Tuesday 29 December 2015

Surprise anniversary katanya

Assalamualaikum...

On the way balik dari kampung, buah hati tanya nak makan terus tak? Sebab masa sampai kesas tu hari dah malam, mama ok kan aje, lagipun mana ada lauk di rumah untuk dimasak dan mama pula bukanlah rajin nak masak malam-malam macam tu.

"kita makan kat mamak je lah ye" kata buah hati, mama dah menjeling, dia bukan tak tahu mama tak berkenan makan kat mamak...mama bukan memilih tempat tapi mama memang kurang sikit makan di kedai mamak, tapi kalau dah terpaksa mama makan jugalah.

Sebu je hati mama tengok buah hati terus memandu laju, entah kedai mamak mana yang hendak dituju pun mama tak tahu, sudahnya kereta dipandu masuk federal highway, mama senyap sajalah mungkin buah hati tahu kedai mamak yang best, tiba tempat dituju, cehh...saja nak kenakan mama la tu...

kami makan di the sumbs sekali lagi, walaupun dah malam dan hujan pula renyai-renyai pengunjung di situ tetap ramai, dengan keadaan kedai yang mungkin agak jauh juga, tapi masih ramai yang berkunjung, mungkin kerana makanannya yang sedap? entah mama tak pasti, yang pasti tekak mama memang boleh terima..



seperti biasa menu anak-anak tidak berubah, adrien dengan churosnya, abang adam garlic bread dan mushroom creamy soup, buah hati dengan nasi goreng dagingnya, mama pula berubah selera malam ini, mama makan steaky pasta..hmmm sedap...hirisan dagingnya juga empuk, bagi mama yang bukan penggemar daging, mama rasa itu dah cukup lembut dan sedap. semua rasa digaul sebati..

                                                           *************************

Semalam petang pula, selepas ambil mama dari tempat kerja, kata nuah hati nak pergi cari bekas letak susu adelya, sebab yang dirumah tu penutupnya sudah digigit cik mickey, jadi dengan susu pun perlu ditukar, walaupun susu masih penuh sebekas, apa nak buat bukan rezeki, demi keselamatan susu itu perlu dibuang.

Tujulah kami ke aeon big sek.23 je, sebab dekat on the way nak balik singgah je, masuk dalam tu laju je buah hati berjalan, tapi bukan masuk ke aeon pun, dia tuju ke sebuah kedai, mama rasa dah lain macam, mesti ada agenda lain mamat sorang nih, mama perati je dia dok tengok-tengok sesuatu sambil bertanyakan kepada si gadis penjual tu, mama disebelah buat tak tahu je. lepas tu..buah hati tanya mama.."nak yang mana satu ni?" ehhh...nak beli ke? pilihlah antara dua ni..harga hanya beza RM1 je,akhirnya mama pilih yang satu itu...hehehe

Hadiah anniversary katanya...aduhhh mama tak bajet pun nak dapat hadiah, dalam hati gumbira bukan main, pilihan mama yang biasa-biasa je, dah umur-umur macam ni benda itu bukanlah kehendak dah tapi lebih kepada keperluan, Alhamdulillah...bersyukur dengan rezeki yang Allah swt kurniakan...suami yang baik, memahami dan romantik dalam cara yang tersendiri.

Hadiah untuk buah hati??? ada yang tanya ke?..hahaha jangan tanya sebab tiada, aduhh teruk sungguh mama, lagipun kalau mama nak beli apa-apa pasti dijawab buah hati, tak payahlah..utamakan yang perlu dulu, yang dia punya tak kisah sangat, kalau ada duit lebih baru beli, duit mama yang ada tu simpan je katanya.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

29 comments:

  1. Tahniah and syukur mama mempunyai keluarga yang sempurna...semoga kekaI hingga syurga mama!^_^

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary Yan..
    Barakallahu Lakuma Fii Khair..
    Romantik hubby yan..
    Buat suprise lagi..
    Akak laki bini ni boleh terlupa lak anniversary itu hari..
    Dah kilauan emas akak ni hahahha..

    ReplyDelete
  3. Alahmdulillah... tak perlu meminta-minta akan tiba masa suami akan tahu sendiri apa yg perlu diberikan. Itu lebih baik dan indahnya terasa lebih sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak zakie...alhamdulillah dia tahu keperluan saya

      Delete
  4. tahniah yan, alhamdulillah bahagia sekeluarga

    ReplyDelete
  5. tahniah yan, alhamdulillah bahagia sekeluarga

    ReplyDelete
  6. heheheh.....bestnyer dpt surprise cenggitu kan...hati berbunga girang ....tahniah yerrrr....

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    semoga keluarga ini sentiasa dirahmati dan dilimpigai kebahagiaan aamiin

    ReplyDelete
  8. terbaik selamat hari ulang tahun ya

    ReplyDelete
  9. bestnye dpt suprise..
    hehe.. mesti da senyum2 sampai telinga..
    happy anniversary yg ke 7.. semoga kekal bahagia hingga ke dalam syurga..

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary..moga kekal hingga ke jannah.. :)

    ReplyDelete
  11. selamat ulangtahun perkahwinan kak..romantik la tu..setiap orang ada cara tersendiri..
    moga bahagia selamanya..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zee.atas doa

      Itu lah romantik dgn cara tersendiri

      Delete
  12. happy annivesary..aduh romantiknya buah hati depa..untunglah badan.hehe

    ReplyDelete
  13. wow best nyer :)
    so suwiiitt ... alhamdulillah.

    ReplyDelete
  14. selamat ulang thun perkhawinan kak....moga diberi kehidupan yang baik2 disamping 3 anak yang comel..

    ReplyDelete
  15. Apa hadiahnya tu? Hihi..menyibuk nak tahu pulak ye. Apapun tahniah akk dan en azmi.. dah tujuh tahun melayari kebahagian dan moga lebih dirahmati seterusnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat seketul oppo je aisy hehe....

      Terima kasih doakan akak ye

      Delete
  16. hahaha kita pun tak suka makan kat mamak kat. tambah lagi nasi kandar ni. tak pernah makan pun. kalau setakat roti canai, cheese nan tu ada la jugak.

    dapat hadiah? wahhhh rezeki. nak tengok nak tengok *sibok!!* kihkihkih :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...