Friday 11 December 2015

kenapa abang tak tahu?

Assalamualaikum...

malam tadi sepertimana biasa sebelum tidur mama akan baca beberapa surah dan diikuti oleh anak-anak, buat masa ini mama cuma baca surah an-naas, al-falaq, al-ikhlas dan al-lahab sebab mama nak bagi anak-anak hafal surah-surah tu dulu.

malam tadi mama baca, terjemahan pula abang adam yang mahu baca,bacaan abang adam masih kurang lancar pada sesetengah perkataan yang panjang, dalam abang adam berusaha untuk menghabiskan membaca terjemahan tiba-tiba adrien menyambung bacaan abang adam...mama rasa kagum.

mulanya abang adam biasa saja bila itu terjadi tetapi bila beberapa kali adrien menyambung bacaan terjemahannya abang adam tak berpuashati..lantas bertanya "mama kenapa yen tahu tapi abang tak tahu?" mama pujuk abang.. siapa kata abang tak tahu tu kan abang tengah baca tu...

mama tahu abang konfius kenapa adrien tahu terjemahan yang abang baca sedangkan adrien masih tidak tahu membaca...dari apa yang berlaku mama sedar selama ini apa yang mama buat berkesan pada adrien...setiap malam mama baca surah dan terjemahan, walaupun adrien nampak main-main dan tidak dengar apa yang mama baca tapi sebenarnya adrien dapat tangkap semua tu...hasilnya mama nampak semalam, jadinya mama perlu lebih bersemangat untuk mengajar anak-anak.

abang ketinggalan sedikit sebab masa balik kampung hari tu mama mengajar adrien dan adelya saja..nampaknya adelya pun dapat mengikut walaupun sebutannya tidak begitu jelas tapi mama tahu surah apa yang dibaca.

maaf mama cuma lahirkan rasa gembira dengan apa yang berlaku bukan nak berbangga dengan apa yang mama buat,sekadar nak berkongsi mungkin kawan-kawan sudah lama buat macam ni kan.. selama ini kalau baca al-quran mama akan baca terjemahan kuat-kuat.. hari tu mama baca surah al-waqiah tentang kiamat, nampak anak-anak berminat dan bertanya apa itu kiamat..mama cuba terangkan apa yang mama tahu dan mama terangkan mengikut terjemahan yang dibaca...

beberapa hari selepas itu...adrien berkata bumi bergoncang...mama tanya kenapa bumi bergoncang? kiamat jawab adrien...jadi adrien faham..ye la dari penerangan yang panjang adrien dapat sikit pun jadilah kan...nampaknya sekarang ni adrien pula yang rajin bertanya kenapa..kenapa dan kenapa? kadang-kadang mama pun tak dapat nak menjawab soalan adrien tu...

mama nak seimbangkan ilmu dunia dan akhirat...inshaAllah mama akan cuba berusaha sebaik mungkin..walaupun sekejap waktu yang diambil cuma sebelum tidur..mama harap kesannya berpanjangan.

selain mama...tecer taska juga berperanan dalam hal ini...ditaska anak-anak juga diajar zikir,baca surah-surah pendek, solat..alhamdulillah adelya yang 2 tahun 5 bulan tu dah boleh baca al-fatihah walaupun tidak lancar yang penting adelya tahu, bila mama cakap baca al-fatihah...adelya baca... sebab itu mama tidak kisah bila orang kata taska yang mama hantar anak-anak tu mahal sikit, mahal sikit tapi anak-anak dijaga dengan baik, setiap pagi bila sampai je taska dah terpasang alunan zikir... anak-anak tidur pagi ditemani zikir... bukankah itu sangat baik untuk makanan jiwa anak-anak dipagi hari.

oklah banyak pula mama berceloteh...  moh makan


hasil cuti-cuti selangor hari ni..2 juadah untuk minum petang, saja mama nak habiskan stok tepung pulut didapur mama, buah melaka kegemaran buah hati mama..butir nangka tu kesukaan abang adam, adrien dan adelya makan saja apa yang terhidang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

9 comments:

  1. Ala comelnya abang tanya macam tu :)

    ReplyDelete
  2. rajin mengajar anak sedari mrk kecil akan diingat selamanya bak air melekukkan batu...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah . pendidikan awal mmg bermula dr rumah , dari ibu bapa . Itu mmg tanggung jwb mrk. guru hanya penyambung ...

    ReplyDelete
  4. Lamanya x singgah sini...tuan umah sihat?

    ReplyDelete
  5. wahh memang terbaik lah mama...ibu yang bijak ni...ajar mereka dari kecik dan faham..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. semua yg diajar tersemat dihati anak2..
    semoga anak2 kak lah semua cemerlang dunia akhirat..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang menarik.. Alhamdulillah kalau di taska pun ada juga mengajar zikir ini.. Macam taska anak sha..

    ReplyDelete
  8. sonok baca tengok dorang boleh hafal surah dengan terjemahan. memang waktu umur sekarang masa yang sesuai nak terapkan hafalan hafazan untuk dorang kak. otak fresh lagi. senang nak serap ilmu yang baik2.

    tengok buah melaka tu tiba2 teringin nak buat. tengok la nanti bila rajin. hihihihi

    ReplyDelete
  9. aida nak share skit experience la.
    nurin dan syuhada beza 2 thn.
    start nurin 4 thn, aida da start ajar nurin membaca, mengira,menulis.
    story telling jgn ckp la kan, yan.
    syuhada all the time akan dok bersama bila aida ajar nurin membaca terutama masa nurin umur 5 thn.
    surprise nyer la aida, bila syuhada naik umur 4 thn, aida nak ajar dia membaca, dia da reti membaca basic.
    mengira pun dia da tahu.
    end of 4 years old, syuhada da boleh membaca karangan pendek-pendek alhamdulillah.
    tu adalah sesuatu yg berlaku tanpa diduga.
    maksudnya, kuasa anak2 ni mendengar adalah amat kuat tau.
    sebab tu kena cakap baik baik, buat elok elok becoz diorang sgt mengikut.
    sekian :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...