Friday 14 July 2017

Cari keberkatan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pagi ni terpilih untuk berada didalam salah satu taman syurga di dunia ni. Sebelum ni dok follow post-post ustaz ni dekat FB je hari ni berpeluang pula dengar ceramah secara live, ustaz memang best dan kelakar,sebelum ceramah sempat pula ustaz berselfie, tadi mama ketawa sampai mengalir airmata atau sebenarnya mama memang menangis masa ceramah tu??? huhuhu entahlah tapi terkesat-kesatlah airmata ni yang mama tak tahu kenapa ayik mengalir je.

Ustaz ni 9 tahun sebagai electrical engineering, lepas tu jadi cikgu fizik tapi akhirnya jadi ustaz. Kata ustaz apapun yang kita nak buat mestilah dengan azam dan kesungguhan yang kuat. Ustaz mula belajar bahasa arab pada umur 26 tahun, dan apa yang ustaz ceritakan itu memang mengagumkan, memang mama kagum tapi mampu ke mama nak buat macam tu?

mama kongsi sikit je lah apa yang sempat mama tulis sebab kebanyakannya tak sempat nak tulis kerana begitu tekun mendengar cerita ustaz.

Macammana nak jadi hebat? nak jadi hebat kena ada ilmu, nak ada ilmu kena berguru. cari guru baca quran cari guru jangan main baca je, sebutan huruf kena betul.

Solat berjemaah dimasjid, sibuk kerja macammana pun jangan tinggal masjid ini khas untuk lelaki lah, paling bagus solat subuh berjemaah dimasjid.

Nak tengok lagi orang yang hebat tengok tandasnya, kenapa? orang yang hebat bilamana tandasnya bersih. Kadang masjid pun tandasnya tak  bersih.

Car nak cari keberkatan ada 3.

1. Berkat dari Nabi s.a.w- kita ni memang takkan berjumpa dah dengan Nabi saw tak macam para sahabatkan. jadi apa yang boleh kita buat adalah dengan berselawat, selawatlah banyak-banyak, tengah buat kerja pun selawat tak boleh dimulut selawat dalam hati.

2. Berkat dari Al-quran - Banyakkan membaca al-quran, kata nabi rumah yang tidak dibacakan al-quran umpama kuburan. Hidupkanlah rumah kita dengan al-quran supaya tak menjadi kuburan. Allahu..moga rumah mama tak macam kuburlah hendaknya.

3. Berkat dari mak ayah - yang mana ada mak ayah tu selalulah telefon, balik dan jumpa mereka, salam cium tangan, cium wajah mereka kerana kita tak tahu bila lagi kita boleh berbuat demikian. hulurkan sedikit duit gaji kita pada mereka supaya berkat gaji kita. Yang mana dah takde mak ayah tu jangan sedih sebab tak dapat salam cium tangan dan wajah mereka lagi, banyakkanlah sedekah al-fatihah buat mereka..inshaAllah

Itu je lah yang dapat mama kongsikan..

Bahagia itu apabila kita redha dengan apa yang Allah bagi.


Sempat lagi ustaz selfie sebelum bagi ceramah tu. Apapun memang best ceramah ustaz, sentuh bab mak ayah tu memang bikin airmata menitik-nitik walapun dalam ketawa..sedih teringat arwah mak ayah, sedih ye bukan tak redha, redha tapi ye lah teringatkan.. Mak ayah kot mana ada pengganti. Oh ya penceramah ustaz abdullah khairi


Wassalam.

16 comments:

  1. Tgk ustaz tuh selfie dh tau msti jenis yg slumber dan klaka

    ReplyDelete
  2. singgah sni dan follow #162
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/07/lapan-ketul-donut-dunkin-berharga-rm2.html

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian..
    Kalau penceramah kelakar, mmg ketawa keluar air mata kan..

    ReplyDelete
  4. UAK ni ustaz feveret cik abang kita ni... Kita tak pernah dengar tapi hubby cakap kalau dia bagi khutbah jumaat memang takde yang tidur, bersemangat. Tak baca teks pun tapi isi padat. Nanti mama pegilah cafe ustaz kat s.alam tu. Untung2 dapat jumpa ustaz lagi. Kita dah try :)

    http://puanhazel.blogspot.my/2017/02/cafe-uak.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Thanks Mama atas perkongsian menarik ni.
    Terinsaf dibuatnya. Kekeke..

    ReplyDelete
  6. tengok ustaz tu suke selfie amboi kemain.. haha

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni selfie tu perlu untuk tujuan promosi secara halus mulus lembut gitu...hahaha....kalau ajak secara direct orang susah nak ikut..kalau indirectly anak muda lebih tertarik kot..hihi

    ReplyDelete
  8. Mama Aryan, hantarkan alamat mama ke email saya untuk pengeposan FM. Atau kita jumpa je di Shah Alam. Tak checklah tu kat blog saya.

    ReplyDelete
  9. Baguslah. Terutama cara cari keberatan.

    ReplyDelete
  10. tahniah menang hadiah dr sweetie

    ReplyDelete
  11. tahniah menang hadiah dr sweetie

    ReplyDelete
  12. seronok bila dgr ustaz yg bila bg ceramah kata2nye melekat dlm jiwa..

    ReplyDelete
  13. Tq for sharing.

    Betul tu. Apabila kita redha dgn sesuatu..walaupom perit... Tp kt mampu bahagia n dipermudahkan utk laluinya walaupom sedikit perit n berliku.

    ReplyDelete
  14. ustaz mana yang bg ceramah tu (ada mention ke nama ustaz tu kat entri..mcm xperasan..huhu)

    ReplyDelete
  15. Biasalah Azra, kalau ceramah menyentuh jiwa memang boleh mengalirkan air mata.... nak nak pasal mak bapak pas tu mak bapak kita dah tak de pulak tu....Bestnyalah ofis hang ye Azra, siap ada ceramah ceramah gitu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...