Assalamualaikum...
Tengah hari nanti nak pergi makan kenduri dekat rumah jiran, jadi pagi ni mama masak cekondok je untuk minum pagi, lagipun anak-anak minta nak makan cekodok. Jomlah buat cekodok nasi sejuk pagi ni.
Kemain mama siap bungaan sepasu kat sebelah kikiki.. nak makan, bunga sila ketepi ya. Cekodok cicah cili kicap, podeh tapi sodap. Cekodok nasi sejuk ni dah sejuk pun lembut je. Mesti ramai dah tahu kan cara buat cekodok ni, tapi mama nak share juga lah.
Nasi sejuk secawan campur sedikit air dan blender halus,kemudian campurlah dengan tepung, gaul sebati perisalah dengan garam nak campur bawang atau sayur pun boleh, tapi mama buat kosong je sebab anak-anak suka yang kosong je. Yang penting habis dimakan. Jadi nasi lebihan kalau malas nak digoreng bolehlah dibuat cekodok yang sedap.
Okeh mari makan kenduri.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
CEKODOK YG LEMBUT WALAU DH SEJUK MMGSDP DIMAKAN
ReplyDeleteBetul tu pi
DeleteCantik je kejadian cekodok tu.
ReplyDeleteTunjuk yg cantik nak masuk blog kak yg rentung kita letak tepi hahaha
DeleteAkak dah lama tak buat cekodok nasi ni...memang sedap kan.Yang penting kita tak membazirkan nasi sejuk.
ReplyDeleteBetul kak..dapat juga digunakan asalkan tak membazir
DeleteTQ mama aryan, first time saya tahu nasi sejuk boleh buat cekodok... Selama ni nasi sejuk saya goreng jer... atau pun buat apam.
ReplyDeletesama2 sweetie lepas ni bolehlah cuba buat cekodok nasi sejuk pula
DeletePerghhh cecah dgn sambal kicap tu yg win..
ReplyDeletekan kak yati sedap betul cicah sambal kicap
Deletekakak saya rajin buat cekodok ni
ReplyDeleteakak baru je cuba2
Deletesodappnyer cekodok mkcik tuu., ;p
ReplyDeletememang sodap pakcikk
Deletethanks for the share...rietta xpernah lgi buat cekodok nasi sejuk...menarik juga ni klu ada lebihan nasi malam...
ReplyDeletewelcome rietta..nanti bolehla cuba
Deletethanks share cara buat... tak pernah pula buat cekodok guna nasi dingin.. boleh cuba ni dari biarkan nasi membazir...
ReplyDeletebetul tu nur..jadi takdelah membazir nasi sejukkan,akak pun adik yang share cara buat ni
Deletesedapnya, dah lama tak makan cekodok
ReplyDeletebetul hanah sesekali pekena cekodok memang layan
Deletenak try buat hari ni kalau sempat
DeleteOhhh sedap ek.... selalu nasi lebih buat nasi goreng. Naik jemulah menggoreng nasi je hihi...
ReplyDeleteAmboi....kalah restoren ni tau, sambil makan sambil tengok bunga haha...
Bila nak tunjuk deko rumah baru ni
sedapa mak..lepas ni boleh lah cuba ye.
Deletehahaha nak masuk blog mak, bagi la cun2 sikit
deco2 belum ada la mak, rumah tak lengkap lagi, nanti saya tunjuk ye kalau dah siap
Dengar nama dah pelik. Cekodok nasi sejuk. Dah macam nasi viral kat kelantan tu
ReplyDelete.
Nasi belauk air dingin pula ye
.
Hihi
akak masa dengar dulu pun macam pelik, tapi bila dah buat sedap pula
Deletenieyl xpernah lagi cubaaa..
ReplyDeleteSerius baru tahu dr nasi sejuk pom blh buat cekodok... Sedap yer?? Nk try jgk buat lps ni..
ReplyDeleteOrg ganu sebut cekodok--> jepput.. Hehe
Dulu2 selalu makan.
ReplyDeleteMemang sedap kalau ramuannya macam2.
nyum3... kena mai hantaq sini sket ni. hehehe
ReplyDeletefirst time e'in dengar cekodok nasi sejuk taw.. huhu
ReplyDeleteSedap cekodok nasi sejuk. Siqah pernah makan yang kakak kawan siqah buat. Lembut je.
ReplyDeleteTak penah cuba cekodok nasi sejuk..
ReplyDeleteBlh la cuba lepas ni..
Bkn main lagi tu..hiasan bunga ditepi meja.. Hehe..
Tak pernah buat cekodok nasi.
ReplyDeletex prnh buat & x prnh mkn cekodok nasi sejuk ni. tu yg baca tajuk tu x dpt nak bayangkan camnalah cekodok nasi sejuk ni. lepas baca resepi yg dishare tu, tau la sikit2
ReplyDelete