Wednesday 30 December 2015

Kuantan 3H 2M - lombong bijih timah

Assalamualaikum...

penulisan yang mungkin panjang berjela..." kau...pandai berceritaaa...suratt panjang berjelaaa..." ahahah tetiba lagu ruhill amani lak keluar.

Selepas kita ke muzium sg.lembing mama nak bawa semua jalan-jalan dalam lombong bijih timah pulak. Mulanya macam tak jadi dah nak masuk sebab kat sepupu buah hati,kanak-kanak tak boleh masuk, tapi buah hati cakap..kita pergi saja tengok-tengok. Ok alang-alang dah sampaikan..

lombong bijih timah ni letaknya tak jauh dari muzium sg.lembing, 500m je jaraknya, tapi kami naik kereta jugalah, sebab jalannya mendaki, lagipun panas, mau masam ketiak kalau berjalan kaki



pintu gerbang lombong bijih timah bawah tanah sg.lembing, sebelah kanan yang berbumbung tu kaunter tiker, sebelah kiri papan kenyataan, menyenaraikan garis panduan apa yang tidak boleh dibuat. antaranya : jangan bawa keluar batu atau apa sahaja bahan yang terdapat di dalam lombong, pesakit seperti asma tidak boleh masuk, kanak-kanak di bawah 4 tahun tidak digalakkan untuk masuk.

Buah hati tanya semasa di kaunter tiket sama ada boleh tak adelya masuk? petugas kaunter kata boleh saja, memandangkan anak-anakk teruja nak masuk, so jom lah kita masuk, mama cakap dekat buah hati bacalah apa-apa yang patut masa kat dalam nanti.

tiket untuk dewasa RM15
Untuk warga emas RM7.50
Kanak-kanak percuma.



gambar atas macam keretapi tu, ingatkan saja diletakkan disitu, rupanya memang itu train yang akan digunakan untuk membawa pengunjung kedalam. masa nak naik train tu adelya menangis kuat, masa tu paklong yang dukung, kemudian bertukar tangan, buah hati dukung, mama pesan lagi baca apa-apa yang patut...abang adam dan abang adrien, teruja dapat naik train. gambar kedua tu, itulah terowong yang kami masuk untuk tuju ke kawasan lombong bijih timah.

Ingatkan naik train sepanjang dalam lombong tu, rupanya tidak kami naik train sekejap je, kemudian, kami disuruh berjalan dan pembawa train menunjukkan jalan keluar yang perlu kami lalui nanti..
"kalau keluar naik train boleh?" tanya buah hati
"boleh bang kalau waktu abang keluar tu, kebetulan train ada" ooo ok lah kalau macam tu.

80meter berjalan kami sampai ke 2 cabang jalan, tapi kami disuruh masuk ke jalan sebelah kanan dahulu, oh dalam tu ada pekerja ye yang memberi guide pada kita tapi bukan sepanjang jalan di setiap tempat berhenti sajalah.

Ruang pertama yang kami masuk adalah laluan sejuta ringgit...ok meh mama cerita kenapa ianya diberi nama laluan sejuta ringgit...ewah-ewah kemain mama tu..ok sajalah untuk berkongsi pengetahuankan.

"pada tahun 1987,satu usaha melombong bijih timah secara besar-besaran dipercayai telah berlaku didalam lubang ini, tidak lama selepas lombong ditutup. Dipercayai bahawa sekumpulan orang yang terdiri daripada 20 orang pelombong yang sehingga itu belum dibayar gaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan secara haram di sebalik kegelapan malam.

Mereka berjaya mengeluarkan bijih timah yang bernilai antara RM2000-RM3000 setiap malam, untuk satu jangkamasa yang lama, sehingga jumlah keseluruhan bijih timah dianggarkan bernilai RM1,000,000. Bijih timah yang dilombong ini dipercayai dipecahkan dengan tangan di rumah sebelum dijual dipasaran gelap. Lubang ini dilombong sehabis-habisnya sehinggalah struktur dindingnya menjadi tidak selamat.

Nasib pelombong dan bijih timah yang dikeluarkan mereka masih belum diketahui sehingga kini"

Di sini ada disiarkan video mengenai cerita ini, sejauhmana kesahihannya mama tidaklah tahu, mungkin cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut. tapi menurut pekerja disitu cerita itu adalah sahih, kerana ada pelombong yang terlepas cerita akan hal itu...wallahu'alam.


inilah rupa dalam lubang sejuta ringgit, disitu pun ada tertulis cerita mengenai lubang ini seperti yang telah mama tulis tu, itu pekerja tu bukan betul-betul itu patung saja, tapi itulah uniform pekerja lombong bijih, mereka hanya memakai seluar dan tidak berbaju. mama tanya "masih adakah bijih disitu?" jawapannya..ya masih ada..hahaha kalau macam tu bolehlah mama melombong bijih mana tau kot dapat sejuta...



tengok tu gigih berjalan...oh ya sepanjang jalan didalam lombong ini sejuk seperti diletakkan aircon, mama ingat memang ada aircon, rupanya tidak okeh..nampak sangat mama tak tahu...hahaha air yang meresap pada batu membuatkan keadaan menjadi sejuk, cuak jugalah berjalan dalam tu, sebabnya air-air meniti, jalan agak gelap walaupun ada lampu, atuk hampir lagi tak mahu masuk, sebab kata wan atuk takut gelap...jangan kata atuk, mama ni pun cuak juga nak masuk, sebab takutkan keadaan yang gelap dan sempit tapi gagahkan juga melangkah. buang perkara negatif dalam kepala, baca saja apa yang patut.

Laluan pertama 80meter..laluan kedua...hambik kauuu.. ada lah 500meter berjalan, tapi kaki tetap melangkah, kesian juga atuk, tapi masing-masing bagi semangat, walaupun yang bagi semangat ni pun tenat hahaha, mujur juga ada bangku disediakan, dalam perjalanan tu, dapatlah atuk melepaskan lelah.."atuk tu tak kisah berjalan, tapi dia takut gelap" kata wan, mama jalan belankang sekali biar atuk kat wan didepan, senang nak tengok.

Hujung jalan ada tangga pulokk...apalagi panjat tanggalah kami beramai-ramai, mujur kat atas tu ada kipas dan kerusi dapatlah duduk melepaskan lelah.Oh ya..adelya masa kat dalam tu ok dah, rupanya adelya cakap dia takut naik train tu, sebab bunyi train tu agak kuat mungkin..hehehe "yaya takut naik tetapi( keretapi)" kata adelya. masa wan dan atuk berehat kami ambil peluang masuk dalam the kiew tu, saja nak merasai pengalaman, rupanya kiew tu, digunakan oleh pelombong untuk turun kebawah, umpama lif la, bila tiba ke beberapa ratus kaki, loceng akan dibunyikan beberapa kali mengikut kedalaman, kami yang dalam tu bergerak-gerak seolah-olah tutun lif jugaklah, seronok abang adam dan adrien dalam tu, merasai pengalaman yang berbeza. 3 minit je kat dalam tu. ohh baru mama tahu kenapa pelombong hanya berseluar dan tidak berbaju, rupanya dalam tu panas...hehehe dapat mama bayangkan betapa sukarnya kerja mereka.

Ada seorang uncle chinese tu, bercakap dengan mama, tengoklah susah orang dulu-dulu nak cari duit, berbeza dengan orang sekarang sudah semakin senang, perlatan dan canggih, dulu peralatan yang digunakan pun tak canggih. mama mengiakan saja kata-kata uncle tu, kalau mama pun mama tak sanggup nak kerja dalam tempat yang gelap dan sempit macam tu, tak cukup nafas rasanya bila tak dapat tengok dunia luar, jadi mama rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang mama ada.

Selepas melepaskan lelah kami turun tangga dan melalui jalan yang kami masuk tadi, bayangkan 500meter masuk dan 500meter keluar..terasa hebat pula dapat berjalan seperti itu, penat tak terasa sebab sejuk je udara, samapi dilaluan keluar kami berhenti  seketika, dengar keretapi masuk.. nampaknya rezeki kami tak perlu berjalan keluar naik, keretapi saja, walaupun jalan keluarnya tidaklah jauh mana pun , tapi kesian dah tengok atuk mengesat peluh..kesian atuk penat mengikut anak cucu berjalan.

kata orang mungkin tak berbaloi bayar RM15 tapi tiada apa sangat pun dalam lombong tu, tapi bagi mama ianya berbaloi kerana pengalaman yang mama dapat didalam sana sangat berharga.

ok itu sajalah pasal jalan-jalan kuantan mama dan family masa cuti hari tu, lepas ni mama akan cerita pasal homestay pula, mana tahu selepas ini ada yang mahu ke sana dan mencari homestay, jadi tengok macamana homestay tu ok atau tidak? nanti mama ceritakan ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

12 comments:

  1. Saya dah masuk jugak..pglmn yg best bg sayalah! Lg pulak time ujan..ada mini air terjun dlm tu.

    ReplyDelete
  2. As salam mlm2 berkunjung sini..
    Kita lalu adalh singgah tk pernah lgi,nmpk mcm mnarik jer..

    ReplyDelete
  3. klu siang pun gelap , mcm manalah gelapnya mrk melombong di waktu malam . walaupun ada pelita tapi rasanya susah juga kan ...

    ReplyDelete
  4. lombong nih wak x penah masuk, bayaran tiket rm15 tu xlah mahal sgt banding dgn pengalaman masuk lombong kannn., hehe2

    ReplyDelete
  5. Pengalaman tu sangat berharga, kalau sebelum ni cuma dengar, kali dapat masuk dan lihat sendiri keadaan dalam lombong bijih.

    ReplyDelete
  6. Betul kalau ikutkan nak dpt pengalaman itu tak mudah kalau tak masuk.
    Oklah bayaran pun setimpal. Bayangkan kawasan tu.
    Turun-tangga-naik-tangga puas tengok semua.

    ReplyDelete
  7. Baguslah percutian camni,betul2 pengalaman yang berharga dan memberi ilmu apatah lagi pada anak2.Rasanya orang yang kuat semangat je yang berani masuk kan yan...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah sampai ke sini lagi.

    ReplyDelete
  9. assalam. tak pernah tahu ada muzium lombong bijih. terimakasih info.

    ReplyDelete
  10. Kalau saya pun mungkin masuk ke lombong ni.. memang jenis minat kalau macam ni.. tapi kalau pergi kena tinggal budak berdua ni agaknya .. dua2 jenis tak suka tempat gelap..

    ReplyDelete
  11. sy minat juga benda yg adventure macam ni..masuk tempat gelap2..tgok tempat lombong bijih timah..rasai pengalaman naik train lama..ohh bestnya..rasai susah payah org dulu2 membangunkan bijih timah..tapi bab tak digalakkan bawa anak umur bawah 4 tahun tu kenapa ye..sbb tmpt tu keras atau faktor kesihatan?

    ReplyDelete
  12. ehhh seronoknyaaa. kira dengan suami lagi suka pegi tempat tinggalan sejarah macam ni. baca sejarah dia dapat la jugak tau sikit2 pasal tempat orang. nak pulak dia letak arca2 mcm tu. rasa insaf sekejap. rasa beruntungnya dapat keja dalam ekon duduk atas bangku elok2 pegi pagi balik petang huuuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...