Wednesday 30 December 2015

Kuantan 3H 2M - Muzium Sg.Lembing

Assalamualaikum...

Banyak pula cerita jalan-jalan kuantan ye...hehehe catatan perjalanan sebagai kenangan mungkin juga boleh dijadikan panduan. Selesai sudah  jjcm kuantan dan siri bercanda di pasiran pantai kali ini mama bawa melawat Muzium Sg.Lembing.

Dari homestay, perjalanan mengambil masa hampir sejam, alang-alang berjalan kita tuju sajalah ke tempat yang boleh kita pergi, lagipun permintaan wan untuk pergi ke Sg.Lembing ni, kerana wan pernah tinggal di Sg.Lembing sewaktu kecil dulu...oo ok wan nak menggamit memori silam ye??? jomlah kita pergi.

Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan pokok kelapa sawit, tak banyak berselisih dengan kereta lain waktu itu, buah hati cakap "macam tak ramai je orang ke sini, tak menarik agaknya" kisah pulak mama menarik ke tidak orang ramai ke tidak, yang penting kita pergi je..hehehe tapi tidaklah buah hati mama tu merungut, dia saja cakap je macam tu.



lepas parking kereta kita bergambar dulu di sini...walaupun cuaca panas, redhalah anak-anak melayan ye.



beramai-rami pulak,..ada yang tolong snapkan pic, mama pun join sekaki bergambar..dah la bergambor moh kita ke dalam beli tiket, sebelum masuk kena tulis dulu dekat buku pelawat. tulis satu nama je, lepas tu tulislah berapa ahli yang ada, tujuannya untuk apa mama tak tahu lah mungkin untuk rekod berapa pengunjung yang hadir.

Tiket masuk RM2 dewasa dan RM1 untuk warga emas, kanak-kanak percuma saja, sebelum melangkah ke muzium, masuk dulu ke kedai cenderahati yang ada, buah hati beli fridge magnet seketul, katanya..kenangan kita pernah sampai sini.

Selepas itu semua menapak ke muzium.


Di pintu masuk muzium, muzium ini sebuah rumah sebenarnya, rumah kayu yang sangat cantik diatas bukit, berangin saja.


lagi gambar dipintu masuk, sajalah nak abadikan gambar buah hati dan anak-anak...jadi marilah kita masuk tengok apa yang ada dalam muzium, tak payah nak bergambar lama-lama..

Seronok sebenarnya masuk muzium ni bagi yang gemarkan sejarah atau ingin tahu tentang sesuatukan, mama berminat nak membaca apa yang tertulis disetiap gambar yang ada, tapi manalah sempat nak membacanya satu persatu kerana, risaukan anak-anak yang cepat saja menghilangkan diri. Tadi buah hati kata macam tiada orang tapi rupanya, masuk dalam tu ramai okeh.

Yang sempat mama baca...bagaimana Sg.Lembing mendapat namanya :

Nama Sg.Lembing dipercayai berasal dari perkataan "lembing" iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam perburuan.Kisah berkisar pada sekumpulan pemburu yang dikatakan telah merejam seekor kijang menggunakan lembing.Dalam usaha menyelamatkan diri kijang tersebut terjun ke dalam sungai  bersama lembing yang tercacak pada badannya.

Setelah sekian lama. sekumpulan pelombong bijih tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka menemukan sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu dahulu dan semenjak itu, kawasan ini dinamakan Sg.Lembing. Namun demikian, tiada bukti kukuh bagi menyokong kesahihan cerita ini.

itu je yang sempat mama baca yang lain mama tengok sepintas lalu je, sebab mata sibuk dok perati anak-anak, walaupun emak saudara mereka ada bersama, bukan apa pengawasan itu penting supaya anak-anak tak hilang dari pandangan, risau jugakan dalam orang ramai begitu, walaupun tempatnya takdelah luas mana pun.

kita layan gambar la pula, sempat jugalah mama snap sikit-sikit untuk dikongsikan di sini..



keadaan didalam muzium, cantik dengan tingkap kayu macam tu, duduk ditepi sambil "merenung ke luar jendela, bayu bertiup lembut" eceh...damai terasa..



Laluan yang disediakan untuk ke muzium, terpaksa melalui laluan yang sedikit berbukit kerana muzium tersebut berada diatas bukit, tapi ok lah kerana laluannya berbumbung, walaupun cuaca panas, masih terasa sejuk dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..ahahah
laluan pada gambar atas kanan yang tidak berbumbung itu untuk laluan motorsikal atau basikal, Oh ya pengunjung juga sebenarnya boleh menyewa motorsikal atau basikal yang ada disediakan disitu. macam mama takdelah sewa basikal, kalau berdua je boleh juga disewa motorkan, baru bertambah romantik..kahkahkah tetengah panas macam tu nak romantik...memang tidaklah mama


Sekarang kita tengok pula apa yang ada dalam muzium ni.


ini adalah bilik tidur dan Bilik mandi. Bilik mandi ini dikhaskan untuk kegunaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ( Sultan Pahang ke-4 semasa baginda menginap di bilik tidur utama ini).


Jenis-jenis batu dan permata yang terdapat di seluruh dunia, yang mama tahu diamond, ruby dan beberapa lagi, yang lainnya memang mama tak pernah dengarlah, Semua batu itu pula bukan dijumpai di Malaysia, semuanya dari luar negara, mungkin ada juga dekat Malaysia tapi yang dalam gambar tu semua dari luar negara. atau mama yang tak perasan..hahaha


Gambar atas laluan yang terdapat didalam muzium ini, mungkin telah diubahsuai sedikit bagi nampak macam lombong, tapi kawasan ini tidak boleh dimasuki. itu cuma macam bayangan sajalah laluan keretapi untuk mengeluarkan bijih agaknya...hahaha agak-agak mama je lah ye.
Gambar bawah adalah peralatan lama yang digunakan untuk melombong bijih.

Oh ya yang sebenarnya, muzium ini lebih kepada muzium lombong bijih la, sebab di sini kan terkenal dengan perlombongan bijih timah suatu ketika dulu.jadi apa yang dipamerkan disini juga berkaitan perlombongan bijih timah.


perlatan lama yang digunakan dahulu, mesin tunia, mesin kira, mesin teleks, mesin taip dan macam-macam lagi..mesin taip mama pernah guna masa form 6 dulu, masa tu komputer tiada lagi, mungkin dah ada tapi tak mampu untuk dimiliki jadi guna mesin taip sajalah itupun guna kawan punya..


ini teleskop dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk perlombongan bijih,mama pun dah tak tahu perlatan apa..haiishh..



ini adalah gambaran pada pekerjaan melombong bijih, mama tak sanggup rasanya, sebab kedalamnnya hingga 1000kaki ke bawah tanah tu, tengoklah tu peringkat yang perlu dilalui oleh pelombong bijih, dari atas mereka akan menggunakan kiew untuk kebawah..

Ok nanti mama akan bawa lagi melawat ke kawasan perlombongan bijih timah, cukup dulu setakat ini,mama pun dah naik pening ni hah tak tahu nak terangkan ahahaha...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


8 comments:

  1. tak perasan pulak kata xfolo lagi... jadi is dah folo di 102 na (^___^)v

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak....amboi masih cuti2 malaysia ye kak... :-))

    ReplyDelete
  3. Apa yg pasti pergilah mana pun muzium memang dapat menimba ilmu
    Buat anak dara comel AA tak lagilah mungkin tapi yg hero besar AA tu dah pandai pastinya.

    ReplyDelete
  4. sy klu ke muzium memang suka juga..nak mabil gambar aje..memang tak sempat pun nak baca semua kalau mai kalut ngan anak kan..klu takda anak oklah boleh tumpu baca

    ReplyDelete
  5. Byklh klu nk kumpul bhn sejarah.selongkar dlm muzium dh kira ok dh..kdg nk bca pun agak mls..anak tya bru sibuk nk cri info..hihi

    ReplyDelete
  6. dah lama x pergi muzium . kali terakhir ke muzium negara lebih 10 thn dulu ... lama kan ...

    ReplyDelete
  7. mana gambar maknye yg sedang "merenung ke luar jendela, bayu bertiup lembut" echeh., kehkeh2

    ReplyDelete
  8. mesin taip tu kira pun pernah guna arwah tok dulu. sonok tap tap taip perkataan tu. kan bunyi kuat. kena tekan kuat2 sebab ink pun dh pudar masa tu hihihi. jadi la merasa jugak guna peralatan antik ni hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...