Assalamualaikum...
Satu yang mama bersyukur sangat bila berpindah ke tempat kediaman baru ni... Haaa bukan nak jadi ahli mesyuarat tingkap ye hehehe. Takdelah sebenarnya terniat nak hantar anak-anak pergi mengaji pada orang yang lebih layak berbanding mama ni, alhamdulillah Allah permudahkan urusan yang satu ini.
Kebetulan ada jiran mama ni ustazah sekolah agama dan mengajar bab tajwid,memang elok sangatlah tu kan tercapai hasrat mama, walaupun kelas mengaji bukan setiap hari tapi mama dah syukur sangat sebab anak-anak dapat belajar. Mama hantar tiga-tiga sekali senang, biar adelya kenal huruf dulu walaupun main-main sekurangnya dapatlah sedikit ilmukan.
Tengok anak-anak pergi mengaji teringat mama kecik-kecik dulu, alhamdulillah suasana sama,anak-anak dapat lalui semua tu mama rasa seronok, tepat pukul 8 kawan-kawan dah panggil kemudian jalan ramai-ramai pergi mengaji, bukan berjalan berlari kebanyakannya, adelya pun tak padan dengan kecik dia yang paling laju berlari,riuh rendah sepanjang jalan, jiran-jiran memang tahulah budak-budak pergi mengaji, siap cakap dalam group whatsapp meriahnya anak-anak pergi mengaji.
Memang meriah sangat. Rasa terulang memori mama pergi mengaji masa kecik-kecik dulu.
Mak jemah ni bukan main, pergi mengaji pun nak melawa dengan dress kembang-kembang siap berpusing-pusing, abang-abang pun rajin dok suruh adik berpusing-pusing dengan baju kembang tu. Lepas tu puji cantik...haii berbunga rianglah hati adelya bila kena puji.
Adam dan adelya je yang selalu sempat nak bergambar, adrien selalu yang paling lambat, ini dia tengah mandi orang lain dah siap, bila kawan-kawan dah panggil dia pula baru tergesa-gesa nak berbaju, sudah keluar separuh jalan sempat pula balik minta mama isikan air dalam botol nak bawa bekal pergi mengaji. Itulah berlari-larikan maunya tak letih dan dahaga, entah macammana pula ustazah mengajarkan,harap-harap tak peninglah ustazah melayan kerenah anak-anak.
Syukur alhamdulillah...urusan yang satu ini dipermudahkan, moga Allah permudahkan lagi hajat mama yang lain..inshaAllah.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
First, ternmpk beg adelya tu, beg haji cilik.
ReplyDeleteAlhamdulillah...ank2 bila mengaji atau belajar dari org lain lebih mudah mereka nk dengar berbanding dgn mak sendiri.
betul tu kak..beg haji cilik la tu hehehe
Deleteaah la kak, kalau dengan maknya ni banyak main2 je, biar belajar dengan orang lain, mahu sikit ikut
Alhamdulillah semua dipermudahkan Ilah dah keluarga di rumah baru.Senang ada tempat mengaji dengan orang yang berilmu.Anak2 akak ke5 lima nya akak ajar sendiri di rumah.Part tajwid tu mereka lebih banyak belajar di sekolah agama.
ReplyDeleteitulah kak syukur sangat, rezeki kami anak-beranak bila berpindah ni
Deleteuntung juga ada tempat mengaji dekat2 ya ilah. semoga dipermudahkan anak2 belajar
ReplyDeleteitulah hanah..rasa syukur sebab ada jiran yg boleh ajar mengaji
Deleteanak saya yg 5tahun baru je belajar mengaji. baru tahu sebut huruf2. amik kelas kat tadika dia. oklah, nak harap cepat sangat pun xleh juga kan
DeleteItulah ikut kemampuan anak2 kan hanah
Deletehaa, takleh paksa. baru 5 tahun kan. what to expect. takmolah anak2 stress pulak atas kehendak mak.
Deletealhamdulillah... seronok kite nengok nya kan kak
ReplyDeletebetul dana..sronok menengoknye
DeleteItulah yg terbaik. Sebelum terlambat didik mereka dgn al-quran.
ReplyDeleteBetul tu kakzakie...alhamdulillah anak2 suka nak mengaju al-quran
DeleteSeronok tgk budak2 pegi mengaji.
ReplyDeleteTeringat zaman kecik2 dulu. Hehe..
Betul tu mengaji dgn mak sendiri bnyk main. Tgh2 mengaji, blh bercerita pasal sekolah.. Abg adam dah baca quran ke?
Belum baca quran lagi..biar dia lancar dengan iqra' dulu
DeleteRezeki jugak tu namanya Azra....anak anak senang nak mengaji.
ReplyDeleteALhamdulillah....
Hihi alahai comelnya Adelya, seronoklah tu nak mengaji sambil dapat jumpa kengkawan hihi
itulah nom..lega rasanya anak2 dapat pergi mengaji pada orang yang lebih layak mengajar
Deletememang seronok sangat dia dapat jumpa kawan2
kira pun ingt nk mula hantar uwais mengaji dah. saje nak bagi dia kenal huruf mcm Adelya hhihihi. comel Adelya
ReplyDeletehahah nampak je comel tu tapi ganaih bukan main
Deletecomeyyy sgt...
ReplyDeletealhamdulillah..sngkan bila dkt perumahan ada y mgajar mgaji..x perlu htr jauh2..
penting kan mengaji ni. asas pada segalanya.
ReplyDeletebagi aida, biar la anak aida tu pandai mengaji dulu, kenal huruf jawi dulu, tau baca iqra'dulu, sebelum yg lain-lain.
mcm izzat skang. alhamdulillah. 2 bulan dlm PASTI, kalau dia tgh happy, dok zikir lah, selawat nabi lah :)
aduhai, happy mndgr nyer...