Assalamualaikum....
Selepas 3 minggu berada di wad Alhamdulillah... akhirnya Hud dibenarkan balik rumah yeayyy..tak sabar mama nak jumpa hud. Siapa Hud? Bagi yang tak baca entri mama yang ini mesti tak tahu kan. Ok Hud anak buah mama yang baru,Hud lahir tak cukup bulan..tak sabar dia tu ye...baru 34minggu Hud dilahirkan melalui pembedahan. 3 minggu juga kena tahan wad sebab tak cukup bulankan. Sebelum dibenarkan keluar umi Hud diminta duduk wad sebab nak diajar cara jaga bayi pramatang.
Dah hampir seminggu Hud balik baru hari ni mama nak pergi tengok Hud, cari waktu yang sesuai jugalah untuk pergi kan, dapat pergi ramai2 lah best, ini dah berjanji semua baru pergi hari ni, siap minta lagi mak mertua makndak buatkan laksa johor yang sedap itu, kisahnya mommy dah pergi sebelum ni mak mertua makndak buat laksa johor sedap katanya siap tunjuk gambar apalagi kami pun minta jugaklah kan kikiki.
Berjanji pukul 3 disana, 2.30 baru keluar rumah bukan jauh pun dekat petaling jaya je kan, adelya siap tunjuk jalan lagi maklumlah baru pergi selasa lepas dengan ibu dan pakcik. Pakcik pegi awal sebab hari ni dia tak cuti. Riuh rendahlah suara memasingkan, biasalah kalau berjumpa dapat makan2 pulak tu memang bestlah.
Kakak berdua yang excited dapat tengok hud, dua2 pun memang suka baby kena sangatlah tu duduk berdua tengok je hud minum susu. Adelya kata hud comel tapi telinga hud kecik,mata kecik, tangan kecik semua kecik hehehe..macam2 lah kakak yaya tu kan tapi memang hud kecik lagi, kaki hud besar 2 jari mama je tangan besar 1 jari mama lbh sikit je, memang mama tak angkatlah takut sebab kecik, tapi kata neneknya dah naik pun berat hud sebelum ni 1.9kg, sekarang 2.2kg, inshaAllah lepas ni membesar dengan sihatkan
Laksa johor yang mabelles,bukan setakat laksa johor ada juga bihun goreng dan kek pisang dan kepok keping memang kenyanglah makan sambil bersembang tak sedar makanan habis hehee. Nenek.hud ni memang sedap memasak, lagipun memang berniaga lepas ni tak berniaga lagilah sebab nak jaga hud, tak harap orang lain jaga katanya..maklumlah cucu yang ditunggu2,4 tahun tunggu tu sayang sangatlah kan. Nanti suruh kami datang lagi makan nasi pulak...haihhh inshaAllah mesti datanglah kalau dapat makan kikiki.
Haaa entri semalam sambung pagi ni, bolehlah sambung menaip dalam kereta sebab en.azmi hantar pagi ni. Ok Hud tahun depan boleh sambut besday dengan papa la kan sama2 lahir bulan oktober. Hud moga membesar jadi anak yang soleh penyejuk hati umi abi ye. Kakak yaya tak sabar nak bawa Hud pergi berenang tu..adehhh
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Showing posts with label buah hati baru. Show all posts
Showing posts with label buah hati baru. Show all posts
Monday, 22 October 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...