Monday 13 February 2017

Kiram Village

Assalamualaikum...

Permulaanya makngah dan mommy nak ambil hotel bank di kinabalu pine, memadangkan disitu hotel dan bukannya apartment, kami yang lain perlu cari hotel yang lain ataupun duduk juga kinabalu pine tu, setelah berbincang akhirnya kami putuskan untuk duduk di Kiram Village. haa yang ini mama uruskan sebab urusan hanya melalui whatsapp saja.

Booking date dan bayar deposit RM300- keseluruhan bayaran RM800. nama-nama kabin di kiram village ni semua nama sayur, yang kami duduk ni namanya asaparagus, ada brokoli, tomato, chilli macam-macam lagilah, sebelum booking dia akan tanya kita berapa orang, sebab nak bagi bilik sesuai dengan kitalah kan.

Kabin kami 2 tingkat, 2 bilik air, pergi 8 dewasa, 5 kanak-kanak memang selesalah siap tilam lebih pun ada 2, dapur pun peralatan lengkap jika nak memasak, gas pun ada, cuma kami tak memasaklah, cuma masak air saja, masa pergi tu, heater yang ada kejap-kejap berfungsi kejap-kejap tak, jadinya mama dan en.azmi jadi tukang masak air untuk semua orang mandi, tak apalah sedikit saja hal jangan sampai merosakkan percutian kita.

banyak kabin yang boleh dipilih, tapi ada kabin yang betul-betul diatas bukit kena parking bawah dan kena panjat bukit pula kalau nak ke kabin, orang muda dan bujang-bujang oklah nak ambil kabin tu, kalau mama ni dah sesuai lah ambik asparagus tu hahaha..kereta pun boleh parking depan rumah, muat 2 biji avanza, legalah tak perlu berjalan sambil usung beg, tapi disebabkan keindahan kawasan kiram village nih, mama rela berjalan sementara en.azmi dan daniel ubah kereta dari receptionist ke kabin, dalam nak tuju ke kabin tu sempatlah kami yang lain ni berphotoshoot.


Ok mari layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sekitar Kiram Village ini.

Suasana sekitar kiram village

Pandangan dari tempat parkir depan receptionist,rumah yang comel.itu namanya brocolli
Kami diberanda kabin, duduk santai sambil menikmati suasana pagi...memang best

Salah satu kabin disitu, cantik bukan dengan gerbang bungaan tu, tak lepas peluang untuk bergambar walaupun kabin penyewa lain hehehe


Kos untuk bermalam disini:

Kalau tak mahu bawa tuala, boleh sewa tuala disini.. tuala disewa pada RM3 sehelai, seterika pula boleh disewa RM5, nak check out nanti baru pulangkan.
Harga kabin bergantung pada jenis kabinlah, yang mama ambil ni..

weekdays RM350
Weekend RM400
Public holiday & cuti sekolah RM550

Ada yang serendah RM80 untuk weekdays.

Jika ada yang ingin ke kundasang dan ingin menginap di kiram village, mama sertakan nombor untuk dihubungi ya..

016-6950057 - Jamalul Kiram.

Wassalam.

16 comments:

  1. cantik ya tempatnya, sekali tengok macam cameron highland aje!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kak penuh bunga2an, macam cameron jugak

      Delete
  2. CANTIKNYA KIRAM VILAGE INDAH PANORAMANYA.

    ReplyDelete
  3. Cantik kawasan dan pemandangannya..

    ReplyDelete
  4. Baca nama Kiram tu terus teringat kes pemberontakan di Lahad Datu dulu
    Tapi tengok perkampungannya nampak damai sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie..seram juga bila dengar hehehe

      perkampungannya memang tenang dan mendamaikan

      Delete
  5. cantik2nya rumah2 kt situ kak...
    ngn pokok2 bunga yg pelbagai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dana, rumahnya macam2 pattern, bunga2an pun banyak

      Delete
  6. Patutlah namanya Kiram Village, rupanya nama owner hihi....
    Ha a lah Azra mmg cantik tempat dia. Hijau aje ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nama ownernya tu..

      cantik nom hijau dan penuh bunga2an

      Delete
  7. Cantik rumah kabin yang last tu... kalau tak silap saya ia pernah jadi lokasi penggambaran drama Lara Cinta Ameena.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...