-dapat.. sampai laaaaaaaaaaa sekarang.. huhu

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan cendol jugak ni... Sejak 2 menjak ni ramai pulak orang tayang cendol. Hish ni yg jeles ni. Nak ajak pakci cari cendol jugak ah kalau cenggini.

    Apa barang rasa pes durian je kan Azra hahaha.....Nampak tebal isi durian tu weyh

    ReplyDelete
  5. Olak Lempit ..why la jauh sangat. Hehehe...lately ni, ramai pulak yang cerita pasal cendol. Sedapnya lahaiii...

    ReplyDelete
  6. as/kum mama aryan, cantik 'rumah' baru ni tapi payah dan mengelirukan nak baca n3 dan tinggalkan komen. Sebab tak nampak kotak komen tu. Smlm saya tinggalkan komen, ingatkan dah masuk rupanya kena tekan publish tu 2 kali baru boleh enter.

    hmm teringin jugak nak rasa cendol durian... trend dah skrg cendol durian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke susah ye...itulah saya pun baru je nak biasakan dengan rumah baru ni, macam tak menarik jugalah tapi saja nak tukar selera hehehe

      Delete
  7. bila la nak merasa ni hehehe......

    ReplyDelete
  8. Belum cuba lagi cendol durian ni. Durian mmg feveret kita ni.

    Baru 1st time dengar nama tempat ni, unik ye olak lempit :)

    ReplyDelete
  9. Uishhh...dah tukar perabut sume niy, cantik2.
    Lama gak tak makan cendol, tapi takpe, bukan kesukaan akk, hehe.
    Cuma tingin nak try cendol sagu rumbia yg masuk Maj 3 baru ni, otw nk balik kg suami je, aritu nak singgah ramai sungguh pelanggannya.

    ReplyDelete
  10. nampak sedap, Amy pun belum pernah cuba lagi cendol durian ni

    ReplyDelete
  11. Alaaaaa sedapnya. Kat sini xjumpa pun cendol durian. Meleleh air liur tgk.

    ReplyDelete
  12. Kecur air liur tgk cendol durian tu..
    Xde rezeki kami nk merasa hr tu.. Hihi.. Next time la..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...