Friday 18 December 2015

sedikit perkongsian

Assalamualaikum...

mama sekadar berkongsi intipati ceramah sempena Maulidur Rasul.

Kita sebagai umat akhir zaman, cabaran kita lebih hebat, tapi kena ingat kita adalah umat yang terpilih. Kenapa kita dikatakan umat yang terpilih? ini kerana kita adalah umat yang terbaik dari umat yang sebelum ini, kita diminta Allah untuk mengajak umat manusia menjadi lebih baik dan mencegah kemungkaran.

beza kita umat Nabi Muhammad saw dengan umat yang terdahulu kerana kita akan menjadi saksi di akhirat nanti bagi umat yang terdahulu.

Nabi saw adalah Nabi yang terbaik, jadi kita sebagai umatnya juga adalah umat yang terbaik.

Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah swt untuk memperbetulkan akidah, mendisplinkan, memperbaiki akhlak.

Nabi Muhammad dilahirkan setelah 400 tahun umat terdahulu hidup tanpa Nabi selepas Nabi Isa. Mereka hidup dalam kejahilan, putus hidayah, teruk akidah dan akhlak. Kita pula umat zaman sekarang? tiada Nabi sejak kewafatan Nabi Muhammad saw. Oleh itu manusia akan kembali sesat jika kita tidak berpegang kepada 2 benda yang ditinggalkan oleh baginda Nabi saw.

1. Kita Allah - al-Quran
2. Sunnah Nabi

Antara lain yang disentuh tadi tentang ibu susuan, ini adalah amalan para Nabi dahulu, Nabi saw juga mempunyai ibu susuankan.

Ustaz ada menyentuh tentang pengambilan anak angkat, seeloknya jika hendak ambil anak angkat ambil yang berumur dibawah 2 tahun supaya anak tersebut dapat disusukan oleh si ibu, jika si ibu tiada susu menjadi harus bagi si ibu tersebut untuk memakan pil hormon bagi menghasilkan susu, ini bagi memastikan anak itu halal bersentuhan dengan si ibu atau bapa.

bagi tempoh penyusuan, menurut ustaz bukanlah sebanyak 5 kali kenyang sebagaimana yang pernah mama dengar sebelum ini tetapi cukup sekadar 5 isapan dan lebih, bukan isap susu tido kemudia bangun tido isap susu lagi dan begitu seterusnya sehingga 5 kali, bukan begitu kata ustaz tetapi 5 kali isap saja. ( mama catitkan disini untuk ingatan mama mana tahu berguna pada masa hadapankan)

kata ustaz sebab itu digalakkan ibu susuan ini dikalangan adik-beradik, ini bagi membolehkan antara sepupu bersentuhan bersalaman, dari segi aurat juga terjagalah kan, hmmm...betul juga tu kan, jadi bila dah jadi ibu susuan hubungan antara sepupu seperti adik-beradiklah kan, boleh bersalam, jadi tak hairanlah kalau tengok sepupu bersalaman mungkin mereka saudara susuan kan.

perkongsian lain :

cara berdoa Nabi saw.

Tangan dirapatkan, dan ditinggikan sedikit.

Cara makan Nabi saw.

Makan guna jari, dan sesudah makan sunat menjilat jari, kerana kita tidak tahu mungkin pada makanan dijari itu ada barakahnya...mana tahu pada makanan itu ada yang menjadi penyembuh sakit kita.

pinggan pun jilat, menjilat pinggan bukanlah menjilat pinggan yang digunakan itu tetapi kita bersihkan sisa makanan pada pinggan dengan jari,selepas itu jari itu yang dijilat.

selain itu, makanan yang jatuh disekitar pinggan pun kita kutip dan makan kerana disitu juga ada barahnya.

itulah sedikit yang dapat mama kongsi, dah cacamarba je perkongsian mama ni ha..tapi oklah tu

Kata-kata dari ustaz :

Nabi saw makan sikit-sikit, kita sikit-sikit makan.
Nabi saw marah sikit-sikit, kita sikit-sikit marah
Sedekah jangan sikit-sikit, tapi sikit-sikit sedekah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

9 comments:

  1. SALAM JUMAAT...SUNNAH NABI TERBAIK DIIKUTI...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share yan..
    Bagus dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. kalau skali ngadap laptop memanglah.. rasa berat nak tinggal..
    sampai kerja lain pun rasa tergendala..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah perkongsian yg menarik terima kasih akak
    alhammdulillah, juga sayaa mmg biasa jilat jari selpas mkn. kdng segan juga, bila org tgk, kan ! tp mmg dh terbiasa.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian dan peringatan buat diri ai jugak.

    ReplyDelete
  6. thanks kak. menarik sangattttt .tak sangka peel kira yang suka calit kuah dari pinggan pastu jilat jari tu antara sunnah jugak. alhamdulilah :)

    ohhh 5 kali isapan tu maksudnya 5 kali kenyang la ye. alhamdulilah. uwais dengan adik beradik anak kakak no 3 satu ibu susuan. kakak susukan uwais aritu tapi sekali je dia menyusu. bab isap tu memang lebih dari lima kali hihihi. kakak pulak pernah susukan anak along yang no dua tu. jadinya uwais pun satu ibu susuan dengan anak along tu jugak la kan kak?

    ReplyDelete
  7. tq atas perkongsian ni.
    aida ajar anak2 perkara basic dulu.
    jilat jari lepas makan.
    cara nabi minum.
    cara nabi makan.
    sedaya upaya jadikan sunnah nabi as amalan harian :)
    in shaa Allah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...