Monday 17 July 2017

Mama bersukan weh..SUKPES 2017

Assalamualaikum...

Sabtu pagi semangat bangun sebab nak bersukan, siap en.azmi dan anak-anak hantar lagi. Bukan tak boleh pergi sendiri tapi selepas sukan nak pergi beraya rumah kawan, mama malas nak balik dah lepas sukan terus je pergi beraya.

Asalnya mama ni main futsal je, bola jaring pun simpanan sajalah sebab bukan reti main sangat pun, sekali dah sampai kat gelanggang bola jaring sebab bola jaring mula dulu, mama pun nak le bagi sokongan dekat rumah biru tapi pemain tak cukup pulak terpaksalah mama main, ohoiii memang mama tak pandai okeh dan tak pernah main, hari tu kena main hari tu juga baru belajar position mama apa dia, mama amik WD, haaa apa maksudnya pun mama tak tahu. reti tak reti tolak tepi je lah janji main dari kalah tanpa bertandingkan.

Senyuman bakal juara katanya, tapi nan hadoo hahaha
Perkara mesti buat..sebelum bertanding ambik gambarlah dulu barang sekeping dua, tak menang bertanding kita menang bergambar pun jadilah hahaha. game dimulakan..jenuh weh mama yang dah masuk kilauan emas ni nak bermain dengan adik-adik yang lincah tu, penat mengejar dorang kejap sana kejap sini, tapi berbangga juga dengan diri sendiri walaupun tak reti main dapat juga mama pegang bola hahahah...ingatkan dok terpacak je mama dalam gelanggang tu kan. jangkaan meleset pula bila dah mula main rasa macam kena rasuk pulak, lupa diri dah kertu berlari sana sini, jangan terkejut urat saraf sudahlah.

1st game dengan rumah merah kami menang yeayyy
Game pertama rumah biru menang yeayyy...tepukan untuk diri sendiri, dalam pada tak reti tu menang juga game pertama, tapi bukanlah sebab mama pun menang tu, tapi sebab ahli lain yang memang lincah-lincah dah memang pandai main bola jaring, oklah kan ada juga kelebihan kami disitu walaupun berlawan dengan adik-adik yang begitu aktif berlari sana-sini. Ingatkan dah habislah game rupanya kena main secara liga, whatt??? semputlah mama weh. duduk berehat-rehat dulu sementara menunggu game seterusnya. Tengok rumah kuning berlawan, rasa macam akde harapan je kami nak menang kalau lawan dengan rumah kuning dan memang ye kami kalah dengan rumah kuning, sebab adik-adik tu memang terror sangat kot, semput mama nak kejar dorang, lincah sangat.

Last game dengan.rumah hijau pun kami menang.. Dengan rumah kuning takde gambar lak, takpelah takde sebab kalahkan hahaha
Kepenatan berbaloi jugalah kan, walaupun kalah dengan rumah kuning, tapi perlawanan dengan rumah merah dan rumah hijau kami menang, hasil dari pungutan mata kami dapatlah naib johan. syukur alhamdulillah...berbanggalah mama dengan diri sendiri ahaha..walaupun sumbangan mama tak besar mana dalam game tu, tapi takdelah jadi patung cendana dalam gelanggang tu, bergerak jugalah mama kan, dapat jugalah rebut bola, takdelah macam dulu takut-takut nak rebut bola, sekarang ni semangat rebut bola siap jatuh lagi kena tolak eheheeh.

Selesai bola jaring, ke gelanggang futsal pula tapi dapat panggilan ping pong takde orang, aahh sudah.. bila kira-kira pemain futsal dah cukup, bagi siapa-siapa yang nak main sebab takde yang nak main pingpong terpaksalah mama dan kawan mama pergi tengok, bukan setakat tengok kena main pulak ye, pada hal macam mana nak pegang kayu pemukul bola tu pun mama tak pandai, entah apa orang panggil pun mama taktahulah sebut je la kayu pemukul kahkahkah ..jangan gelakkan mama hokeh, mama memang taktahu. mula tu pukul bola 2,3 kali nak test sekali terus kena lawan.  hmmm..lawan je lah kan dari kalah tanpa bertanding, tapi yang pasti memang tetap kalah la kan. takpe yang penting mama dah tahu macammana nak main pinpong.

Alhamdulillah selesai sudah SUKPES 2017, lepas habis bersukan mama tunggu en.azmi dan anak-anak.sampai untuk beraya ke rumah kawan.di seksyen 17. Layan je la dengan berbaju sukan berpeluh-peluh tu mama pergi beraya. Sedap dapat makan nasi ayam,bihun sup, nasi impit kuah kacang. Sudah kenyang perut marilah kita balik. Lega dah mama tak perlu masak tengah hari. Penat bersukan idak le nak memasakkan gigil kaki weh. Petangnya konon nak buat projek baru, baru mama keluarkan gergaji nak mengerjakan kayu jiran menjenguk apalagi bersembang dengan jiran dulu la, lainkali mama teruskan projek mama, nak buat apa tu kena tunggu dulu la.

Wassalam

16 comments:

  1. Wah tak sangka mama Yan hokeh, pantang menyerah sbl kalah, eh..betul ke?? Ermm..apa2 jelah..
    Lepas penat bersukan dpt plak jamu makan, heaven tu, perut tgh lapo kot, sedap sungguhla makan kan.

    Mana gambo pialanya? Ate..katenya naib Johan netball, hihi..

    Apalah projek yg nak dilaksana tu ye? Tak sabar nak tengok ni? Akk rasa nak tempah gondola satu la.

    ReplyDelete
  2. Ana pun fail bab bola jaring ni. Masa aktif bersukan ana prefer bola baling dr bola jaring. Hehe.

    Ni confirm byk kalori terbakar ni sis. :)

    ReplyDelete
  3. Mmg seronokkan bila bersukan ni. Hilang stress.. Kalah menang kedian kira..

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH YAN MENANG JUGA NAIB JOHAN HEBAT TU

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah Ilah...dalam kata tak reti sangat main bola jaring boleh juga dapat naib johan...terbaik lah.Dah puas mengeluarkan peluh dapat makan2 pulak ya ...

    ReplyDelete
  6. Hebat mama! Nany ni bab penggunaan otot untuk bersukan memang ke laut sket la. Bola jaring pun tak pernah main masa sekolah dulu. Tak faham pun tugas2 pemain yang ada dalam tuh. Kecuali, C, GS. HAHAHAH! Tahniah anyways. Memang power lah!

    ReplyDelete
  7. Hebatnya mama...tahniah sebab dapat naib johan netball tu juga sebab berani mencuba. Kalau Kita orang suruh main ping pong tu mau lari nyorok dlm toilet kot :p netball tu oklah wakil sekolah ececeh...

    Ingat mama bawak baju salin pakai heels 3 inci rupanya pakai baju sukan je pegi beraya hikhik...

    ReplyDelete
  8. Wahhhh menang juga tu...kalau training lagi terer ni tau....teringat jaman sekolah dlu pernah main bola jaring ni....hihi

    ReplyDelete
  9. salam awak...
    yaya mai singgh sini..
    =)

    ReplyDelete
  10. wd tu wing defend kak.... kira teror lah kak... menang aje

    dana pun lama sgt tak main bola jaring, skrg ni mau lari separuh padang dh semput....
    tp dana kalau main bola jaring pun kalu tak GS jd GK je kak, tempat yg tak pyh lari2 sgt heheheheh

    ReplyDelete
  11. Best bersukan ni..
    Kalau ira, penat bukan sbb bermain, tapi sbb banyak gelak. Hehe..

    Nasib mama tak berdiri tegak je ye.. Hehe.. Ira pun x pandai main netball. Ping pong lagi la tak reti.

    Tahniah dpt naib juara 👍👍 lps ni blh main lagi.. Hihi..

    ReplyDelete
  12. waa.. bestnye ada masa nak bersukan.. hee~ rindu plak nak main C.. saya dulu kat situ jek tiap kali main bola jaring..

    ReplyDelete
  13. Wahhhh...rajinnya..dulu2 i boleh lah..now mau patah riuk.

    ReplyDelete
  14. wow.. hebat laa.. naib johan tu..

    ReplyDelete
  15. Amboiii masih bertenaga nampaknya walaupun dah beranak 3 hihi....Ni hasil meneguk apakah? Kacip Fatimahkah?

    Lama dah meninggalkan zaman netball ni Azra. Last main rasanya darjah 6. Kalaulah main sekarang ni, rasanya terus masuk sepital hihi...operate lutut

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...