Tuesday 1 December 2015

cameron highland - penginapan

Assalamualaikum...

mama nak cerita mengenai penginapan kami semasa di cameron. memandangkan kali ini mama dan buah hati yang buat keputusan untuk memilih apartment ini kononnya dekat dengan pasar malam, tapi tak begitu memuaskan hati.

mulanya mama tempah tingkat 4 tapi bila check in kami diberi ting.9 fuh...tingkat paling atas tu. bila ditanya kenapa? mereka kata ada 1 family tempah 2 rumah jadi mereka beri yang di ting.4 sebab rumahnya sebelah-sebelah..ok la takpe mama terima tak mahulah banyak cerita kan.

mama dapat master bedroom...oh ini bukan mama yang pilih sebab mama naik lambat terpaksa tunggu lif yang lain,masuk je rumah wan dan adik-ipar dah cakap mama dan buah hati ambil bilik ni, mama turutkan aje tapi tidaklah tutup pintu bilik tu, tetap dibuka untuk family lain guna bilik air didalam bilik tu. sebab ramaikan takkan nak biarkan mereka semua guna bilik air diluar tu je, jenuh nak menunggukan.

Rumah ni bilik ada 3,bilik air 2...ruang tamu luas..kebersihan ok cuma peralatan didapur tak mencukupi, periuk pun tak sempurna mujur masih boleh diguna untuk memasak nasi, kalau tak haru juga sebab kami memang plan untuk memasak je sepanjang cuti-cuti ni untuk jimat bajet hehehe lagipun masak sendiri lebih puas makan kan. astro ada dan kami siap langgan astro first lagi tengok polis evo.

apa yang tak bestnyer..kawasan apartment ini berbukit agak susah la bagi wan dan atok untuk berjalan turun naik bukit,malam pertama ke pasar malam memang kami naik turun bukit je, tapi hari kedua kami turun naik bukit guna kereta, yang mana parking diluar terpaksalah berjalan..mama bawa wan,atok dan biras yang pregnant je naik kereta hihihi...yang lain-lain terpaksa menapaklah ye..oh ya parking untuk 1 rumah 1 je yang lain-lain kena parking luar, dikawasan jalan yang berbukit terpaksa cari batu untuk sendal tayar takut tetiba kereta bergerak sendiri pula nanti kan.

Ini cerita mistik sikit...huhuhu malam pertama, adelya menangis buat hal taknak tidur dibilik nak tidur diluar, mama macam ada rasa yang tidak enak dah..hmmm dalam pukul 12malam terdengar dari atas bumbung seolah-olah ada orang menyorong kerusi meja, pada hal dekat atas dah takde rumah orang dah, bumbung je, memang tak sedap hati, mama tak boleh tidurlah malam tu, dengar dengan jelas dan agak lama juga la sesi sorong meja kerusi tu, ditambah pula dengar suara tangisan budak, yang ini mama tak pastilah memang budak yang menangis atau benda lain. tak tahu pukul berapa mama terlelap yang pastinya memang tidur tak berapa nak lena la.

malam kedua adelya ok takde menangis-nangis lagi, mama cuba pujuk adelya tidur, bacalah apa-apa yang patutkan, tapi anak buah pula yang menangis kuat, kata buah hati mama, dia menangis sambil menunjuk-nunjuk ke arah tingkap, mama memang tidak dapat tengok sebab tidur dan menjaga adelya, lepas adik ipar pasangkan ayat-ayat suci al-quran barulah anaknya berhenti menangis kata buah hati mama, tak pastilah betul atau tidak cerita buah hati mama ni, yang mama dengar memang anak buah mama tu menangis yang tunjuk-tunjuk tu mama tak tengok. haii seram pula dibuatnya..kalau dengar sorong meja kerusi tu ok lagi,kalau nampak kelibat tu seram jugalah.

Dah hari terakhir tu baru perasan dalam rumah tu takde satu pun digantung dengan ayat-ayat suci al-quran, ye lah bukan kita nak bergantung pada ayat yang digantung tu kan, tapi adalah lebih baik rumah kita diletakkan dengan ayat-ayat suci al-quran kan, tambahan pula rumah tu hanya berpenghuni jika ada penyewa, jadi tidak mustahillah ada makhlus lain yang menghuni rumah itu jugakan...ini tak mustahil sebab makhluk itu memang adakan.

jadi mama bagi cadangan kepada pemilik rumah supaya peralatan didapur ditambah dan diperbaiki atau diganti dengan yang baru seperti rice cooker tu, sudu pun perlu diletakkan lebih ini tidak ada 2 ketul je sudu..hehehe dan letakkan sedikit ayat-ayat al-quran didinding ataupun sediakan juga naskah al-quran agar penyewa dapat juga membaca al-quran pada waktu senggang ketika dirumah itu kan.

apapun alhamdulillah kerana tiada perkara yang lebih buruk berlaku sepanjang 3hari 2malam kami berada dirumah itu dan mama minta maaf sangat-sangat pasal penginapan yang mungkin kurang selesa buat family in law. kami memilih rumah ini kerana ada lif, rumah yang sebelum ini yang hendak dipilih tiada lif, jadi tak mahu menyusahkan parent in law panjat tangga, rupanya rumah ini kawasan berbukit pula.. harap-harap takdelah menyusahkan semua orang.


pemandangan dari rumah yang kami sewa, cantik pemandangannya terletak pun betul-betul dikawasan brinchang dan berhampiran dengan pasar malam brinchang tu.

Sebelum check out mama tinggalkan duit bayaran untuk astro first yang kami langgan, mama berhubung dengan pemilik rumah memberitahu tentang itu, bukanlah nak menunjuk bagus tapi perlu juga diberitahukan, pemilik berkata oklah beritahu kerana selepas kami keluar akan ada orang untuk mencuci rumah tersebut. dan pemilik juga berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana bersikap jujur, mama hairanlah kenapa pula? katanya penyewa yang sebelum-sebelum ini tidak pernah bayar duit astro first bila ditanya mereka kata tak langgan tapi  tarikh pada bil menunjukkan tarikh mereka sewa..oh ada juga begitu.

mama bukan apa taklah nak menunjuk bagus cuma kita perlu jujurlah, bila dah guna perlulah kita bayarkan, itupun berkali-kali mama pesan pada buah hati jangan lupa tinggalkan duit astro sebab ye lah walaupun sedikit benda itu sangat pentingkan.kita dah guna kita perlulah bayar.

sehingga bertemu lagi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

11 comments:

  1. Seram juga ya....tp duk tmpt ni dapat tgk permandangan bawah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram jug adibuatnya...ye pemandangannya memang cantik

      Delete
  2. semua tu kita tak blh nak jangka.. tgk dlm gmbr lawa dan cantik.. bila sampai tak sama..
    kita tak blh nk buat apa.. diluar bidang kuasa kita kan.. kalau boleh, kita nak cari yg terbaik..
    tp mmg betul sbg org yg memilih/menaja tempat penginapan, kalau ahli lain rasa tak selesa, mmg rasa agak bersalah juga.
    ira faham perasaan tu.. sbb tu bila icong komplen psl parking, ira suh dia rileks je..
    jgn spoil mood nk bercuti.. kita bkn tau keadaan persekitaran kat situ mcm tu..
    syukur dgn apa yg ada..

    pasal kisah seram tu..
    masa tgk polis evo tu dgr org menjerit dan gegar pagar mcm apa tu, ira dah rasa lain mcm.. tp abaikan je..
    dengar bunyi tolak kerusi meja tu pun awal gak lagi, sbb baru nk tdo.. kitaorg kan biasa tdo lewat, so dlm kul 12 tu kira awal lg la..
    nk sedapkan hati, ira pikir, diaorg yg tdo kat depan kot nk space lg luas, tu sbb alihkan kerusi meja.. hehehe..
    tp bila pk balik, jauh plak bunyi nya.. bunyi kat atas.. mls nk pk.. ira tdo je.. hehehe..

    malam ke 2 tu, aimy tdo sendiri kat depan, dia tertido sendiri so dia takde la baca apa2..
    kitaorg baru nk tdo, dgr dia nangis.. memula igt dia merengek je.. tetiba melarat plak..
    dia mcm mimpi something sbb kita kejutkan dia, dia tak buka mata..mcm x sedar..
    icong pun tak fikir apa, kitaorg cuma fikir yg aimy penat berjalan dan apa dia nak masa kat pasar tu, kami tak beli..
    mungkin terbawa2 ke dlm mimpi.. icong kejut2kan dia.. dia masih merengek.. sampai tok, wan, pak long, mak lang dtg menjenguk..
    wan suruh baca ayat kursi, tok plak suh tutup tingkap tu dgn kain.. tingkap ada langsir, cuma ada bhgn yg tak tertutup sikit.. sbb cangkuknya tanggal kot..
    dh baca ayat kursi dan mcm2 ayat kat telinga dia.. x bangun jgk.. panggil2 nama dia, pun x bangun jugak..
    lps tu.. ira peluk dia.. baca ayat kursi n lain2.. dia diam kejap.. lps tu dia nangis balik..
    risau da masa tu.. apa nk buat ni.. minta icong ambilkan hp, igt nk pasang yaasin tp x download plak, surah lain yg ada surah al mulk..

    ira pasang surah al mulk.. baru je 2 ayat kedengaran, aimy terus duduk n pandang ke tingkap dgn mata bulat..
    bila kita ckp ngan dia, baru dia sedar.. icong suh dia baca doa tdo, al fatihah.. baru dia baca mcm biasa..
    dia seolah2 baru sedar dari mimpi.. hrmm.. x main kot baca pelan2 n bisik2.. kene baca kuat.. da mlm2 tu suara ira pun tak keluar nk baca kuat..
    so biar je surah tu terpasang hingga habis.. aimy tdo semula.. kami yg x blh nk tdo lena sampai ke pagi.. asik terjaga je..

    mungkin rumah tu org jarang sewa, tp mmg betul, sekurang2nya perlu ada senaskah al quran dlm rumah tu..
    betul tu, kita mmg kene jujur.. sbb kita dh guna, kita perlu bayar.. lagipun ia melibatkan bil..
    nnt jadi hutang, susah pulak nak mencari tuan rumah tu kat akhirat nnt..
    lain la kalau masa masuk rumah tu, dia cakap, apa nk guna brg2 dlm rumah tu, guna la.. buat mcm rumah sendiri..
    itu pun, biasanya akan minta halal semua yg digunakan dgn tuan rumah..

    sorry, terpanjang lak komen.. dah mcm entry jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kata orang lain...diri sendiri pun merungut juga pasal parking, kalau boleh memang nak berikan yang terbaik dan keselesaan pada semua orang tapi itulah, kita takkan dapat menjangka apa yang bakal berlaku dan apa yang perlu kita hadapi.

      mulanya memang takde pun nak sponsor apa2, tapi kata abg mi untuk kurangkan kos.. memandangkan semua belum gaji dan mungkin ada yang memerlukan duit, bajet yang sebelum ni agak mahal, jadinya abg mi cakap penginapan biar dia je bayar, collection untuk duit makan je.

      biasalah rumah yang jarang berpenghuni pasti ada penghuni lain yang menghuni, kebetulan nak terjadi pada kita kan..pengalaman, alhamdulillah tiada kejadian yang lebih teruk berlaku.

      Delete
  3. Begitulah tak semua tempat yg kita sewa dijangkakan baik seperti yang digambarkan
    Bila dah sampai dan duduk baru tahu situasi sebenar.
    Tapi oklah tak jadi yg tak diingini. Seram-seram sikit tu saja nak menegur org baru agaknya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...semuanya tak dapat nak jangka..

      itulah mungkin nak bermesra dengan kami agaknya tu hihi

      Delete
  4. Kena banyak bersabar bila nak bercuti kan.. banyak dugaan yang kita tak jangka.. seram juga baca kes nangis2 kat sana tu ya.. alahai.. mujur juga tak ada perkara yang lebih membimbangkan berlaku tu.. kita sewa je kn.. tak tahu pula jadinya atau rumahnya keadaan macam tu.. tapi dah bagus sangatla tu akak berterus terang bg cadangan kepada pemiliknya.. moga lepas ni akan ada penambah baikan yg dilakukan..

    ReplyDelete
  5. bab seram tu aida x nak komen = penakut!
    and bab astro first tu, mesti la jujur.
    menipu = dosa!
    di dunia lepas, di akhirat ??! aduhai...

    ReplyDelete
  6. scary nya kak. salah satu sebab takut nak sewa apartment pasal ni la. tapi kalau rumah bawah bunyi tolak sorang kerusi tu pun lagiii scary. kalau apartment boleh la jugak nak bersangka baik dorg tolak katil nak bagi rapat hihihi.

    betul, masa kita nk booking tu mana nk tau keadaan persekitaran macam mana, lagi pun akak booking rumah lain dia bagi rumah lain. bukan salah akak. lepas ni kena cari rumah bawah kalau nak menyewa

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...