Tuesday 14 February 2017

Ku lihat hijau

Assalamualaikum...

habis dah cerita cuti-cuti mama dan family...hahaha berkajang-kajang cerita cuti-cuti pada hal perginya 3hr 2mlm jek..oklah tu buat modal bercerita..ok mohler kembali ke pangkal jalan, cukup sudah cuti-cuti, lainkali kalau ada mama cerita lagi.

Tahun ini Adrien dah bersekolah di PASTI, mudah sebab berhampiran dengan rumah, kalau terus dengan tadika dulu, susah juga mama nak hantar, kemudian transit lagi di taska. Mudahnya sekarang di pasti yang Adrien sekolah ni sebab disediakan transit sekali..haa kan dah senang tu. Habis sekolah pukul 12.30 terus sambung transit dekat tempat yang sama, bukan saja senang tapi jimat dah.

Bayaran bulanan pasti RM100 untuk transit RM230, kira oklah dah jimat duit transportkan sebab pergi dan balik mama atau en.azmi yang akan ambil Adrien. Dekat transit pun bukan duduk makan tidur saja, tapi ada hari-harinya mereka akan adakan kelas membaca BM dan membaca jawi, kelas iqra' pula setiap hari,kan dah bagus tu..ehh bukan bagus tapi memang bagus sangatlah. Kerja mama pun jadi senang,kos pun dapat dijimatkan.

Transit sampai pukul 7ptg, selepas pukul 7 dikira ot,bayaran ot RM5 sejam, tapi setakat ni pukul 6 je mama dah ambil Adrien, takdelah pukul 7 baru nak ambil. balik kerja pukul 5 sampai je dekat rumah terus ambil Adrien, kejam sangat mama kalau nak biar sampai pukul 7,sebab lepas pukul 6 tu memang takde aktiviti dah kadang anak-anak main diluar kadang main saja didalam kawasan surau tu. kalau mama lambat pun mama akan minta tolong ibu ambilkan Adrien, memang tak pernah ambil lewat lagilah, bukan apa kesian pula dekat anak kalau ambil lewat sangatkan.

Cumanya..pasti ni waktu belajar mula pukul 8 tapi Adrien jadi pelajar yang paling awal sampai.. pukul 7 dah sampai sebab mama perlu bekejar nak masuk kerja pula pukul 8, kadang kesian sebab kena pergi awal sangat, tapi apa nak buat terpaksa..walaupun awal mama tak risau sebab ada yang tolong menengokkan Adrien, pagi-pagi Kak midah yang rumahnya dalam kawasan pasti tu akan buka kelas dan membersihkan kelas jadi kak midahlah yang menjaga Adrien, kebetulan Kak Midah tu kawan ibu, jadi senanglah mama.


Penat belajar..anak-anak susun puzzle pulak, ceria masing-masing dapat main

Hari jumaat..solat dhuha dan hafal surah al-mulk

Aktiviti semasa transit, solat berjemaah dan kelas bacaan

Alhamdulillah setakat ni Adrien ok belajar disini, mualimah pun muda-muda dan baik-baik pulak tu, pandai ambil hati anak-anak, penat anak-anak belajar diajak bermain pula, jadi takdelah anak-anak bosan, rajin pula mualimah share aktiviti anak-anak di pasti tu, mama memang jarang komen dekat group whatsapp tu, baca je maklumat atau info yang diberi,kadang berguna juga group whatsapp nih, kadang jadi krikk..krikkk jugaklah, bila kopiah anak pun minta mualimah carikan, pensil anak takde pun tanya mualimah...kesian mualimah dah penat ajar anak kita, nak kena tolong carikan barang pula. Jangan marah mama ye..ini pendapat mama je, pendapat kita mungkin berbeza...

Wassalam

24 comments:

  1. Alhamdulillah semua dipermudahkan tempat Andrien belajar.Masa transit pun diguna sebaiknya untuk belajar.

    ReplyDelete
  2. Yang penting dekat dengan rumah ye Azra dan yurannya berpatutan. Zaman tadika ni rasanya tak kisahlah pun masuk tadika mana yg penting budak boleh membaca dan kenal huruf.
    Kadang kadang masuk Tadika mahal pun tak sesuai dengan budak sudahnya tak reti baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu nom dekat dengan rumah menyenangkan sikit. ye lah sekolah mana2 pun sama je, bergantung pada penerimaan anak2 kita juga kan, asalkan mereka dapat belajar membaca dan mengira itu dah memadai

      Delete
  3. best juga pasti ni ya. anak2 akak tak pernah hantar pasti so takdelah pengalaman kat situ.

    tu lah kan, kesian juga kat cikgu2 tadika/taska ni. kadang2 benda2 remeh-temeh pun makbapak nak harapkan cikgu yg jaga. adatlah barang anak2 hilang. budak kecik, kan. anak2 akak masa sekolah rendah dulu pun masih tak pandai jaga barang lagi. hari2 ada jer yg kurang! ini kan pulak budak tadika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak..saya ni pun 1st time hantar anak ke sini, sebelum ni ke tadika biasa je sebab takde pilihan dekat rumah lama tu ada 1 tadika je. kat sini ada juga pilihan jadi kami pilih pasti ni.

      betul tu kak kadang tak setuju juga dengan benda2 macam tu kesian cikgu pula, dah nama pun budak2 macam tu lah kan

      Delete
  4. murahnya kak yuran bulanan...
    pasti dkt2 opis dana nih... kalau penuh sehari rm330 tak silap, separuh hari rm200 rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana, rasanya pasti ni bayaran dia ikut kawasanlah, kawan akak hantar anaknya dekat pasti sek.19 shah alam tu bayaran rm160 sebulan.

      separuh hari 200 mahal tu, mujur sini separuh hari 100 je

      Delete
  5. Ya Allah mama yan, kt tadika akk pun samalah, tudung ank, kopiah anak, seluar sekolah ank, hilang dah jadi kerja part time ticer mencarinya, padahal kita dh pesan kt parents please write down your child name supaya senang kalo teetukar parent lain boleh pulangkan, ni tak habis2 pening kepala kitorg dgn masalah seantero taska, tadika nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..sepatutnya tulis nama anak dekat semua tu, cikgu2 pun dah pesan supaya memudahkan semua orang jika tertukar bolehlah dipulangkan kembalikan. masalahnya sama kan disetiap tadika/taska, bertabahlah ticer2 tadika/taska

      Delete
  6. anak kita sekapal ~ PASTI 2017.
    kat sini ijat sampai ptg RM250.
    kena amik before 6 ptg. lewat ada o/t RM8 sejam.
    but still murah compare to tadika swasta lain...
    aida suka la PASTI. silibus nyer, cikgu2 nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aida kira murah lagi la kan. cikgu2 pun muda lagi dan pandai mengambil hati anak2,

      Delete
    2. yes. aida berkenan dgn barisan pengajar / penjaga anak2.
      ramai.
      muda-muda.
      tiap pagi sambut anak di pagar.
      petang akan anta anak kita sampai ke pagar.
      so far 2 bulan ni aida sgt sesuai dgn suasana pasti izzat.

      Delete
  7. Wah.. Lajunya up entry. Tak dan nk komen.. Sempat baca je..Hehe..
    Senangkan ada transit skali.. Xpayah nk naik van. Kita pun tak risau. Mcm aimy takde pilihan, kena naik van juga. Malas nk susahkan pengasuh. Dulu masa aimy sorang, blh la pengasuh ambik, dh ada aisyah, kena naik van. Tp ok la, dia dpt biasakan diri naik van.

    Seronok jgk kalau cikgu share aktiviti ank2 kat sekolah. Dulu masa aimy 4 thn, cikgu dia rajin share. Cikgu 6thn ni takde pulak. Ira pun jarang komen kat group. Bgtau anak x g sekolah pun, whatsapp personal dgn cikgu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara masih ada waktu senggang nih, kita update lah laju2 lagipun cerita cuti2 tu dah lama, taknak update tapi macam tak best pulak kalau tak update sebab kenangankan dan ada pula yang tanya2, jadi kita updatelah apa yang boleh lepas ni kalau dah busy kita muncullah sekali-sekala pulak kikiki.

      Anak2 kaklah memang dah biasa naik van, tapi tahun ni adrien tak naik van lah sebab dihantar dan dijemput dari sekolah.

      Delete
    2. Betul tu, sementara ada kelapangan update je. Lgpn bkn selalu dpt ke sana. Boleh jd rujukan sendiri dan org lain.

      Delete
  8. Memang bagus sgt tu kalau ada sediakan blaja iqra semua.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah dah masuk tadika ya. yang penting anak2 enjoy gi sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hanah yang penting anak2 enjoy belajar

      Delete
  10. Setiap ibu-bapa yg berkerjaya tak banyak sedikit anak-anak akan tempias dgn jadual harian yg agak padat. Tapi bersusah dulu AA nanti dah besar semuanya senang jadinya.

    ReplyDelete
  11. Memang betul pendapat kita berbeza. Saya setuju sangat. Tapi janganlah perbezaan pendapat mrnjadikan kita betbeza.

    Solat pun dah diajar kat situ.

    ReplyDelete
  12. comel je semua. paling sejuk hati dengar diorang baca ayat lazim ramai2. anak sedara ada sorang dekat pasti sana. sonok tengok. betul kata mama. benda kecik jgn la nk berkira sgt. kalau hilang tu cuba pergi sekolah awal. cari sendiri. kalau pensil tu beli la lain. adat la anak kecik bila sekolah barang selalu hilang ni. kalau tak nak hilang .tagging nama anak dekat alat tulis. pendapat kira jugak huuuuu

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..belajar rajin2 ye..
    tulah, sma mcm fasya dlu, mmg dia pling awal..sbb kt msk kerja kul 8 kan..
    tp xpe, pergi awl2 dia org blh rileks2 dulu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...