Saturday 12 March 2016

Hari pertama cuti sekolah

Assalamualaikum...

Ke mana kawan-kawan sempena cuti sekolah ni? Mama dan anak-anak duduk dirumah saja nampaknya. En.azmi sibuk bekerja.

Aktiviti hari pertama dengan anak-anak...

Mari tolong mama potong sayur



Nampak agak bahaya disitu bila tiga-tiga orang memegang pisau, mama beri pisau yang ridak tajam pada anak-anak dan mama sentiasa melihat mereka. Risau jugakan tapi alhamdulillah mereka mendengar arahan.

"Mama..yen suka makan carrot, carrot bagi mata kita sihat" kata adrien.. Bagus adrien. Hasil kerja anak-anak mama masak bersama sayur kangkung.

Bagus ajar mereka buat kerja rumah, apatah lagi anak lelaki mama tu,nanti dah besar boleh tolong mama didapur. Kalau dah beristeri boleh tolong isteri pula nanti kan...hihihi, jauh sangat mama berfikir.



Tadi abang adam menolong mama buat buah melaka dan butir nangka.. Permintaan en.azmi nak makan buah melaka. Lega dah siap semua tunggu en.azmi balik je untuk makan.

Allahummasolli a'la sahyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. Betul...tak kira anak lelaki atau perempuan....tak rugi pandai urus rumah...untuk diri sendiri dan keluarga mereka akan datang...amin..

    ReplyDelete
  2. sedapnya sis butir namgka n buah melaka tu... haduihhh dh lama tak makan butir nangka... bgs la anak2 duk tlg...

    ReplyDelete
  3. Rajin AA melayan anak kat dapur, betul ajar dari kecil senang. Cuti sekolah ni ramai sangat kat tempat awam. Lebih selesa dirumah.

    ReplyDelete
  4. Wah dah siap buah melaka dgn butir nangka ye Yan..
    Betul yan didik mereka rajin kedapur wlpn lelaki..

    ReplyDelete
  5. mak aihhh sedapnya butir nangka tu .. dah lama x makan ni.....

    ReplyDelete
  6. Rajin anak2 mama menolong kat dapur..
    Tergoda pulak tgk butir nangka tu.... nyum nym!

    ReplyDelete
  7. Rrsepi mudah yg menyelerakankan bg memenuhi permintaan suami, wahh, isteri solehah ni

    ReplyDelete
  8. Didik dari kecik kan. Moga2 nt dh besar x kekok dh nk buat kerja rumah walaupun lelaki ketua keluarga :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...