Monday 13 March 2017

Sukan PASTI

Assalamualaikum...


Setelah berminggu-minggu berlatih akhirnya ahad 12 mac 2017 telah berlangsungnya suka pasti daerah Kuala langat. Mama masa mualimah bagitahu adrien masuk futsal macam percaya dengan tidak saja, bolehkan adrien tu main bola, biasa main dengan abang je dirumah ini nak berebut ramai-ramai tenagh padang, Masa mama tengok dia training pun dia berdiri tegak je tak kejar bola..ehh dah kenapa budak sorang ni, nak main ke idok? Mualimah cakap biasa dia ok je.

Hari sukan tiba mama pulak yang cemas takut bila mama tengok dia berdiri tegak pula ditengah-tengah padang tu, tak ke naya dibuatnya hahaha. Sebanyak 18 buah pasti di daerah Kuala langat mengambil bahagian, dan perlawanan secara liga, acara yang dipertandingkan futsal, bola jaring dan akhir sekali lari berganti-ganti. setiap game untuk futsal hanya 5minit saja, ye lah budak-budak mainkan mana boleh lama-lama pulak tu nak main banyak kali.

Punya semangat mama ni tunggu tepi padang ko, tapi cerdik sangat tak bawa pun tikar untuk duduk, orang lain siap macam berpiknik tepi padang tu, mama jangankan tikar payung pun takde dah la tengah panas lit-lit tu, dok berjemur anak-beranak, dah dok asyik ngadu lenguh kaki berdiri, en.azmi pun pergilah mencari sesuatu untuk mama, bukan pergi beli tikar ye,tapi kotak yang dibawanya sweet angat en.azmi tu, apa ada hal kotak pun kotaklah janji boleh duduk, dengan skirt kembang-kembang tuan puteri pun duduk atas kotak kikiki

Perlawanan sedang berlangsung

Tengah panas lit-lit tu kami duduk anak-anak beranak bagi sokongan pada adrien,lagipun seronok tengok budak-budak ni bermain, lucu je, masa pasti adrien berlawan budak-budak ni siap kejar bola sampai pergi padang sebelah,walaupun pasukan lain tengah berlawan kat padang tu pasti adrien dan pasukan lawan terus juga menyepak bola, jenuh pula pengadil tiup wisel dan kejar bola hahaha. Kami duduk sehingga 12 lebih je sukan belum tamat tapi adelya dah mengamuk minta susu, nampaknya kenalah balik awal, mama pun muka dah pedih terbakar sebab berjemur.

Gaya dah ada nampaknta tu heheh

Jumpa adrien sekejap dikhemahnya kemudian terus balik. Adrien pergi dengan mualimah dan balik juga dengan mualimah, kami hanya menghantar dan mengambil di pasti saja. Tahun depan mama nak jadi penyokong bola jaring pula, inshaAllah tahun depan adelya pun akan dimasukkan kesini juga. sebab ini sekolah yang terdekat dengan rumah, lagipun siap transit jadi memudahkan mama.

penyokong setia

Dah anak-anak moh ler kita balik, sakit dah kepala mama dok tengah-tengah panas.

Wassalam

21 comments:

  1. WAH SERONOKNYA ADRIIEN BERSUKAN RAMAI PENYOKONGNYA TU..

    ReplyDelete
  2. Boleh bayang happeningnya game anak2 lawan bola...
    mesti mcm2 keletah...

    ReplyDelete
  3. amboi! kecik2 dah main futsal..hihi

    ReplyDelete
  4. Budak2 bila main suka ajer..
    Kita yang tak tahan panas kan AA..
    Meriah majlis sukan tu..
    Ramai penyokong..

    ReplyDelete
  5. aduh kak nmpak beno pns litlit.... kalau dana compom sibuk cari port bwh pokok...

    ReplyDelete
  6. hahahahahha.. boleh bayang macam mana kecohnye cikgu2 dan mak bapak tgk anak2 lawan futsal. konfem mak2 ayah2 lagi kecohkan! budak2 bukan paham undang2. asal main sudahhh. hahahahaha.

    ReplyDelete
  7. Patut la lama.. Bnyk pasti yg terlibat. Kami sampai kul 1 je, kawasan kelana jaya x sampai 10 pasti pun semalam.. Hihi..
    Ok la berlatih berminggu-minggu.. Aimy x sampai 2 mggu berlatih. Mmg klaka tgk budak2 ni main.. Tu la kan, 1st time join sukan sekolah, tak terfikir la nk bwk tikar bagai. Smlm pun ramai yg bwk tikar. Nasib baik bola jaring main atas gelanggang berbumbung, bersila atas simen je la kami.. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Sekarang mmg dh start musim sukan2 sekolah lah.. Seronok tgk sukan budak2 ni..kdg2 lucu perut pom ada dgn mcm2 ragam n aksi budak2 ni kan..

    ReplyDelete
  9. Seronok tengok budak2'kecik ni main bola kan.Akak teringat masa Iqa tadika dulu lawan bola jaring ...result nya 12-0...haha kalah teruk lawan budak tadika lain.

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok anak-anak bersukan. PASTI anak saya ni belum sukan lagi.

    ReplyDelete
  11. upah aiskrim tu wajib. best

    ReplyDelete
  12. Budak2, panas ke hujan ke kalau ada pertandingan, seronok aje.

    ReplyDelete
  13. Memang dasyat ni..
    Panas lit lit pun mampu berjemur.
    Saya pulak kalau lupa bawak tikar, selalunya akan bukak kasut dan duduk atas kasut..
    Haha.. tak bernas sungguh idea kan?.

    ReplyDelete
  14. mesti lucu je tengok dorang main bola.. comel!

    ReplyDelete
  15. seronok tgk anak-anak main sukan kan... walaupun panas li lit tetap hepi diorang... hehe

    ReplyDelete
  16. Aah, kalo sukaneka pasti mmg camtu, sbb dia byk cawangan. Akk cam dpt idea plak acara apa nak buat utk sukaneka tadika nnt, yess. Tq mama yan

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. lama x melawat sini..

    Comey je tengok budak2 kecik main sukan hihi

    ReplyDelete
  18. sepatutnya ada acara khas khas untuk ibu.

    ReplyDelete
  19. Hihi.... Aduh jatuh standard tau princess duk atas kotak Dutch Lady tgh tgh panas.....

    Anak anak masih tadika mmg gitulah Azra. Apa aktiviti pun kalau boleh kita nak datang

    ReplyDelete
  20. teringat plak time sukaneka. perlawanan futsal berkain sarung �� memang lucu tp best ��

    ReplyDelete
  21. hahahaha mesti comel je tengok budak2 ni main. mesti ramai yang gelak masa dorang main sampai luar padang tu kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...