Thursday, 25 October 2018

Tak sempat

Assalamualaikum...

Kesibukan mula melanda time off dan cuti dibekukan, sebelum ni mama balik kerja 6.30ptg bermula semalam balik pukul 8mlm mungkin sehingga tutup survey, tak sempat nak singgah blog kengkawan pun, blog sendiri jenguk jugaklah heheh hari ni pula terpaksa balik awal sebab en.azmi nak pergi kerja malam ni, kalau mama lambat macammana pulak anak2 kan jadi balik awal hari ni ngadap blog jap (mukadimah ditaip khamis minggu lepas 😂).

Gambar gugel
GHari2 sampai rumah pukul 9mlm, keluar rumah hari gelap sampai rumah pun dah gelap, mujurlah ada en.azmi hal rumahtangga dan anak2 semua en.azmi uruskan, sampai rumah elok je anak2 duduk dengan papa dorang. Ini rileks jap tengok blog lepas makan, alhamdulillah sampai rumah makanan dah sedia en.azmi masak, hari2 lah makan masakan suami kuikuikui...alhamdulillah en.azmi banyak tolong masa mama sibuk nih, basuh baju, iron baju sekolah anak2, kemas rumah..pendek kata semua en.azmi buatlah. syukur sangat2 mama ni rasa..xdelah balik kerja dah malam nak sibuk hal rumah pulakkan. Terima kasih en.azmi

Maaf buat kawan2 yg datang jenguk blog mama nih..ehemmm macam ramai je yg datang tu kan, takpe walaupun tak ramai mama tetap hargai, terima kasih banyak2 sudi jenguk blog mama yg tak seberapa nih tapi maaf sangat tak sempat berkunjung balas buat masa sekarang nih, tuntutan kerja yg menimbun nih buat mama tak sempat jenguk kawan2, inshaAllah ada masa mama jenguk nanti ye..akan busy sehingga tahun 2020 nampaknya ni hahaha..tp takde lah sepanjang tahun busy..ini nak habiskan survey tahunan, next year ada banci CDT pulak, 2020...haaa yg ni ada kaitan dengan semua ye tolong bagi kerjasama nanti ye...Banci Penduduk 2020.

Ok lah itu je buat masa ni..banyak nak cerita tapi nantilah kan tunggu masa yg sesuai..entri ni pun bersambung pagi ni okeh...seminggu nak siap entri nih. Sampai jumpa lagi... Moga Allah lindungi semua kawan2 mama..

Wassalam


5 comments:

  1. Alhamdulillah..di sebalik kesusahan ALLAH berikan kemudahahan. Itulah suami yang romantik..sentiasa membantu dan meringankan beban kita. Semoga nanti diberi kesempatan lagi untuk terus menulis di dalam blog yer.

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah lama tak menjenguk blog. Sejak2 pencen ni malas pulak nak menulis.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Lega balik kerja dpt terus rehatkan.
    Nk buat mcm manakan.. Kerja kita pun amanah Allah juga.. Syukur dpt suami memahami..

    ReplyDelete
  4. Beruntunglah dapat suami yg pandai buat kerja rumah.... Satu rezeki tu namanya. Boleh habis nafas kita dibuatnya Azra kalau balik kerja sambung buat keje rumah pulak. Nasiblah ada si Cinta Hati yg rajin kan hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...