Assalamualaikum...
Hari ini mama ada masuk sesi ceramah keibu-bapaan,jadinya mama nak share lah sikit apa yang mama dapat tadi. Memang best ceramah yang diberikan,penceramah pun best dan kelakar,lagi best adalah isi ceramahnya tu. Jauh disudut hati mama ni ada sedikit rasa sedihlah kalau nak dibandingkan apa yang dah mama buat dengan apa yang diberikan dalam ceramah tadi. macam alahai mama ni... tak cukup lagi apa yang mama buat
7 teknik keibubapaan yang perlu diamalkan (gigih tau mama salin, tulisan pun cantik lagi cakar ayam hahaha...inipun puas tenung nak faham apa perkataan yang mama tulis nih, nak salin note dekat enfon memang takde apalah kang ntah apa yang mama tekan, jari gabak, keypad lak kocik kikiki) okeh dah-dah la mama oii berceloteh moh le ke cerita sebenar, apa teknik yang nak dikongsikan.
1. Mengajar anak-anak dari kecil - kerana anak-anak kecil ini daya penyerapan mereka sangat tinggi. Sebab itulah kita pun memori masa kecil kita, rumah kita, permainan kita masa kecil-kecil dulu kita masih ingatkan. cuba kita ingat apa yang kita makan untuk lunch 3 hari lepas, puas juga kita nak ingat, melainkan kita tulis dekat blog lah dan kita tengok balik hehehe.
2. Mengajar sesuatu secara berulang - bila sesuatu perkara itu diajar secara berulang pastilah lebih mudah diingatikan. yang ni mama tak dapat nak ulas panjang hahaha..mengelamun pulak
3. Mengajar didalam suasana gembira - ini kerana otak manusia suka dengan perasaan, sesuatu perkara yang membuatkan kita sedih atau gembira kita akan ingat perkara itu, jadi bila nak mengajar anak-anak biarlah dalam suasana gembira supaya anak-anak akan ingat dan lebih faham.juga dapat menjadikan belajar itu sesuatu yang seronok.
4. Mengajar menggunakan emosi kasih-sayang utuk membantu mengekalkan sesuatu didalam minda - teknik ini sangat penting kerana apa-apapun perlu dimulakan dengan kasih sayang disamping kesabaran, ye bukan mudah nak mengajar anak-anakkan, kadang tak sempat apa-apa dah nak jadi singa hahaha hadoiii, ini mamalah ye bukan orang lain, orang lain mungkin kesabarannya lebih tinggi.
5. Mengajar menggunakan suara penuh kasih sayang (brain waves) - ajar anak sepertimana anak mahu diajar, bukan ajar sepertimana yang kita mahu. mengajar anak ni ye lah kan mesti banyak main, nak pulak anak yang macam adelya tu..aduhhh mencabar betullah kan. jangankan nak keluar suara kasih sayang kadang suara rimau yang mengaummm hahaha, sedihlah mama ni tak cukup kesabaran
6. Mengajar dengan cara teratur dan berterusan - kena setkan pukul berapa kita nak ajar anak dan perkara itu biarlah teratur contoh pukul 5 kita mengajar dan pastikan esoknya pun kita ajar mereka pukul 5 dan perkara ini mesti dilakukan secara berterusan, ini boleh membuatkan mereka berdikari dan menimbulkan suasana dirumah. ini mama susah betul nak istiqomah, buat sesekali lepas tu tak buat dah sebab kadang balik keje penat, malam pulak asyik teringat tilam bantal je bila masa pula nak ajar anak..aduhhh gagal disitu mama ni
7. Puji anak bila mereka lakukan sesuatu kebaikan - seseorang yang membesar dengan pujian akan membesar dengan lebih baik (kata penceramah). janganlah bila anak lakukan kesalahan kita memarahi mereka tapi bila mereka lakukan kebaikan kita buat tak tahu saja, jadi untuk mendapatkan perhatian tentu anak akan melakukan perkara yang tidak baik, so ibu-bapa jangan kedekut dan malu-malu nak puji anak ye hehehe..okeh ini mama selalu buatlah bila anak buat baik, kalau buat nakal tu memang hanger bertemu dindinglah kikiki bape banyak dah hanger patah pukul dinding.
8. Jangan bandingkan kekuatan anak orang lain dengan kelemahan anak kita. Jadikan kelemahan anak kita itu satu kekuatan. Rasanya setakat ini mama takdelah banding-bandingkan anak mama dengan orang lain terutamanya dalam pelajaran. Ye lah mama pun tahu setakat mana kebolehan anak mama kan, jadi kita bagi semangat dan ajar mengikut kemampuan sebab mama dia pun tak berapa nak pandai nak pulak bab-bab mengiran dan bab nak cakap omputih huhuhu maklumlah sekolah pun tak tinggi kikiki, tapi bila anak nak tahu satu-satu perkataan yang dia tengok kat tv tu mama cargas la amik kamus yang penting ada la usaha mama tu hahaha.
Sebenarnya banyak lagi ilmu yang mama dapat tapi cukuplah dulu setakat ini yang mama kongsikan, banyak-banyak nati pening pulak nak baca, inipun mama rasa dah banyak sangat yang mama taip, moga dapat berikan manfaat buat kita semua... jadilah role model buat anak-anak "action speak louder than words" ecehh tetiba nak cakap omputih sebab anak-anak ni lebih cepat mengikut apa yang kita buat dari apa yang kita cakap.
Anak-anak amanah untuk mamapapa..moga mamapapa dapat tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
terima kasih sis nice sharing...
ReplyDeletesama-sama sheila
Deletedana bab kesabaran n suara rimau mmg payahla kak...
ReplyDeleteselalu cuba jgk jd sesejuk salju... tp kejap je kesabaran tu bertahan...
moga Allah beri lebih kesabaran pd kite ye kak.... moga jd emak2 idaman anak2
sama la dengan akak ni dana..susah betul suara nak jadi lemak merdu huhuhu biasanya memang tajam menikam je.
Deleteye lah moga lepas ni kesabaran tu tinggilah hendaknya akak ni
DIDIK ANAK2 DGN PENUH KESABARAN KASIH SYG
ReplyDeletebetul tu PI harap2 dapatlah saya ikut teknik yang diberikan
DeleteTerima kasih kak lah sudi share ilmu ni..
ReplyDeleteKalau berdasarkan teknik tu.. Bnyk yg ira gagal ni.. Hehe.. Mengajar anak ikut dan je. Bila ank tnya, baru la ngadap dia. Kalau nk hadap dia betul2 istiqomah mmg takde. Huhu..
Suara tu pun.. kdg2 tiba angin puting beliung, jd rimau juga ira ni.. Mujur la anak jenis tak merajuk. Abih2 nangis je.. Hehe..
Bnyk benda yg kena belajar ni.. Bkn senang jd ibu bapa ni kan..
sama2 ira..itulah kalau ikut teknik yang diberikan tu kaklah ni kategori gagal lah juga. moga2 tahun ni dapatlah jadi yang terbaik hendaknya
DeleteBab mengajar anak anak dengan penuh kelembutan ni mmg fail sangat Azra. Tau nak menyinga jer kerjanya hihi... Peel setiap anak ni lain lain.
ReplyDeleteMasa kecik lain didikannya dah besar lain pulak caranya. Kadang kadang doa aje yg mampu kita ni panjatkan ....
betul tu mak..memang suara ni sokmonyer lantang je macam jaclyn victor hahaha..aah peel anak2 lain, nak mengajar anak pun ikut tahap umur dorang juga kan
Deletethanks kak sudi kongsikan ni. memang as parents kita sentiasa belajar
ReplyDeletewelcome hanah..betul tu sebagai ibubapa kita kena banyak belajar kan
DeleteAryan,
ReplyDeleteAnak2 memang banyak bekajar dari kita. Dia belajar lebih mengikut cara kita. So, kita kena berhati2 dgn anak2 sebab ibubapa cermin mereka.
betul tu en.adam..kita kena tunjukkan contoh yang baik pada mereka kan
DeleteBanyak ilmu yg ilah dapat ya...memang bagus tu.Akak pun masa anak2 yang dulu mengajar mereka takde lah slow2 suara tapi bila dah Iman ni rasa macam takde power pulak dah tua ni.Iman lebih banyak bedikari sebenarnya skg ni.
ReplyDeleteia kak saniah banyak ilmu yang saya dapat dari ceramah tersebut, banyak lagi yang tak dikongsikan
Deleteakak suka tau baca dan carigali bab parentig ni...
ReplyDeleteapa2 pun sbnrnya, kepimpinan melalui teladan. anak2 akan buat apa yg ibubapa dia buat, kan.
semoga kita berusaha menjadi ibubapa yg baik dan semoga Allah permudahkan usaha kita. ^_~
saya pun suka kak, cuma kadang tu tak dapat nak praktikkan apa yang telah saya pelajari, moga selepas ini lebih baiklah saya ni sebagai ibu
Deletesalam pagi jumat mkcik tuu., ;p
ReplyDeletesalam jumaat encik
DeleteTerima kasih sis. Kadang kadang lupa
ReplyDelete.
Ini peringatan yang baik
sama2 mazni, kadang teringin nak berkongsi ilmu yang kita dapat untuk manfaat bersama
DeletePenuh manfaat.. Tq for sharing.. Moga sama2 kt amalkan utk kebaikan anak2 kt.. Xpelah..kt ibubapa selalu blajar dr kesilapan jgk utk mdidik anak..
ReplyDeletesy masuk skola start umo 3 tahun sebab my mom cakap, sy suka pegi skola. dulu memang sy suka p skola sebab suka sngt belajar sesuatu yg baru. skrg ni, macam ada malas2 ��
ReplyDelete