Showing posts with label terima kasih sahabat. Show all posts
Showing posts with label terima kasih sahabat. Show all posts

Thursday, 3 December 2015

terima kasih sahabat

Assalamualaikum....

barangnya mama dah lama dapat, minggu lepas lagi 2 barang mama dapat berselang hari je, sekarang baru nak up entri.

terima kasih buat sahabat maya mama, walau tak pernah bersua muka, tapi terasa ikatan tu begitu erat. mama ni je belum bagi apa-apa lagi pada sahabat maya mama, inshaAllah perancangan ada cuma apayang diberi tu masih difikirkan, kalau boleh nak berikan sesuatu yang bermakna.

nak tahu apa mama dapat dan dari siapa? yang pertama mama dapat keychain dari blogger comel  kiera sakura, hari selasa mama naik ofis setelah 5hari bercuti, tengok-tengok ada satu sampul diatas meja mama, kawan-kawan pun sibuk bertanya "dapat apa tu kak?" "dari member blog nih"jawab mama..seronok rasa sebab dapat sesuatu dari sahabat.



pemberian dari kiera, terima kasih kiera diatas pemberian ini, sangat-sangat mama hargai atas ingatan terhadap mama,moga kiera terus diberi kebahagian disamping suami dan anak yang comel itu fateh uwais,sejuk hati mama tengok fateh uwais tu tau, sape-sape yang belum kenal kiera boleh lah ke blog kiera, berkenalan dan tengoklah telatah fateh uwais.


yang kedua mama dapat dari blogger yan blogger yang mana bila mama terjah blog beliau mama rasa suka sangat sebab penuh dengan kata-kata hikmah dan sering mengajak kita berzikir di setiap hujung entrinya. oh ya sekarang ni yan tengah gusar dan risau akan kesihatan abahnya, marilah bersama kita berdoa moga abah yan diberi kesembuhan dan semoga yan tidak risau dan gusar lagi, yan pun jaga kesihatan juga tau.



inilah yang mama dapat dari yan, canti sangat mama suka, belakangnya ada sedikit catatan dari yan.

apapun mama berharap persahabatan kita dialam maya ini akan berkekalan hingga ke dalam syurga Allah kelak. sahabat yang baik tidak hanya mampu berkongsi susah dan senang, tapi sahabat yang baik dapat memberi syafaat buat sahabatnya pada hari kiamat kelak...wallhu'alam (betulkan mama jika mama tersilap, sebab masih cetek ilmu agama, risau tersilap memberi kata-kata)

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 11 August 2015

setelah 20 tahun

Assalamualaikum....

Hari ahad mendapat jemputan beraya ke rumah sahabat lama,pada mulanya rasa macam tak jadi dah nak pergi sebab buah hati mama tu sakit perut, tetapi bila ditanya kemudian ok pulak.

Dalam perjalanan anak-anak pulak buat hal sakit perut la, nak pergi toilet lah, macam-macamlah... pening pulak kepala mama dibuatnya, tapi akhirnya sampai jugalah kami ke rumah sahabat mama ni.

Ya Allah gembira tak terkata, dah 20 tahun tak jumpa kami ni,inilah kawan sekampung, sesekolah dari tadika hingga ke sekolah menengah, tapi tu lah kan bila dah berkeluarga ni,segalanya terbatas sedikit.




mama dan kawan-kawan...alahai rindunya...kami post gambar ni dalam group wasap apalagi ramai lah yang jeles...hahaha, untung juga ada wasap ni kan dapat menjalinkan kembali hubungan yang terputus sekian lama, kami ada wasap group geng sekolah rendah dulu, inshaAllah raya haji nanti nak buat reunion kawan-kawan sekolah rendah pula,moga segala perancangan berjalan lancar.



bersama pasangan masing-masing, adelya sempat la mencelah di situ, abg adam dengan adrien sibuk bermain,maklumlah kawasan rumah kawan mama ni luas seronoklah anak-anak bermain dan berlarian.Walaupun sekejap je kami berjumpa sebab mama sampai pun dah petang, tapi semua ini sangat bermakna, berjumpa sahabat-sahabat lama kan.

Moga ada kesempatan untuk kita berjumpa lagi...


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

Thursday, 16 April 2015

cekodok seringgit


Assalamualaikum...

Ada seorang kawan dekat ofis ni, yang berpangkat adik la dengan akak sebab umur muda lagi dari akak.. dia lah tempat akak bercerita, segala suka duka susah senang hidup ini, kami sama-sama ketawa,tetapi tidaklah menangis bersama cumanya cerita sedih itu sama juga dikongsi..

Kadang walau tak diceritakan dia tahu akak bersedih agaknya..dialah yang setiap hari memberikan akak cekodok seringgit untuk mengisi perut,walapon hanya cekodok..alhamdulillah dapat mengenyangkan perut akak nih.

Sudah lama adik ni merancang untuk menambahkan zuriat..sebab kami sama-sama berceritakan..hehe
tapi akak tidaklah kan sebab akak dah pakai password hahaha. semalam dia memberi khabar gembira, alhamdulillah...hasrat untuk menambah zuriat telah termakbul,akak gembira untuk dia. Siap akak jadi macam dokte lak,buat pengiraan sendiri bila due date adik nih nanti...hahaha akak lak yang tak sabar menunggu..

akak mendoakan agar cik ijah dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan ini dan semoga impian mendapat baby girl termakbul ye..aaamiinnn

pesan mama untuk anak-anak mama : untuk memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang kadang2 tidaklah memerlukan modal yang besar..kerana dengan cekodok seringgit yg diberi cik ijah itu dapat menggembirakan mama dan dapat mengenyangkan perut mama.

Wassalam

Tuesday, 18 November 2014

terima kasih..


assalamualaikum...


akak nak ucapkan terima kasih buat yg memberi..
 



alhamdulillah....
walapon tak seberapa, tapi bolehla buat menambah apa yang kurang,
tetiba rasa seronok sangat..rezeki ni dapat dikala memerlukan..
hasil pertama berblog..cek dari nuffnang
moga2 akan ada rezeki lagi selepas ini...
terima kasih buat kawan2 yang sudi singgah dan click2 pada iklan akak tu ye...
sangat2 akak hargai




ini satu lagi..dah lama sangat akak dapat,
tapi tu la..asyik lupa je nak up...hehehe sorry yana
dapat hadiah cute dari yana..beserta surat..
terima kasih sangat2 yana...abg adam suka tengok hadiah cute tu,
dia dah lekat dekat peti ais pun


 
moga persahabatan kita dialam maya ini terus kukuh,
teringin juga nak jumpa kawan2 dialam maya ni,
sebab ada antara kita ni duduknya dekat2 jugakkan,
cuma itu lah belum rezeki nak jumpa kan..

satu hari nanti inshaAllah..jika umur kita panjang..

wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...