Monday, 22 October 2018

Assalamualaikum Hud

Assalamualaikum....

Selepas 3 minggu berada di wad Alhamdulillah... akhirnya Hud dibenarkan balik rumah yeayyy..tak sabar mama nak jumpa hud. Siapa Hud? Bagi yang tak baca entri mama yang ini mesti tak tahu kan. Ok Hud anak buah mama yang baru,Hud lahir tak cukup bulan..tak sabar dia tu ye...baru 34minggu Hud dilahirkan melalui pembedahan. 3 minggu juga kena tahan wad sebab tak cukup bulankan. Sebelum dibenarkan keluar umi Hud diminta duduk wad sebab nak diajar cara jaga bayi pramatang.

Dah hampir seminggu Hud balik baru hari ni mama nak pergi tengok Hud, cari waktu yang sesuai jugalah untuk pergi kan, dapat pergi ramai2 lah best, ini dah berjanji semua baru pergi hari ni, siap minta lagi mak mertua makndak buatkan laksa johor yang sedap itu, kisahnya mommy dah pergi sebelum ni mak mertua makndak buat laksa johor sedap katanya siap tunjuk gambar apalagi kami pun minta jugaklah kan kikiki.

Berjanji pukul 3 disana, 2.30 baru keluar rumah bukan jauh pun dekat petaling jaya je kan, adelya siap tunjuk jalan lagi maklumlah baru pergi selasa lepas dengan ibu dan pakcik. Pakcik pegi awal sebab hari ni dia tak cuti. Riuh rendahlah suara memasingkan, biasalah kalau berjumpa dapat makan2 pulak tu memang bestlah.


Kakak berdua yang excited dapat tengok hud, dua2 pun memang suka baby kena sangatlah tu duduk berdua tengok je hud minum susu. Adelya kata hud comel tapi telinga hud kecik,mata kecik, tangan kecik semua kecik hehehe..macam2 lah kakak yaya tu kan tapi memang hud kecik lagi, kaki hud besar 2 jari mama je tangan besar 1 jari mama lbh sikit je, memang mama tak angkatlah takut sebab kecik, tapi kata neneknya dah naik pun berat hud sebelum ni 1.9kg, sekarang 2.2kg, inshaAllah lepas ni membesar dengan sihatkan


Laksa johor yang mabelles,bukan setakat laksa johor ada juga bihun goreng dan kek pisang dan kepok keping memang kenyanglah makan sambil bersembang tak sedar makanan habis hehee. Nenek.hud ni memang sedap memasak, lagipun memang berniaga lepas ni tak berniaga lagilah sebab nak jaga hud, tak harap orang lain jaga katanya..maklumlah cucu yang ditunggu2,4 tahun tunggu tu sayang sangatlah kan. Nanti suruh kami datang lagi makan nasi pulak...haihhh inshaAllah mesti datanglah kalau dapat makan kikiki.

Haaa entri semalam sambung pagi ni, bolehlah sambung menaip dalam kereta sebab en.azmi hantar pagi ni. Ok Hud tahun depan boleh sambut besday dengan papa la kan sama2 lahir bulan oktober. Hud moga membesar jadi anak yang soleh penyejuk hati umi abi ye. Kakak yaya tak sabar nak bawa Hud pergi berenang tu..adehhh

Wassalam

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Hud da balik rumah..
    Meriah la umh nenek hud ye..
    Rindunya bau baby dlm pantang.. Hihi..
    Halusnya Hud.. Takpe..org kata baby pramatang biasanya cepat besar..
    Kalau ira pun kekok jugak nk pegang baby.. Lagi2 baby org. Tapi hati tu nk pegang jugak. Hihi..
    Tahniah kakak yaya.. Ada adik sedara baru..
    Aisyah suka baby jugak.. Rumah nenek pengasuh ada baby, baby donut dia panggil. Seronok la dia, menjaga baby kat rumah nenek. Tp nenek kata, baby nk susu, dia pun nk susu jugak.🤦‍♀️🤦‍♀️

    ReplyDelete
  2. wahh
    ..dpt anak buah baru ye kak..bayi pramatang ni.irda takut nak.pegang sbb too.small
    .insyaAllah hud akan membesar dgn sihat dan kuat ya syg
    .aamin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hud :)
    Alhamdulillah dah bertambah beratnya ye.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...dah boleh balik rumah.

    Peminat Laksa Johor jugak ni! Tapi mmg susah nak jumpa org jual. Dan jarang org buat hidangan tetamu. Mmg syok dapat mkn sedap sambil berkumpul ramai-ramai. :)

    ReplyDelete
  5. moga hud membesar sihat n sejahtera hendaknya ya....

    alahai kakak yaya nih, mmg lah dh namanya adik bby msti lah semuanya kecik hehehhe

    ReplyDelete
  6. Ohhh dapat anak sedara baru eh....
    Welcome to the world Hud.... ceewah.... Hish mmg wajib datang lagilah tu kalau dioffer dengan nasi pulak. Otai masak mmglah sedap. Walaupun main campak campak lastnya mesti jadi. Cuba kita yg campak campak, entah jadi apa hahha

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...