Wednesday 5 July 2017

Syawal 2017 - Raya kedua

Assalamualaikum...

Raya kedua ni tengahhari dalam pukul 11 macam tu, mama,en.azmi dan anak-anak pulang ke kampung en.azmi pula, bunyik macam jauh je kan pada hal 10 minit je hahaha. Kat rumah en.azmi ada acara membakar lemang. Ada sepupu dan pakcu en.azmi datang. Pakcunya membakar lemang dihari raya kedua, sedpalah dapat makan lemang dan rendang.

Kali ni family mama pula bertandang ke rumah en.azmi, abg ipar masakkan nasi beriyani yang sedap sangat..abg ipar okeh yang memasak haaa jangan tak tahu abg sulong en.azmi tu terror sangat bab memasak, sampaikan mama pun tak perlulah nak sibuk-sibuk didapur kalau abg ipar ada, cuma jenguk kedapur masa nak makan sajalah hahaha..huduh benor perangai mama, tapi apakan daya begitulah caranya kikiki. Dirumah en.azmi memang mama tak perlu kalut didapur bila ada abg ipar dan adik-adik ipar.


Tengoklah bila geng anti sosial beraya, tak abis-abis dengan telefon, tapi mujur juga nak pergi berayakan. Lepas nasi dah terhidang apalagi masing-masing laju la menyuap semua pun dah lapar dekat rumah takde siapa yang memasak. Selepas makan adik-beradik mama teruskan beraya pula, tapi mama tak ikutlah sebab nanti ada kawan nak datang beraya.

Kawan telefon cakap nak datang, ingatkan sikit sekali sikit punya ramai yang datang, aiiii gembiranya tengok kawan-kawan, dlaam pada tu sedih juga bila terpandang wajah kawan mama yang baru kehilangan permata hatinya sebelum raya hari tu, masa berpelukan tu rasa nak menitis airmata mama, dia pula cakap jangan sedih dekat mama, terus rasa insaf, patutlah Allah uji dia dengan ujian yang berat macam tu, mama tengok dia cukup kuat, kalau mama entahlah raya pun dok berkurung dalam bilik agaknya.



Inilah kawan-kawan mama, sebenarnya kawan-kawan mama, kawan-kawan en.azmi juga, maklumlah kami satu sekolah, bukan setakat satu sekolah je tapi satu kelas lagi masa form 4 dan form 5..ekekeke tapi takde cinta-cinta monyet yee sebab tak pernah bercinta pun, apatah nak bercinta bercakap pun tak pernah, en.azmi tu dulu pemalu sangat orangnya tau, tak macam mama, mama gengster kampung dusun kikiki.

Raya kedua ni tak berjalan kemana duduk rumah je makan dan makan, satu lagi basuh pinggan. dah mama tak masak didapur mama buatlah kerja lain, mama basuh pinggan dan lipat kain. Haa takdelah nampak macam menantu hantu sangatkan kikiki. lagipun mama memang suka buat kerja tu, kalau memasak risau pula masakan tak sedap jadi kita basuh pinggan je lah. Bab lipat kaintu..haa mama memang suka lipat kain, entahlah kenapa tapi memang sukalah melipat kain, duduk santai-santai lipat kain, asingkan baju dan seluar, kain batik, macam best jekk. mak mertua cakap matiii lipat kain bertimbun-timbun,,takpe mak i loikee..hehehe

Wassalam

16 comments:

  1. ade je kan kisah raya ni..seronok bila dapat berkumpul dan ziarah keluarga

    ReplyDelete
  2. mama lah orang pertama saya dengar suka lipat kain. haha. untung dapat abang ipar pandai masak, rileks je. saya suka basuh pinggan sebab main air.boleh kan? bab masak tu samalah, kang buatnya x sedap, lainlah kalau anak-beranak sendiri, diorang dah biasa.

    ReplyDelete
  3. SUKA BACA N3 YAN TERSENYUM JE..WAH BERTEMU JODOH DGN CLASSMATE YA..MESTI SECRET ADMIRE YAN TU DULU

    ReplyDelete
  4. Sama la.. Tlg2 tgk dgn tlg2 kacau je, masak memasak bg pd yg pakar..
    Hehe.. Ira suka basuh pinggan, lipat kain kurang suka.. Tapi kalau da bertimbun, terpaksa lipat jugak..
    Yg mana kawan kak lah yg anknya br meninggal hr tu.. Mmg dia org yg hebat.. Kalau ira pun xtau la mcm mana..

    ReplyDelete
  5. Wah untung mama Yan tkyah masak, dpt makan sedap2 tu, akk plak kt umh MIL jadi chef 4 hari, 4 mlm, hihi..tapi tkpe, masak simple2 je, lagipun tinggal nk lebur je, bwg halia semua adik2 ipar dah kopekkan.
    Hari Raya juga ibarat Hari bergotong royong kan?

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat makan sedap2 kan. Selamat Hari Raya ... :)

    ReplyDelete
  7. Mama aryan, hari tu tanya saya kemana kan... ni saya nak beri awak fridge magnet kalau awak jadi orang pertama meneka nama negara yang sedang saya lawati skrg.

    ReplyDelete
  8. Kita geng mama! Kita pun suka lipat kain. Dalam banyak2 keja rumah lipat kain lah feveret task :D boleh masuk kategori me-time buat keja lipat kain ni hehe...

    Kita pun bab masak2 ni handal kat dapur sendiri je... Baik basuh pinggan lagi best hikhik

    ReplyDelete
  9. wa bestla takyah masak, ala sesekali rest kan

    ReplyDelete
  10. Bagusnya ada abang ipar.pandai masak...tak payah sinsing lengan nak masak bila dah ada yang amik tempat di dapur.
    Jarang akak jumpa yang suka lipat kain.Akak pun psling malas nak lipat kain tapi terpaksa kalau tak menggunung lah kain baju....bertuahnya ada menantu mac Ilah.

    ReplyDelete
  11. wah..yang suka main henfon tu golongan anti sosial rupanya ye..

    yelah time raya nilahkan dpt jumpa sedaramara..ambil lah peluang berborak mesrakan. dimana2 pun sama saja AA..masing2 tak lepas dari henpon ditangan..

    ReplyDelete
  12. zaman gadget sekarang.. sebab tu macam tu.. hihi..

    selamat hari raya kak.. mintak maaf kalau ade salah silap ye.. :)

    ReplyDelete
  13. Selamat hang Azra kalau duk rumah mertua, tak payah masak hihi.... Bab masak, kita pun berat sikit.... ngeri kalau tak sedap lebih lagi kalau ada yg terer masak.
    Pandaikan pilih kerja senang. Lipat baju, lipat baju, basuh pinggan... Boleh menyambil tengok tv weyh. Mmg bijak sungguh!hihih....

    ReplyDelete
  14. salam aidilfitri.. maaf zahir batin ^^

    ReplyDelete
  15. patut le umah jarak 10 minit, classmate rupa nyer :)
    best la gitu.
    hi hi hi...

    ReplyDelete
  16. Haha.. Gitu lah kekdah nya raya zmn skrang.. Bila bkumpul..masing2 sibuk dgn gadjet. Samaa jgk situasi mcm ni kat sini ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...