Wednesday 29 March 2017

Hogoh de coco, roti jan chesse leleh

Assalamualaikum...

Salam 1 rejab...


                                ***********************************************************

Balik kampung hari tu, dalam pada nak tengok atok masuk hospital kami juga tak lepas peluang terjah tempat makan yang selalu dikongsi oleh adik-adik ipar. En.azmi la yang asyik bertanya kedai-kedai tu dekat mana? Mama pula tumpang sebadan la kan.

Selasa tu lepas ambik wan dari hoshas (hospital sultan haji ahmad shah) kami ke hogoh de coco, keluar dari hoshas, trafik light ke kanan dalam 1km kata adik ipar. Kedai tu sebelah kiri jalan katanya. Alhamdulillah jumpa..mudah saja nak cari sebab wan ada dan wan pernah pergi juga. Dekat sini dijual air kelapa tapi air kelapanya telah dibuat pelbagai variasi, macam-macam ada tapi mama ambik.air kelapa biasa je.


Tengok menunya tu macam-macam jenis air kelapa, anak-anak pun pening nak pilih semua nampak sedap, akhirnya masing-masing pilih ikut kegemaran sendiri abg adam dengan nestumnya adrien dengan oreonya, adelya share je dengan mama, en.azmi pilih yang banana, adik ipar kirim coconut shake, okeh semuanya sedap-sedap. Ada juga dijual ayam goreng yang sedap rasa dah macam kepsi dah. Pekerja kat situ semua bertopi ala cowboy. Wan cakap sekarang dah jual macam-macam dulu cuma ada air kelapa dan keropok lekor je. Oklah tu kan dah semakin maju dan semakin banyak pilihan menu.

Selasa juga, lepas hantar wan balik hospital kami singgah pula di roti jan chesse leleh, macam sedap je tengok sebabkan nak cuba juga, kami berenti juga walaupun hujan mencurah-curah, kedai masih kosong mungkin sebab hujan masih lebat, pekerja situ datang lapkan kerusi dan meja, kedainya kecil dan terkena tempias hujan...ehhh apa ada hal nak makan punya pasal, meja lembap kerusi lembap pun tak kisahlah janji dapat makan.


Menu-menu yang ada disitu. Mama try maggie ketam, biasa dok tengok je orang share maggie ketam telan-telan ailio mama ni dibuatnya hahaha...macamkan tak boleh buat sendirikan, nak juga makan kat kedai harga semangkuk rm13, mengikut rege ketam, mama pandang je en.azmi masa budak tu cakap rege tu..nak ke tak nak nih?en.azmi kata nak makan order la..terus bersinar-sinar bijik mata mama ni haaa..ye lah dia yang nak membayar kena la tanya dulu sebab kita punya paling mahal hahaha.. Roti jan tu rm15 chesse lebih... Sedappp yang tu takpelah mahal pun sebab makan kongsi ramai-ramai..hehehe

Okeh itu je jjcm masa balik kampung hari tu, ada juga lah en.azmi belanja makan lagi kat kedai tomyam..tapi yang tu tak payah sharelah hihihi,kita share yang nampak lain sajalah. Oh ya roti jan tu kedainya kalau dari hoshas tu sebelah kiri dari traffic light keluar hoshas tu jarak mungkin dalam 2km je kot, mana tau kot ada yang nak singgah ke nanti, dia buka dari pukul 5 ptg, tapi sabtu tutup kata wan.

Wassalam.

15 comments:

  1. salam 1 rejab..sedapnya maggie ketam tu..

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Salam 1 rejab..
    Ada org tu selalu je jeles tak dpt try roti jan cheese leleh tu.. Sbb time balik, kedai tutup. Haha.. Wan kata kalau nk cuba, awok ambik la cuti balik kg.. Hahaha.. Semata2 kerana roti jan cheese leleh.. 😁😁

    ReplyDelete
  3. semua pown nmpak sedap....yummy....

    ReplyDelete
  4. SALAM REJAB XPERNAH SINGGAH SINI SELALU MKN KAT GOBANG TEPI SG PHG TU JE

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mama...
    Salam kenal...

    Wah bestnya minum air kelapa...sedap ke yg variety semua tu? Kita apa2 suka yg original je...lambat sikit nak try2 yg modified version ni :)

    Maggi ketam, yummeh tu!



    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi roti jala cheese leleh tu. Mungkin satu hari nanti merasa jugak agaknya.

    ReplyDelete
  7. Meggi ketam sedapnya...takpelah mahal sikit bila dah teringin kan.

    ReplyDelete
  8. Salam Rejab Azra....
    Hihi.... sama le kita, rasa bersalah pulak kalau makan luar kita punya paling mahal. Tp kadang kadang kalau tgh sawan buat bodo je muka tu, order hihi....

    Wan sukalah ye, dapat makan mcm mcm....roti john terlebih cheese lagi

    ReplyDelete
  9. everything about cheese memang best kan

    ReplyDelete
  10. apa nih kak, pagi2 dh namapk menu sedap...
    udahla kite sarapan sandwish telur je

    ReplyDelete
  11. sy tak pernah lg makan megi ketam...

    ReplyDelete
  12. chese leleh tu telan ailio tengoknya kak. hahahaha. kira pi cheese lovers ekekekeke. teringin jugak nak try maggi ketam mcm akak makan tu. tapi takut tak reti nak kokak ketam kt kedai. kalau kat rumah memang berlemoih dah hahahaa

    ReplyDelete
  13. Dah lama sgt x mkn megi ketam... Sedapnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...