Saturday, 13 October 2018

Tak sangka mama

Assalamualaikum...

Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang sedang memasak, biasalah anak2 kan masa mama kalut diorang pun kalutlah nak bercakap jugak, takpe kita layan je setakat yang boleh sebab mama pun bukanlah masak yang beria sangat pun kalau hari kerja.

abang adam : Mama..abang ada 10ringgit. sambil abg adam keluarkan duit dari poket

mama : haaa...mana abang dapat 10ringgit tu?? terkejutlah mama kan sebab mama takde pun bagi duit sebanyak tu.

abg adam : kawan yen yang bagi, dekat yen ada lagi 30 ringgit, lepas tu teruslah mama tanya adrien pula, kenapa kawan dia bagi duit banyak2 tu

adrien : mana la yen tahu mama, wafi yang bagi.

mama : kalau dia bagi pun jangan ambik, dah esok pulangkan balik duit wafi

Takut mama wehh nanti anak mama dituduh mencuri pulak. mama pun whatsapp guru kelas adrien bagitahu tentang hal ini dan minta cikgu pastikan wafi dapat duit dia balik.

balik sekolah petang tu mama tanyalah dah pulangkan duit wafi? en.azmi jawab nak pulang apanya duit dah tercicir..Allahu Akhbar..aduhh macammana boleh cicir bukankah mama dah letak dalam beg abang minta abang yang bagikan, tapi en.azmi ambil duit tu dan suruh adrien beri pada cikgunya, masa nak pergi ke kelas tu adrien pegang sampul duit tu entah macammana tercicir, nak marah pun mama tak larat dah waktu tu, tengok muka adrien pun macam kesian je sebab mungkin dia pun tak sangka duit nak hilangkan, takpelah nanti mama gantikanlah duit tu.

Semalam balik kerja mama duduk rehat2 adrien datang pada mama.

Adrien : mama..sebenarnyakan hari2 yen bagi duit belanja yen seringgit dekat wafi.

Mama : ehh..kenapa pulak yen bagi wafi

Adrien : ye lah kan yen dah hilangkan duit wafi hari tu jadi yen gantilah hari2 seringgit.

muka penat balik sekolah, mama nak bebel lebih2 pun tak sampai hati
Allahu..anak mama nak menangis mama dengar tau, mama tak sangka adrien ganti dengan bayar hari2 pada wafi, tak sangka anak mama ni bertanggungjawab, mama bukan tak nak bayar lagi cuma cari waktu sesuai nak jumpa cikgu je sekarang mama sibuk sangat, time off tak boleh apatah lagi nak cuti. rupa2nya dah seminggu adrien bagi seringgit dari duit belanja dia pada wafi. Dari apa yang mama tengok anak yang nombor 2 ni memang lain sikit, apa yang ada dalam fikiran dia pun sukar nak diduga, kadang apa yang dia buat tu memang tak disangkalah, tapi mama bangga anak2 mama jujur..

Hari tu abang adam balik sekolah bagitau mama

Abg adam : mama..malam nanti cikgu nak whatsapp mama gambar abang kena denda

Mama : abang kena denda kenapa?

Abg adam : abang tadi pegi surau dengan kawan abg lepas tu balik kelas tengok semua orang takde, kitorang duduk je la main dalam kelas.

Mama : habis orang lain pergi mana?

Abg adam : Abang tak tau.

Malam tu mama pun tanyalah cikgu tentang itu, cikgu pun bagilah gambar abg kena denda dalam bilik guru, siap kena rotan tapi takdelah gambar kena rotan. Kata cikgu masa waktu seni cikgu suruh pergi perpustakaan tapi kata cikgu abg dengan 3 orang kawan dia main dalam kelas. Mama puntakpelah dah kena rotan pun nak marah apalagi. atau masa arahan ke perpustakaan tu abang ke surau? ye lah abang cakap tak tahu tadikan. Cikgu bukan apa dia risau sebab budak perempuan tu ada kanser otak kalau apa2 jadi pada dia waktu tu takut abg adam terlibat sekali. ok takpe mama faham lepas tu slow talklah dengan abang adam lainkali kalau nak pergi surau ke apa tunggu cikgu masuk dulu lepas tu baru minta izin untuk ke surau.

Abg adam masa kena denda, wajah kawan yg lain mama tutuplah ye.. Semua anak2 yg baik ni cuma hari tu tersilap sikitkan tak dengar arahan cikgu, lepas ni harap tak buat lagi jadikan pengajaran apa yg dah berlaku nak pegi surau pun bgtau cikgu dulu
Masa jumpa cikgu abang satu hari tu cikgu cakap dia nak tengok antara 4 orang tu siapa yang bagitahu ibubapa tentang denda tu, tengok2 adam sorang yang bagitahu, ibubapa lain bila cikgu cakap semua terpinga2, mama dah tahulah sebab abang bagitahu, walaupun abang kena denda tapi mama tetap bangga sebab abang jujur dengan mama bagitahu tentang itu, itulah yang mama nak, anak2 bagitahu mama apapun yang terjadi. Abang dari semua ni dah tahukan apapun tindakan selepas ini kena fikir dulukan. apa yang nak buat beritahu cikgu dulu.

Satu hari tu abang balik sekolah juga, abang cerita dekat mama yang abang tak belanja hari tu, bila mama tanya abang buat apa dengan duit abang? abang cakap, abang dengan kawan2 sedekah duit belanja pada makcik cleaner, Allahu abang terharu sangat mama dengar, tak sangka abang dengan kawan2 boleh terfikir nak sedekah dekat makcik cleaner biasa mama suruh letak dalam tabung surau sekolah je tiap2 jumaat, ok lepas ni bolehlah abang sedekah lagi, kalaupun tak bagi duit abang belilah kuih dekat kantin bagi pada makcik cleaner.

ais kepal milo
eh kenapa tetiba ada gambar ais kepal milo pulak nih, ini adrienlah ni kadang2 balik dari sekolah sanggup dia tak belanja duit dia semata-mata nak belikan mama dia ni ais kepal milo, aduhaii anak terharu mama ni tau tak, tapi selalu jugaklah terjadi pergaduhan sebabnya adrien belanja mama tak belikan untuk adelya, mengamuklah anak dara tu kan, mama bagilah mama punya, adrien pulak marah "yen belikan untuk mama la bukan untuk yaya" adehhh dah berperang pulak dekat situ, pening kepala mama petang2 hari, mama makan sikit kemudian bagi adelya macam biasa adrien dia takkan berpuashati, budak sorang tu susah sikit bila dia kata benda tu untuk mama susah dia nak bagi pada orang lain. terpaksalah mama pujuk untuk bagi adelya.

Cerita sebagai kenangan untuk anak2 bila mereka besar nanti, biar anak2 tahu mama sangat bangga dengan apa yang mereka lakukan, teruskan anak2 jadi orang yang jujur ye.

Wassalam

8 comments:

  1. Wah bagusnya ada sikap jujur anak2 mama, kena terus dibaja biar subur dan besar, hehe.. Berfalsafah plak.

    Kasih sayang sorang anak pada mama dia kan, moga sikap2 yg positif mcm ni terus berkekalan hingga mereka dewasa.

    ReplyDelete
  2. Sejuk perut mamakan dapat anak baik2 macam ni. Moga terus baik/elok perangai sampai besarlah ye Abg Adam & yen.

    Sebijiklah perangai yen dgn Angah ni. Kalau dia kata nak belanja Umi jangan haraplah org lain dapat rasa. Terpaksalah Umi curi-curi bagi Kakak huhu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    Bagus abg adam dan adrien..
    Mokde tumpang bangga dgn abg adam dan adrien..
    Semoga terus jadi budak baik bertanggungjawab dan jujur hingga dewasa nnt..
    Semoga menjadi contoh yg baik buat adik2 dan kawan2..
    Pandai yen belanja mama..
    Hehe.. Sama la dgn aisyah.. Kalau dia kata, kakak tak boleh, tak boleh la.. Bergaduh je kejenya..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kak, hasil didikan akak n suami tu pandai abg adam n adrien...
    cara dia berfikir nampak kematangan di situ,
    mcm aiyan kak, hari2 nk beli sarapan kt kwn2 kelas dia... dh jd wajib pulak rasanya, kadang dia tak nk beli utk dia tp utk kwn2 kelas dia wajib beli...
    pastu, bab kisah dia kt kelas mmg dia akan cerita... sampai bab ke tandas pun cite, bape kali pegi, hahahha

    ReplyDelete
  5. mcm mcm kan....moga anak anak membesar menjadi anak soleh n berjaya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    Ada rasa tanggungjawab dlm dirinya yg hutang harus dibayar..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...bagusnya anak2 mama ni!
    Mestilah hasil didikan mama nya kan.. :)

    ReplyDelete
  8. Alahai mau mama tak cair tengok perangai Yen yg soleh tu....Apa pun semua didikan ibu bapa kan. Ehem ehem..... tengoklah mama dia mcm mana acah acah ustajah tu hihihih

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...