Saturday 5 December 2015

Mandi wiladah,period tidak teratur

Assalamualaikum...

Mama ni sebenarnya tidaklah berani nak bercakap pasal agama ni sebab mama pun masih cetek ilmunya. Ini saja nak share berikutan 2,3 hari ni dok berlegar-legar post dekat group whatsapp pasal mandi wiladah.

Ada yang post berkenaan mandi wiladah, mandi ini dilakukan bagi wanita selepas bersalin. Dalam post itu menerangkan yang wanita perlu mandi wiladah sebaik lepas bersalin, wanita yang post pasal itu juga mandi setengah jam selepas bersalin.

Mama tak berani komen sebab mama tak arif,bila buat carian google juga benda yang sama diperkatakan. Kawan mama juga kata selepas bersalin ada seorang wanita yang sebelah katilnya menyuruh dia segera mandi pada hal waktu dah malam dan kawan mama hampir pitam semasa mandi tu. Mama pula memang tidak terus mandi,mama tunggu pulih sebentar dari rasa penat dan letih setelah bersalin barulah mama mandi.

Ekoran daripada itu mama cuba mendapatkan penjelasan dari kawan mama,seorang ustaz.. Katanya :

"Mandi wiladah itu wajib sekiranya tiada darah nifas, hanya ada darah wiladah sahaja. Bagi yang ada darah nifas tak perlu ..sebab mandi wiladah ini adalah untuk mensucikan kita untuk mengerjakan ibadah"

Satu lagi penerangan dari seorang ustaz :

"Darah yang keluar selepas bersalin adalah darah nifas... Sesingkat2 waktu keluar darah nifas adalah sehari semalam, paling panjang adalah 40-60 hari...selepas dah suci dari nifas baru kita mandi wajib,berkenaan mandi selepas bersalin tu tiada,sebab untuk apa kita mandi hadas sedangkan kita masih dalam hadas"

Permasalah tambahan...ini untuk mama atau mungkin ada juga yang mengalaminya..sejak pakai implan..period tidak menentu, kadang lama dan kadang tiada...

Jawapan ustaz " masalah ini masalah mendatang,jika ianya berterusan perlu dibuka kerana ianya mengganggu ibadat"

Alhamdulillah mendapat pencerahan,mula-mula masukkan implan period tidak teratur 3 bulan pertama,3 bulan kemudian period langsung tiada dan sebulan ini period kembali tidak teratur,jika ianya berterusan mama perlu bukalah implan ni, sebenarnya mama juga agak terganggu jika ia berterusan sebab sukar untuk beribadatkan.

Ini untuk yang memakai implan atau makan ubat ye,kalau memang penyakit period tak teratur itu kategori lain.

Mama sekadar berkongsi dari apa info yang mama dapat, jika salah maafkan mama. Kata kawan mama sekarang ràmai sangat yang nak jadi ustaz ustazah...hmmm mama berkongsi supaya yang lebih tahu dapat memberi pencerahan buat yang tidak tahu dan kalau malu bertanya juga takut tersesat jalankan...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

11 comments:

  1. Betulla kan.. kalau isu2 yang kita tak mahir, selalu beringat supaya tak beri komen memadai2.. karang salah ajaran, tak pasal2 berdosa.. kena bertanya kepada orang yg mahir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu takut juga terpesong kenyataannya sbb tu kena tanya pd yg arif, inipun dah bertanya pd 2 org baru terasa yakin nak postkan utk pengetahuan kawan2

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian..
    Bila bnyk pendapat, kita jd keliru..
    Tp bila da dijelaskan oleh yg lebih arif.. br la yakin..
    Kwn ira pun ada mslh sama bila pakai implan.. period tak teratur.. skg ni dia da buka da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bila byk pendapat jd keliru sbb tu k.lah tanya pd org yg arif, bila dah yakin baru post.

      itulah kalau keadaan berterusan mungkin akn dipertimbangkan untuk buka kembali

      Delete
  3. Implan.. Implan tu camne ye? Bila saya baca post ni saya rasa mcm senak kat perut.. Betapa sakitnya beranak, rasa mcm besar betul pengorbanan ibu selama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. implan tu salah satu cara utk jarakkan kehamilan jika tak mahu makan ubat. implan dimasukkan di bawah lengan bawah sedikit dari kita punya ketiak. besar implan tu semacam batang putik kapas tu je.

      kan memang besar pengorbanan seorang ibu

      Delete
  4. Itu lah yg sebaiknya tnya pada yang berilmu seperti ustaz ...
    Tak pernah pulak kakak dibertahu pasal mandi selepas bersalin .

    ReplyDelete
  5. Bagus mama terus bertanya pada yang ahli... begitu lah yg sepaptutnya :)
    Saya memang mandi wiladah lepas bersalin, tapi tak de lah dalam tempoh 30 minit lepas bersalin... Bila rasa badan sihat sikit lepas bersalin, baru mandi dan niatkan mandi wiladah.

    Ilmu baru juga ni pasal peroid tak tentu sebab implanon... thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah..bagus entri ni....

    cian kawan aa..nasib tak apa2

    ReplyDelete
  7. pernah dengan dalam tanyalah ustazah ritu. mandi wiladah ni boleh disatukan dengan mandi hadas lepas kering darah nifas. 2 dalam satu. boleh jugak asingkan mandi wiladah dan hadas besar. ikut pilihan kita nak mandi yang mana satu. wallahualam.

    ReplyDelete
  8. baik bertanya pada yang pakar bab2 agama ni kan sis.. takde lah kita ni ragu2.. bagus perkongsian sis ni.. dpt juga ilmu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...