Friday 3 March 2017

Mujur dia melompat

Assalamualaikum....

Anak buah kesayangan mama, kecik-kecik dulu dialah peneman mama balik kampung. Sekarang dah besar panjang,entah-entah sikit hari lagi dah nak jadi suami orang, girlfren pun dah ada tu, dah jumpa pun hari tu.

Satu malam dapat whatsapp dari ibu katanya aliff eksiden, terkejut jugalah mama tapi kata ibu aliff takde apa-apa. Legalah mama sebab anak-anak pun dah tidur tidaklah mama pergi tengok.

Anak buah mama ni setiap hari berulang pergi kerja melalui skve, hari tu dia balik malam tiba satu kawasan yang orang kata selalu nampak entiti yang menyeramkan, masa itu aliff ternampak sesuatu melintas jalan tak sempat nak elak dia terlanggar benda tu dan dia terbabas, mujur masa jatuh tu dia melompat bangun ke tepi, sebaik dia bangun lori datang menghentam motor.. Allahu akbar. Kalau dia tak melompat? Tak dapatlah mama nak bayangkan.


Keadaan motor aliff yang dilanggar lori. Selepas dari tragedi ni ibu pun minta kami pujuk aliff supaya duduk dengan maktam. Sebelum ni dah duduk tapi anak manja ibu kan tetaplajnak duduk dengan ibu, masing-masing cubalah memujuk dengan macam-macam ayat hehehe..akhirnya duduk juga dengan maktam itupun weekend je balil rumah ibu.

1st day ibu hantar rumah maktam,malam tu ibu whatsapp "lain pula rasa aliff takde kat rumah, mujurlah takde sebab duduk rumah maktam, kalau takde sebab eksiden hari tu taktau lah" tetiba mama pula jadi sebak tak dapat bayangkan andai itu terjadi, bergenang airmata bila baca kata-kata ibu tu.

Dulu aliff pernah eksiden juga, kena langgar sampai dua jari kakinya hancur dan terpaksa dibuang. Kali ni eksiden lagi, takpelah pasti ada hikmah disebalik apa yang berlakukan. Semoga lepas ni semuanya akan baik-baik sahaja.

Wassalam


8 comments:

  1. Alhamdulillah mujor takde apa2.Yalah kalau dah kata anak buah memang kita pun terasa apa yang berlaku.Mudah2an perjalanan dia selepas ini sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kak, mujur takde apa.

    ReplyDelete
  3. Masya Allah, itulah pemeliharaan Allah namanya.

    ReplyDelete
  4. Manalah seronok duduk rumah orang walau rumah mak sedara sendiri. Tapi yelah kan jauh ek....nak tak nak terpaksalah kot.
    Alhamdulilah...nasib tak de pape, mungkin berkat doa mak ayah yang selalu mendoakan tu...

    ReplyDelete
  5. Allahu..mujur tu selalu ada kan.. Faham sgt rsa mcm ni..sbb bru2 ni pom husb lya eksiden .. Mujur dia cpt bgn lps jatuh..klo x..dgn dia terseret lori tu.. Alhamdulillah..masih dipanjngkan umur

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah. Mujur dia cepat bangun dari motor. Seram dengarnya. Hubs siqah pernah kemalangan jugak. Seram tau dengar benda camni. Alhamdullilah masa tu tak banyak kereta. Masih dipanjangkan umur. Bersyukur sangat.

    Bawak motor ni risiko lagi tinggi ..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Allah lindungi ank buah kak lah..
    Bila dgr berita kemalangan ni, mmg mendebarkan.. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua..

    ReplyDelete
  8. ngerinyaaa. nasib baik sempat lompat. alhamdulillah, semuanya baik2 saja.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...