Thursday 6 July 2017

Syawal 2017- masuk gua

Assalamualaikum...

Raya ketiga ikut FIL berjalan raya ke rumah saudara sebelah emak mertua pulak. En.azmi ni memang asalnya orang pahang family pun memang ada kat pahanglah. itupun masih ramai lagi yang mama tak jumpa, ada tak ada pun yang biasa mama jumpalah, cuma tahun ni ada jumpa yang baru juga. Macam mama ni memang membesar di Pahang, tapi ic 08 lahir kat perak komee.. sebab arwah mak dan ayah orang perak, merantau bawa diri ke pahang.

Ok lah moh berjalan raya. kali ini rezeki untuk makan nasi minyak macam tahun lepas takde, dapat rezeki makan biskut raya sajalah. rumah yang kami pergi ni kebiasaanya buat nasi minyak raya kedua, tapi tahun ni kami pergi raya ketiga jadi takdelah rezeki kami, makanlah biskut raya sampai licin hahaha..buruk benar perangai memang licin biskut raya yang terhidang tu. Dalam pada dok makan-makan tu kami bersembanglah konon nak singgah gunung senyum. dah alang-alang sampaikan, gunung senyum pun dekat kawasan tu je.

Sebelum ke rumah seterusnya kami jejak gunung senyum dulu, nama je orang pahang gunung senyum pun tak pernah jejak mama ni. Untungnya mama sebab mak dan abah mertua ni jenis sporting, ikut je apa kami nak buat, macam tahun bila entah kami pergi kuantan beraya, jumpa kawasan tepi pantai yang cantik gedik-gediklah mama nak singgah berphotoshoot, jadi semua orang pun ikutkan sajalah, mak dan abah tunggu je tengok gelagat anak menantu bergambar.

Macam kali ni juga, walaupun abah tak larat sangat nak berjalan, tapi abah ikutkan juga hasrat anak menantu, dah alang-alang sampai pergi je lah katanya, nanti tak tahu bila lagi nak pergi. seronoklah kami dibuatnya. sebab dekat sangatkan itu yang nak singgah juga, abg ipar pula kata cantik juga tempat tu, jadi kami pun singgah, tapi mak dan abah tak ikut keatas, mereka tunggu dekat kerusi yang ada disitu je. kami lak teruskan perjalanan, kata pakcu atas tu ada kubur, mama tengok tangga fikir nak naik ke tak, rasa macam tak tinggi pun, anak-anak dengan en.azmi pun dah melangkah naik tangga.

en.azmi dan anak-anak melangkah tak toleh dah, ini permulaan naik tangga sebelum jumpa tangga yang agak menjunam tu
Dalam dok fikir-fikir tu mama pun join jugalah panjat tangga ingatkan tak tinggi..haaa yang permulaan naik tu tak tinggilah, yang seterusnya tu ohoii menjunam juga tangganya walaupun tak tinggi mana, tapi berbekalkan semangat yang ada sebab dah sampaikan nak juga tengok apa yang ada kat atas tu, gigihlah mama dengan dress dan kasut 3 inci tu panjat tangga, masa naik tu oklah lagi sebab kita dok pandang atas masa turun tu rasa jugalah macam nak menjunam tapi kata model catwalk, apa ada hal turun tangga dengan kasut 3inci tu kan.


ini maklang..adik ipar mama muka ada senyum tapi dalam hati berdebar amat tu..hehehe steady maklang dalam debor-debor tu sampai juga keatas ye dak.

Itu mama sempat lagi nak berphotoshoot diatas tangga, satu kegigihan dihari raya, siap handbag,dress, heels 3 inci..aishh masuk gua pun mesti nak vouge okeh tapi vouge ke mama? Ngehngehngeh
Kami takdelah panjat sampai atas pun setakat makam tok long tu je la. Dekat gunung senyum ni banyak gua antara yang terkenal gua makam tok long ni lah. Mengikut cerita yang mama baca pada kenyataan yang disediakan tu. Tok long ni berkahwin dengan puteri bunian yang terdapat di gunung senyum ni. satu hari tok long minta izin dari isterinya untuk pulang ke kampung di kuala krau selama satu purnama, bila dah balik kampung tu toklong rasa gembira sampaikan terlupa janjinya pada isterinya tu, bila tok long kembali ke gunung senyum tu dikatakan dia tak dapat lagi bertemu dengan isterinya. Tok long terus mencari akhirnya dia menemui isterinya tapi tidak dapat mendekatinya. Akibat terlalu kecewa toklong akhirnya meninggal dunia didalam sebuah gua yang kemudiannya dinamakan gua makam tok long.

Bergambar ramai-ramai dulu, bukti dah sampai sini, belakang tu lah makam tok long
Selain gunung senyum, terdapat juga gunung lain disitu yang dinamakan gunung jebak puyuh, seperti yang mama dengar dari cerita mak mertua katanya dulu, ramai juga orang yang cuba nak ke gunung jebak puyuh ni, walaupun nampak dekat tapi tak pernah sampai, ada tu yang terus hilang, ini mama dengar mak mertua dan pakcu lah yang cerita sejauhmana kebenarannya wallahu'alam lah ye. tapi sekarang ni gunung jabak puyuh ni pun dah menjadi satu tarikan juga disini, letaknya pun tak jauh dari gunung senyum. Di Gunung jebak puyuh terdapat 7 gua, manakala di gunung senyum terdapat 18 gua, semuanya punya kisah yang tersendiri. tapi tidak le mama nak cerita ye, kalau cerita kang berjela-jela pula entri mama ni.

Haruslah ada gambar berdua, kali ni tak susah dah nak ajak gambar berdua sebab tak perlu mama ajak, en.azmi yang sudi gambar berdua kalau dulu sikit punya susah nak amik gambar beedua siap sentap-sentap la mama dibuatnya. Adik ipar pun melayan je bila disuruh ambilkan gambar. Kadang dorang yang tanya kaklah nak ambik gambo ke? Ehhh haruslah nak hihihi
Selesai bergambar kami pun meneruskan perjalanan untuk beraya. kali ini kami kerumah wan som pula, ibu saudara mak mertua kalau tak silap..aiyooo mama itu pun lupa ke? masa pergi beraya tahun lepas wan som masih sihat dan boleh duduk lagi tapi kali ini wan som dah terbaring di tilam, wan som masih sihatlah cara orang tua la kan, cuma tak boleh duduk lama-lama. untungnya wan som ada 3 orang anak lelaki yang menjaganya, alhamdulillah..pahala berganda buat anak-anak wan som tu. lepas tu ke rumah yang lain pula, ini pun pertama kali mama pergi. duduk sekejap gerak ke rumah ke tiga pula.

Seelok keluar jalan ke rumpun makmur tu, mama dengar bunyi yang pelik, en.azmi berhenti tepi jalan, mama keluar tengok tapi takde apa-apa pun masuk balik dalam kereta ehhh..ada bunyi lagi, berhenti lagi kali ini abah mertua dan abang ipar pun turut keluar tengok, kami naik satu kereta. tengok bahagian pintu takde apa-apa, kemudian en.azmi raba dekat tayar..hmmm dah agak dah katanya, benang tayar terkeluar dah..Allahu..perlahan-lahan en.azmi bawa kereta, kata abah dekat pekan nanti cari bengkel.

Kasi tukar dulu itu tayar


Alhamdulillah..walaupun raya, ada bengkel yang dibuka, itupun mujur rezeki Allah nak bagi kami sempat ke bengkel tu sebab kak taukey nya bengkel dah nak tutup, selamatlah tukar tayar hari tu. Abah kata mujur kena sekarang, kalau dekat highway lagi susah. lagi pulak anak-anak pun tak naik dengan kami, syukur jugalah kalau tak mau masing-masing buat perangai. selesai urusan kereta teruskan perjalanan ke kampung makcik pula, alhamdulillah rezeki kami dapatlah makan nasi tomato. legalah perut yang lapar ni sebab dari tadi dok makan biskut raya je kan.dok bersembang sekejap dengan makcik, lepas maghrib tu kami gerak balik rumah.

Habis cerita raya ketiga...ehh tapi ada lagi cerita raya tau hehehe..mama sambung nantilah pulak.

Wassalam

28 comments:

  1. WAH BERAYA SAMPAI KE GUNUNG SNYUM YA YAN..KAK XPERNAH SAMPAI LAGI TAPI ANAK2 SEMUA DAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang dah sampai tu kak, jejaklah sekali kalau tak entah bila pula saya ni dapat ke sana

      Delete
  2. dahsyat mama masuk gua pakai baju raya. yelah, kalau nak tau sejarah semua 18 gua tu pergilah sendiri ke gunung senyum ye. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dasyat sangatlah rasanya cik sal hahaha..kagum dengan diri sendiri. betul kalau nak tau lebih lagi kena pergi sendiri la, akak pun tak jejak semua gua tu pun

      Delete
  3. selamat hari raya.. wahh gigih panjat tangga tu dgn berbaju kurung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya mun..memang satu kegigihan jugalah memanjat tangga tu hehehe

      Delete
  4. Mama Yan, beraya kt Gunung Senyum,ada puteri Gunung Senyum hidang kuih Raya dan ketupat rendang ek, kikiki.
    Jgn marah, saja ngusik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada puteri yang hidang biskut raya mau lari lintang pukang dah kak hahaha

      Delete
  5. kalu sy pun seriau nak pnjt tangga tu..tnggi jugak eh

    ReplyDelete
  6. Mama senyum tak depan gua tu.

    ReplyDelete
  7. dana penah ke gunung senyum masa belajar kt uitm jengka dulu...

    tak suke pg sbb banyak kelawar hehehhe...

    rajin betul akak n semua2 tu raya2 jln2 situ... tak sanggup dana nk menapak jauh lak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dana dah pernah pergi ye.

      akak ni dah alang2 sampaikan gigih jugalah singgah hehehe

      Delete
  8. Mcam curam aje tangganya....

    ReplyDelete
  9. aaa macam curam sangat je tangga tu.. kalau imm mmg xnaik lah..dah tua2 ni makin teruk pulak penyakit gayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun gayat juga imm, tapi buat2 tak nampak je lah

      Delete
  10. Wah beraya dan berjubah masuk ke gunung. Panjat tangga dengan high heel lagi. Curlasss u olls.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. memang rare sangat tak pernah buat pun hehee

      Delete
  12. Syoklah boleh buat macam ni dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  13. wah... mmg beraya sakan akak n fmly siap leh jalan2 naik gunung lagi... syoknya... hehee

    ReplyDelete
  14. Gigih tu panjat gunung dgn high heels.. Hehe..
    Alang2 da sampai kan.. Singgah je la..

    ReplyDelete
  15. Sanggup pulak tu mendaki pakai dress, nak ambik gambo sweet depan gualah tu. Eleh mcm tak tau hihi....
    Perasan tak? Kita ni kalau pergi rumah orang, makan ikan masin pun jadi sedap ..

    ReplyDelete
  16. wow AA. gigih nyer! :)
    memori yg indah ni. bukan selalu dpt beraya gini.
    rare !

    ReplyDelete
  17. X pernah lg masuk gua.. Time ct raya ni gak la blh ambk pluang nk jln2 trs kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...