Friday, 10 February 2017

Short vacay - Kundasang - part 1

Assalamualaikum....

Cuti-cuti dah lama, tapi baru ada kesempatan hendak bercerita. Percutian tanpa dirancang katanya, semuanya gara-gara anak dara nan seorang itu. Hari-hari doklah membebel "yaya ni asyik-asyik naik kereta kancil je, bila yaya nak naik kapal terbang". Bila dalam kereta nampak kapal terbang itulah ayat yang keluar dari mulut adelya.

Satu hari en.azmi bagi gambar air asia ada tiket murah, mama pun apalagi post la kat group whatsapp family, nak bagi adil bagi kat dua-dua family lah kan, tengoklah mana yang respon, tapi biasalah nak ajak cuti-cuti kena tengok bajet jugakan, tak semua orang dapt pergi bila kita plan,cuba nasib sajalahkan, bukan apa..mama ni tak pandailah nak membali tiket kapalterbang hahaha, sebab tu kena ajak orang..tapi mama legalah bila ada yang respon kikiki, gedebak-gedebuk berbincang dan memaksa orang pergi(mamalah tu paksa adik beradik pergi)akhirnya terbanglah adelya ke kundasang pada 14-16 jan hari tu.

Gembira sangat dapat naik kapalterbang.


Berbaloilah mama keluarkan duit beli tiket sebab tengok adelya senyum sepanjang jalan, kejut mandi pukul 4pagi dia bangun elok tak meragam, lepas tu terus tak tidur dah sepanjang jalan ke airport, nak masuk tunggu kapalterbang pun adelya senyum gembira siap jalan berpimpin tangan dengan makngah, tinggal mama kat belakang, beg pun galas sendiri je. Dalam kapal terbang pun gembira je anak-anak mamanya pulak yang cuak..hehehe.

Sampai airport kk, ambil kereta yang disewa pusing-pusing cari makan untuk mengisi perut, kemudian kami teruskan perjalanan ke kundasang, sewa 2 buah avanza, alhamdulillah keretanya baru dan ok sangat-sangat minyak pun jimat. Dalam perjalanan ke homestay yang mama tempah,kami singgah dulu ke kinabalu park. Tengok ada kumpulan pendaki yang baru turun dari gunung, wahh bestnya...mama nak panjat gunung rasa macam tak mampu dah la, walaupun keinginan tu ada heheh.

Siblings..geng wanita anggun eceehhh...ibu je takde waktu ni.
Menyaksikan keindahan.alam ciptaan Allah swt, anak2 asyik melayan si tupai comel yang jinak, siap ada jual makanan untuk diberi makan, sukalah anak2


Keluar dari kinabalu park, kami singgah dibeberapa perhentian untuk mengambil gambar, kemudian teruskan perjalanan ke homestay, mama booking di kiram village. perjalanan kami ke sini jenisnya taram saja, takde pun nak survey-survey tengok blog ke cerita tentang pengalaman mereka ke sini, kami aci redah sajalah, mulanya makngah dan mommy booking hotel bank di kinabalu pine, tapi akhirnya mereka cancel dan turut serta dengan kami di kiram village, ambil sebiji rumah, luas ada 4 bilik.

Kami lagi menyaksikan gunung kinabalu... Subhanallah cantik sangat.
Family potret kenalah ada jugakan, berlatarkan gunung kinabalu

Sebelum check in sempat lagi singgah di kedai runcit berhampiran untuk membeli kudap-kudapan. biskut gery malkist banyak dijual disini, kat semenanjung macam susah nak jumpa je, ke ada kat mana-mana mama je yang tak tahu, hari tu siap order dari anak bos yang belajar di indonesia, tapi kalau buat sendiri pun boleh tu biskut hehehe...bajet terror sangatlah mama ni kan.

Anak2 didepan rumah yang kami sewa.



Malam tu kami lepak kat rumah je, nak makan malam makngah dan mommy keluar bungkus je, makan ramai-ramai kat rumah, sebab driver dah penat drive siang tu, nak simpan tenaga untuk drive esok pula. Sejuk malam tu..sedap tidur..hehehe adrien siap cakap dekat mama "mama rumah ni takde kipas, aircon pun takde tapi sejukk je.." ye lah nak oii sini memang sejuk kalau ada aircon pun nak buat apa kan membazir saja beli.

Ok..mama sambung lagi nanti sebab nal recall balik memori ni, maklumlah perginya dah lama sekarang baru nak cerita jadinya banyak yang nak kena ingat balik, hajatnya tak mahu tulis dah tapi sebagai kenangan untuk anak-anak baca nanti, jadi mama tulis jugak, tapi part by part lah ye, moga takde yang jemu membacanya..hehehe.

Wassalam.

26 comments:

  1. assalamualaikum

    kebetulan saya tengah survey homestay n transport kat KK nanti. kalau sis tak keberatan boleh tak share nama homestay kat KK dan agen untuk booking kereta?

    tq in advance :)

    ReplyDelete
  2. suka tengok bila anak-anak gembira...sesekali kan bawa mereka jalan jauh sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bila anak2 gembira kita pun turut gembirakan.

      Delete
  3. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Nampak menarik tempat ni. Pasti dingin n sejukkn tempatnya. dkt dgn pergunungan tu

    ReplyDelete
  4. bestnye....suka kundasang sebab sejuk....

    ReplyDelete
  5. Bijak sungguh si yaya ,pandai pula minta naik kapal terbang.Alhamdulillah termakbul impian dia ya.Seronok nya dapat ke tempat sejuk seperti Kundasang ni,tentu sedap tido bila malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak..masa itu dapatlah tunaikan permintaan yaya, akan datang tak tahu lagi rezeki macammana, seronok saya dapat tunaikan impian anak2 kak. sesekali kan apa salahnya.

      memang seronok kak sejuk dan nyaman saja.

      Delete
  6. waaaaaaaaaaaaa bestnya kak.... kire mcm percutian tak di rancang lah ye kak...

    beruntung adelya lah, kecik2 dh sampai kundasang...
    tgk kt gambar pun dh tau cantik klu pg sndiri camne lah agaknya tgk kundasang tuh ye kak... msti lg cantik dr CH kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dana..aah takdelah merancang sangat, ajak adik beradik semua ok,lepas tu terus pilih2 homestay dan transport, lepas tu takde pun plan apa2 lagi, main redah je masa kat sana ha.

      memang cantik dana dapat tengok gunung dengan awan yang memutih tak tahulah rasa sejuk sangat haa.

      anak nak naik kapalterbang mak yg pilih destinasinya dana, mula nak ke langkawi tapi kata adik beradik dekat, nanti yaya tak puas pulak duduk dlm kapatebang tu, itu yang pilih sabah dpt la lama sikit hehehe

      Delete
  7. Seronok jalan-jalan Kundasang. Boleh bersejuk-sejuk disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah PMDR..seronok dapat jalan, sejuk je udaranya

      Delete
  8. alamak aii. best nyer !!!!
    ntah kan bila aida nak jejak kaki ke sana.
    dlm hati Allah je Tahu.
    murah tak biskut gery tu? kalau murah syok la kalu dpt beli.
    time sejuk sejuk kat kundasang tu, makan gery. terbaik.

    ReplyDelete
  9. Kereta sewa tu drive sendiri ke? Ceritalah detail sikit perjalanan dari airport hingga ke Kiram Vilage tu mama aryan... saya sebenarnya dah lama gak plan nak gi Kundasang ni.

    ReplyDelete
  10. Weyh...kita pun tak tau nak beli tiket ....haha...

    Untunglah ada adik beradik yg lebih kurang seumur, nak berjalan pun boleh ajak sekali. Tak delah ngeri gi travel kat tempat orang ek.

    Berapa semlm homestay tu Azra?

    ReplyDelete
  11. rindunya kundasang...bila ntah nak sampai sana lagi

    ReplyDelete
  12. dalam sibuk2 kerja sempat jugak bawak anak2 jalan. rezeki anak2 ya.

    ReplyDelete
  13. betnya... harap ada rezeki smpai sini jugak nanti

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Dah merasa sampai kundasang. Ira teringin gak nak ke sana. Tapi tak tau la bilanya.. Hehe..
    Tu la kan, selalunya yg x plan ni yg jadi. Pakai redah je..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...