Assalamualaikum...
Hari ni ada makan-makan kat seksyen mama nih. makan-makan sempena berjayanya kami menghabiskan Banci Ekonomi (BE2016) dan juga sempena sambutan besday untuk yang lahir pada bulan januari dan februari.
Makanan kami order je sebab malas nak masak, tapi ada jugalah yang bawa sedikit makanan tambahan mama hanya bawa perut sajalah hahaha. apa yang menjadi tarikan pada hari ini adalah miang kham. Makanan berasal dari thailand nih. Mama pun tak lepas peluang untuk mencuba, layan pulak makan mende nih.
Bahan-bahan untuk miang kham daun kaduk, sos (yang ini tempah orang membuatnya-haa nanti boleh mama gugel dan buat sendiri je), kacang tanah digoreng, kelapa disangai, udang kering, limau nipis, halia, cili padi...wahhh meletup-letup dalam mulut bila makan, bagi mama layan jugalah makan miang kham nih, semua rasa bercampur dalam mulut.
Okeh untuk jan dengan feb hanya 3 orang yang sambut besday campur seorang psh yang baju maroon tu, namanya erra fazira..seronok mama sambut besday ngan retis hehehe. Alhamdulillah masih berpeluang sambut besday lagi..tahun depan inshaAllah jika dipanjangkan umur.
Ada cerita yang kurang enak didengar, kenapakah? rezeki kitakan berbeza, kenapa perlu kita pertikaikan siapa yang lebih dan siapa yang kurang, Sesungguhnya Allah lebih tahu sebanyak mana rezeki yang hendak diberikan kepada hambaNya..Senyum dan berbahagialah..kita tak dapat yang itu, tapi Allah beri yang ini sebab apa? sebab Allah tahu apa yang kita perlukan.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Sekali tengok macam daun sireh kan 😅
ReplyDeleteAah macam sireh daun kaduk ni
DeleteYg sebelah erra fazira tudung pink tu pun nmpk cam retis juga, hehe.
ReplyDeleteHahaha...itu rempah ratus kak imah bukan retis tu
DeleteAkak belum pernah cuba miang kham ni....mesti sedap, pedas, manis, masin, lemak, pahit bercampur2 ye?
ReplyDeleteApa yg tak sedap didgr tu? Ttg APC ke....
Aah dekat tekak saya ni sedap la kak..
DeleteBkn apc kak tp kenaikan gred
pelik juga ye..
ReplyDeleteAgak pelik la
DeleteTak pernah jumpa miang kham ni.
ReplyDeleteAPC tu apa ek
APC tu anugerah perkhidmatan cemerlang
Deletekalo x bgtau daun kaduk.. mmg lya akan kata daun sireh ni.. hehe
ReplyDeletememang lya, kecik2 dulu akak pun selalu silap antara daun kaduk dan daun sireh, rupanya memang sama
Deleteaida ingat kan daun sireh hi hi...
ReplyDeleteaida x pernah makan ni.
agak nyer kat kelantan ada ke?
boleh test makan...
Kira macam makan sireh la eh ni... Sedap ye rasanya?
ReplyDeleteYg pakai tudung pink tu kalah retis tau.... baju mcm frozen lagi hihi.....
ReplyDeleteTengok hang pakai tudung labuh cantiklah pulak weyh Azra. Agaknya hang kurus kot ek...
Happy Bezday Azra....
Tengok Mieng Kham teringat kawan yg belanja dan rajin membungkus Mieng Kham masa kat Padang Besar hari tu
ReplyDelete