Assalamualaikum...
haaa...mama nak start cerita raya dah ni. Seminggu bercuti kome..seronok wehh duduk kampung. Untuk cuti raya tu mama cuti awal, jumaat tu mama dah cuti, tapi takde la balik kampung lagi, mama bereskan kerja-kerja rumah, siap buat sekut raya lagi tu tau, baju raya pun baru nak basuh, walaupun hujan renyai-renyai alhamdulillah..kering juga baju kami. En.azmi pula kerja jumaat tu, memang takde harapanlah nak balik awal pun.
Sabtu sesudah subuh dalam pukul 7pagi, baru gerak balik kampung perjalanan lancar sampailah ke tol gombak, tengok jalan macam takde harapan je terus en.azmi masuk jalan lama. oklah jalan lama tu cuma belok-belok sikit, sempatlah mama bermandi muntah adelya..huhhh mashamm baunya, mujurlah muntah air je, tapi dengan baju seluar mama yang terkena muntah tu tetaplah berhenti dibeberapa buah pasaraya untuk membeli barang. selamber je berjalan dengan seluar baju basah, dah rupa kencing dalam seluar pun ada mama masa tu, tapi ku redah sajalah kan.
Settle beli barang semua teruslah tuju ke kampung mama, kali ni takmau dah ada adegan sentap menyentap dengan anak-anak hehehe walaupun anak-anak tanya juga kenapa balik kampung mama? haaa..biorkan je. mama nak bagi kome rasa hari raya tau, mama kecik-kecik dulu mana pernah setiap kali raya balik kampung ada tak ada pun sekali je pernah rasa tau. Sampai je kampung baru pakcik je yang ada, yang lain belum sampai, teruslah gigih mamapapa bersihkan rumah. pakjang tinggal kat rumah tu tapi mana retinya nak mengemas, ohoiii geram sungguh. en.azmi kemas-kemas dapur, mama sapu sampah, kemudian yang lain-lain pun sampai, amik part masing-masinglah mengemas, menyapu mengemop. semua kerja dibuat bersama terasa la ringan sikitkan.
Tak sempat nak lurus-lurus pinggang, mama teruskan memasak rendang dan membuat kuah kacang. pestime okeh buat kuah kacang sebab en.azmi suruh buat. minta maktam dengan makdak tolong uruskan kacang, sangai dan buang kulitnya, cuma menampi dorang suruh mama, katanya kalau dorang tampi dengan kacang-kacang tu terbang. mak ngah gigih membeli periuk noxxa untuk mama guna buat rendang sekali mama macam serammm nak guna sebab tak biasakan, takut pula rendang tak menjadi, jadi masak secara biasa saja, guna periuk tu untuk rebus ketupat je..hehehe nantilah mama cuba berbaik-baik dengan periuk noxxa tu ye, macamamana nak guna hehehe, dah ada tu haa bolehlah mama cuba-cuba nanti. makngah tu tau beli je, sudahnya bagi orang guna. takpe-takpe mama redha ahahaha..untung wehhh tak payah dah mama nak beli.
Lega sikit mama nak buat kerja sebab anak-anak ikut makngah dan pakcik keluar beli barang. Memang tak duduk diamlah mama adik-beradik semua ada part masing-masingkan. kalau dulu tolong-tolong arwah mak tapi sekarang kena buat sendiri, adik-adik yang tolong. ye lah kalau semua pakat nak duduk saja berehat siapa pula yang nak buat kerjakan, takde istilah aku buat kerja lebih kau buat kerja senang. buat sajalah selagi kita mampu tak mampu minta je tolong jangan dok diam makan hati sentap sorang-sorang, nak raya nak makan ramai-ramai, nak seronok sama-sama jadi apa kerja pun kita buat sama-sama. Alhamdulillah dapat suami, abg ipar dan adik-adik ipar yang ringan tulang walaupun lelaki.Boleh juga menolong bersihkan kawasan rumah.
Sudahnya malam tu kami berbuka puasa makan nasi berlaukkan kepsi, makngah belanja abg adam sebab puasa penuh tapi kami pun dapat la tempiasnya tu..cuma abg adam special sikitlah makan burger kami makan ayam je. sempat jugalah mommy ngan daddy ke kampung en.azmi usha-usha bazar ramadhan kot masih ada yang meniaga. itupun setelah bertanya pada adik en.azmi. nak ke mempaga macam jauh jadi redah je ke kampung en.azmi mana tahu ada rezeki kami. Alhamdulillah memang ada rezeki kami, walaupun mommy dah beli sardin dan sayur untuk masak tapi lepas tu terjumpa pula orang menjual lauk untuk berbuka, apalagi terus belilah. Masak lemak telur ikan. sedap sangat. walaupun makan ala kadar lauknya tetap licin tau, makan ramai-ramaikan.
Malamnya senyap-senyap en.azmi balik ke kampungnya pula sebab nak menghantar barang untuk family sana pula. Senyap tu bukan sebab apa takut anak-anak nak ikut hehehe..anak-anak bertanya juga kemana papa mereka sebab tak nampak kan, mama cakap je balik kampung papa, nanti papa datang balik sini, so anak-anak ok je, lepas tu sambung main bunga api. bagi anak-anak rasa kemeriahan hari raya macam yang mama lalui waktu kecik dulu. kampung mama dengan en.azmi tak jauh pun ada la dalam 10minit macam tu jaraknya. cumanya tahun ni giliran mama, jadinya raya rumah mama dulu la, mama pun takdelah singgah kampung en.azmi, takpe sebab nanti kita balik sana jugakan. Ingat nak duduk semalam je di kampung mama, tapi en.azmi tu memahami pula perasaan isterinya ni, kami bermalam di kampung mama 2 malam, lepas tu baru balik kampung en.azmi pula.
Penuh kereta dengan barang, siap toto bantal semualah. Sebab nak tidur kat rumah mama kenalah bawa semua tu. Sesekali balikkan apa salahnya bersesak ramai-ramai dalam rumah, sesekali tidur berseluar baju lengan panjang siap bertudung litup lagi..alaa sekali dua je dalam setahun tidur bertudung takde masalahnya kan. kat kampung mama kami takde bilik sendiri, bilik yang ada pun 5 bilik je, kalau setiap orang nak ada bilik sendiri kena ada 9 bilik lah sebab kami 9 beradik takkan nak buat sampai 9 kalau balik pun sekali sekala dalam setahun boleh dibilang dengan jari. kang seram pula pak jang sorang-sorang dekat rumah dengan bilik yang banyak ada pula yang main cak-cak kang kikiki. Kalau kat rumah en.azmi takde masalah sebab kami ada bilik sendiri, ada bilik pun cuma mama dengan adelya je tidur dalam bilik, cuma kalau ramai saudara yang datang kenalah bersesak juga 5 beranak dalam bilik kadang 4 beranak je sebab abg adam biasanya tidur dengan paklong, sesekali bersesak takde masalah, pandai-pandailah kita kan. hari raya kita nak seronok dengan keluarga jangan hal yang kecik buat kita bermasam muka.
Perbelanjaan raya, kecik-kecik dulu mestilah mak ayah yang sediakan. bila ada yang dah bekerja perbelanjaan raya ibu dan makngah yang keluarkan kosnya, untungnya punya kakak-kakak yang tak pernah berkira, bukan saja dulu sampai sekarang pun mereka tak pernah berkira tentang duit, bila mereka dah keluarkan kos tentulah yang sedikit sumbangan kos ni sumbangkan tenaga pula kan, tapi walaupun sumbangkan kos mereka tetap sumbangkan tenaga. Sekarang ni mak ayah dah takde perbelanjaan raya kami kongsi bersama. Bukan apa tiap kali raya banyak barang yang perlu dibeli, nampak tak tu segala tisu kotak, tisu dapur, kordial..pendek kata semua benda perlu dibelilah. Siapa yang masak perlu beli bahan masakannya sendiri. tapi tak apa sebab kosnya dikongsi jadi takdelah terbeban pun semua keluarkan kos yang samakan.
menu raya kami tahun ni : lontong kak ton ( ini saja bagi gelaran dekat ibu) kuah lontong dan sambal bilisnya memang meletop. rendang ayam 3 ekor (ini memang tender mama tiap tahun), kuah kacang(pestime buat..kata dorang sedap, tapi tak dengar lak komen dari en.azmi sedap ke tidak, tapi manalah boleh nak lawan dengan kuah kacang mak mertua mama kan, dari tangan yang berbeza tentu rasanya turut berbezakan), lemang beli, ketupat beli, nasi impit. BBQ (macam-macam ada). biskut raya (ini pakat bawa balik sorang sikit,mama bawa sejenis je sebab yang lain dah bawa banyak nanti tak habis pulak kuihnya itupun ada yang angkut bawa balik semula) ada juga yang mommy buat, tart nenasnya memang mabelles, jem nenas yang dibuat oleh mak mertuanya memang sedap sangat. mama memang sukalah, tahun depan boleh order. Gambar juadah raya memang tak sempat nak ambil. malam tu dah selesai masak semua, mama terus tidur..penat dahhh.
Ok lah mama stop dulu la bebelan mama ni, nanti mama sambung lagi dengan cerita raya pertama pula..ohoii macam banyak je cerita pasal raya ni, takpelah rayakan sebulan ehehee cerita raya pun sebulan la kan.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
unutnglah mama ngan encik suami kampung sebelah-sebelah je.raya pun senang. Selamat hari raya, maaf zahir batin.
ReplyDeleteselamat hari raya cik sal, maaf zahir batin
Deletesama la, kalu boleh nak hangkut 1 rumah bwk balik kampung..hahaa
ReplyDeletebetul tu zie kalau rumah tu boleh dicabut mau diangkut juga
Deletememang seronok kan kalau beraya di kampung. tahun ni akak balik lewat. petang raya baru sampai. jadi tak de lah rendang air tangan akak.
ReplyDeletekitarang pun kalau balik, tak ada bilik sendiri. lepak lah reramai mencari ruang peribadi. tidur memang kena full attire. siap bertudung semua. tapi seronok kan.
memang seronok kak, nak pulak kampung sendiri hahaha, tapi bukan bermakna kampung suami tak seronok, seronok juga tapi kita ni dah terbiasa dengan kampung sendiri dari kecikkan itu yang suasananya jadi lebih seronok tu
DeleteSelamat hari raya mama!
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah nampaknya raya mama dan adik beradik mama.
Wah bestnya dapat periuk noxxa.untung mama tak payah main kutu dah nak beli periuk serbaguna tu hehe
selamat hari raya PH.
Deletememang meriah bila dapat berkumpul adik beradik
sudah semestinya,rasa nak bawak satu almari..hehe...selamat hari raya
ReplyDeletebetul sangat tu aida ,rasa macam semuanya nak bawa, selamat hari raya
DeleteBaguslah Ilah dan adek beradek walaupun makayah dah takde masih tetap berkumpul di rumah kg.Akak makayah dh xde rumah kat kg pun dah xde....jadi beraya lah dengan keluarga sendiri.
ReplyDeleteAkak dpt bayangkan kemeriahan suasana hari raya Ilah dan keluarga di kampung.
ye lah kak, bila mak ayah takde dengan adik beradiklah tempat kita menumpang kasih pula. duduk sini pun dekat dengan adik beradik jadi memang apapun adik beradik dekat lah.
Deletememang meriah sangat kak
Alhamdulillah..semua adik beradik ringan tulang tolong menolong. Bagus sangat sebab masih diterapkan budaya pulang ke kampung walaupun ibu dan ayah sudah tiada. Semoga ikatan kekeluargaan terus berkekalan hendaknya. Selamat Hari raya! Maaf Zahir dan Batin.
ReplyDeletealhamdulillah...mujur semuanya tolong menolong. InshaAllah semoga kami adik beradik terus bersama.
Deleteselamat hari raya nany
Selamat Hari Raya maaf zahir batin Azra....
ReplyDeleteAmboiii berhimpit himpit pun sanggup ye sebab balik kg sendiri haha....
Baguslah adik beradik berpakat mcm tu, kata orang ringan sama dijinjing berat sama dipikul barulah kerja jadi seronok dan ringan.
Tulah dengar jugak radio jalan hala ke tol Gombak mmg sesak ek hari Sabtu tu....Nasiblah mak balik hala Selatan
selamat hari raya mak..
Deleteate kampung sendirikan mak, apa ada hal berhimpit pun haruslah mama redho hahaha janji balik kampung mama.
alhamdulillah mak, setakat ni memang semuanya sepakat membawa berkat hehehe harap2nya begitulah mama dan adik beradik hingga ke hujung nyawa nanti.
memang jem mak, tapi bila dah petang tu jalannya dah ok, kalau tahu balik je lewat2 sikit ahahaha
Seronoknya beraya beramai ramai...tapi betulla kalau bab bilik...memang kena pandai pandai nak tidur...hahaha....
ReplyDelete