Saturday, 27 October 2018

Mama sumpah jadi...

Assalamualaikum...

Kata ustaz... Sabar dalam ujian bukanlah sabar yg 2,3 jam @ sehari lepas ujian tapi sabar dalam ujian itu adalah saat @ detik pertama kita terima ujian tu. Dapat je ujian kita terus sabar dan tenang, bukanlah merungut dulu lepas tu baru kita rasa sabar..itu bukan sabar. Redha itu pula kita mampu tahan dan terima dengan hati yang terbuka.

Allahu...semalam macam2 ujian yg datang...ujian kerja sampai rasa tak mampu nak tahan hati dah, daripada isu berpanjangan dan membawa perbalahan baiklah kita diam dan buat saja kerja setakat termampu. Pukul 6 nak ubah kereta ke ofis sebab mama parking dekat masjid shah alam, sampai dekat kereta tengok2 tayar dah kempis..nak minta tolong siapa lagi, ramai dah balik seksyen mama semua perempuan takde yg boleh tolong.

Tinggalkan kereta dan balik ofis semula, walaupun risau tinggal kereta malam2 dan kereta lain pun dah tak banyak mama tawakal sajalah nak buat macammana lagikan. Call ibu,ibu cakap abah ada, mama suruh abah datang dengan en.azmi. Mujurlah memang kerja sampai pukul 8, sambil tunggu boleh buat kerja, lgpun en.azmi kena tunggu anak2 balik sekolah dulu la kan, dah siap uruskan anak2 baru en.azmi dengan abah datang sampai ngamlah pukul 8.


Anak dara pun sibuk jugalah dia tu, lepas ni moga baik2 je ye kancil, walaupun rupamu buruk tapi kau banyak jasa hehehe...sayang wehhh. Tayar spare tak bole guna jadi tayar yg kempis bawa pergi pam, dah settle semua start enjin tak hidup pulak, dalam hati dah terdetik bateri nih..


Sekali buka bonet depan bateri sudah hilang..Allah... Mama sumpah pencuri bateri kereta ni jadi orang yg beriman nanti mencuri dalam kawasan masjid moga satu hari nanti Allah berikan hidayah pada beliau untuk menjadi hamba yang bertakwa. Jenuhlah pulak fikir mavammana nak hidupkan kereta dan syukur juga abah blk keje awal semalam, abah pandai lah sebab tahu nak buat apa kan, keluarkan bateri kereta abah dan cas dekat kereta mama tapi tak jadi sbb bila nak gerak je enjin mati, geledah bonet ada jumper.


Bateri perdana mana nak muat masuk kancil sudahnya bateri letak dalam dan guna jumper sambung dengan apa ntahlah mama pun tak reti, bolehlah hidup. Kereta abah jalan tanpa bateri memang tak mati enjinlah sebab kereta abah memang gerak dari tadi kereta mama dari pagi tak gerak dan adjust apatah tak jalan juga, sudahnya ini je cara yang jadi, apa ada hal kita teruskan je lah kan asalkan sampai rumah dengan selamat..alhamdulillah selamat.

Pagi ni uruskan kereta dulu kena beli baterilah dan beli tayar jugak...walaupun lepas gaji sesak jugaklah kan tapi takpe ada hikmahNya tu kan, moga ada rezeki yg lebih baik lepas ni inshaAllah..Allah yg lbh tahu apa yg terbaik. Memang ada kes bateri kereta hilang, tayar pun ada yg kena remnants tp nk buat mcmmana kena juga parking dekat situ kan, tawakal saja lah jan. Ok lepas ni mama nak siap2 pergi kerja pula.

Wassalam

5 comments:

  1. Allahu..moga nanti keringanan menyusul.

    ReplyDelete
  2. Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambanya..
    Bkn senang nk sabar dgn setiap ujian yg kita laluikan.. Lebih2 lagi bila diduga dgn ujian yg membuatkan kita rasa dianiaya spt ni..
    Mmg rasa nk menyumpah je.. Sbb pencuri tu da menyusahkan kita kan..
    Tapi itu la apa yg jadi tu dtg dari Allah dan ada hikmah yg kita x tahu.

    Beruntung si pencuri bateri tu.. Didoakan yg baik2 oleh kak lah. Semoga pencuri tu dpt hidayah Allah. Mungkin dia curi tu sbb terdesak. Kita xtau masalah dia kan..
    Semoga kak lah sabar dan redha dgn ujian yg dilalui. Moga Allah gantikan kerugian yg ditanggung dgn yg lebih baik.

    Mcm kami dulu, bateri kene curi, cermin kete kene pecah, duit syiling dan brg2 lain ada juga yg hilang. Cermin yg dipecah tu, yg xde cover insurans pulak tu. Mmg terduduk rasanya. Mana nk cekau rm500. Kene pg buat report lagi. Sbnrnya tak report pun xpe sbb xlibatkan claim insurans pun, tapi kami buat report gak supaya ada tindakan dr pihak berkuasa. Lps dr kejadian tu, ada polis meronda kawasan parking tu. Pihak yg jaga parking pun extend waktu jaga parking.. Wp remeh tapi utk kebaikan org lain juga..

    ReplyDelete
  3. allah kak, dugaan betul, udahla balik keje lwt... klu dana mau dh nngis sorang2 kt situ kak...

    zmn skrg ni kt kawasan masjid pun org tanpa segan silu mencuri ek... ngn manusia mmg tak heran, ngn Allah apatah lagi sabo jelah

    ReplyDelete
  4. Kurang hajo betulkan Azra.... Agaknya pakej dia buat kerja tu Azra....Tp mcm mana dia bukak bonet tu. Hish.... Diaorang ni tak mengira dah kalau nak buat kerja kan....
    Betullah tu sabo ajelah nak buat mcm mana....tgh diberi ujiankan....

    ReplyDelete
  5. Sabar je la pencuri tu. Doa orang yang dizalimi mujarab tau. Semoga dibukakan hati pencuri tu untuk tobat. Untuk mama pulak, jangan risau. Allah ambil sesuatu sebab nak gantikan dengan yang jauh lebih baik. Trust me.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...