Debaran semalam dah berakhir hari ini. Alhamdulillah syukur ya Allah diatas anugerah yang diberikan, semoga lepas ni semuanya baik2 sahaja. Dah lama menanti kehadirannya,akhirnya Allah tunaikan permintaan semua, syukur sangat2.
Pagi semalam dapat whatsapp dari pakndak(adik ipar mama) bagitahu makndak(adik mama) dah masuk hospital sebab ketuban dah pecah,kalau ikutkan due lambat lagi, tapi tu lah perancangan Allah kita tak tahu kan. Pepagi tu mama masak siap2 lepas tu terus ikut ibu dengan abah pergi hospital shah alam, tapi kami tak boleh masuk tengok pun makndak dalam bilik menunggu tapi kami aci redah je pergi jugak sekejap hehehe.2 kali jugaklah kami meredah tu sampai guard suruh turun hehehe..ye lah risaukan.
Kemudian kami turun tunggu dibawah makngah datang naik grab, makngah dah datang tu kami pergi kedai baby dekat seksyen 7 tu beli barang baby, kisahnya banyak lagi barang tak beli sebab rasa lambat lagikan itulah mama pun baru je la konon nak bagi list barang apa kena beli sekali dah kena tahan wad, siap beli barang terus ke kedai dobi lak basuh baju baby dan keringkan,sambil tunggu baju siap basuh kami makan dulu. siap semua kembali ke hospital, dalam pukul 5 makndak baru dapat masuk wad, bolehlah baring dan rehat,makndak ok je tak sakit pun tapi mama rasa perut makndak keras je, mama bajet tak malam pagi bersalin la tu(eceh bajet terror lak kan hahaha). Pukul 7 habis waktu melawat kami baliklah.
Malam pakndak whatsapp bagitau dokte cakap kena duduk sampai 36minggu sebab sekarang kandungan makndak baru 34minggu, bayi belum matang. So ok lah ikut cakap dokte je la kan tapi risau juga sebab air ketuban dah pecah, harap2 takde pape tup tup dalam pukul 1 lbh pagi tadi pakndak bagitahu dah masuk bilik bedah, alhamdulillah selamat dah semuanya makndak ok, baby pun alhamdulillah ok cuma pramatang la berat 1.9kg, sekarang duduk dekat nicu,duduk nicu bukan sebab apa cuma baby tak pandai bernafas sendiri lagi je,inshaAllah moga baby ok lah lepas ni dan boleh bernafas sendiri, baby apa?? heheh mama dah cerita dalam entri yang ni kalau ada yang dah bacalah kan 😂
![]() |
Ini masa kami dekat melaka hari tu lah, haaa..tengok ballon tu pun dah boleh tau baby apa kan hehehe |
Syukur dengan kurniaan ini, bertambah lagilah ahli dalam family kami, apa yang pasti adelya dan daeisha masih 2 kuntum bungalah dalam cucu2 arwah mak dan arwah ayah yang lain semua lelaki, setakat ni dah 6 cucu lelaki dan 2 cucu perempuan, kalau mama adik beradik pulak enam perempuan 3 lelaki heheh. Balik semalam abg adam dah sibuk tanya "mama baby makndak niyaz noah mikael dah lahir ke? 😂😂 adehhh abg adam nih dia siap dah letak nam tu, suka2 hati dia je kan, makndak pakndak nak letak nama lain laa hehehe semangat abg adam tu maklumlah suka baby kan, takpe nanti kita jumpa baby baru,adelya pun siap cakap tak sabar nak jadi kakak, ehh bukan dah jadi kakak ke? kan dah ada 2 adik sepupu aisyah dan khalish,lupa la tu sebab tak sabar tunggu baby makndak kan.
Oklah mama tak sabar nak cerita kat sini, terus cargas menaip rasa gembira sangat, semoga Allah mudahkan segala urusan pakndak dan makndak dan semoga baby pun baik2 saja dan dapat discharge cepat sebab mama tak sabar nak tengok baby.
Wassalam