Sunday, 23 September 2018

Rossa Villa @ A Famosa

Assalamualaikum...

Entri sebelum dah berjela-jela panjangnya yang kali ni pun agak semput jugaklah kot nak mengabihkannya..hahaha bertabahlah ye nak baca sampai habis, tak habis pun takpe mama saja cerita panjang2 sebagai kenangan mungkin satu hari nanti anak2 nak bacakan, mama cerita detail sikit hehehe..selamat membaca jangan sampai muntah hijau

Perancangan yang tiba-tiba, macam yang mama ada cerita sebelum ni masa kami adik-beradik berpiknik di taman botani putrajaya sebelum ni, tetiba ter'bincang' nak sambut besday anak buah mama daeisha dynara. Sebelum tu adik ipar mama ada tanya mama nak pergi tak cameron highland date yang sama juga, tapi lepas tu adik ipar cakap tak jadi sebab tengah bulan katanya, jadi mama pun ok je kalau tak jadikan. takde dah nak fikir pasal cameron tu jadi mama pun setuju je la dengan rancangan tiba2 adik-beradik mama tu.

Seperti yang dirancang ahad tu kami gerak ke melaka, mama sekeluarga tumpang maktam je sebab maktam sorang2 kan jadi kita tumpang boleh save bajet kuikuikui. check in pukul 3, jadi pukul 1 baru gerak dari saujana putra. alhamdulillah perjalanan lancar dalam 2.45ptg dah sampai di villa a'famosa ni. masa ni abah ibu & anak2 dah sampai dulu,kunci pun dah ambik, mommy sekeluarga on the way sebab dorang singgah beli barang dulu. Dah sampai tu apalagi anak2 kelam kabut dah nak terjun kolam. Oh ya kami sewa Rossa Villa ni ada swimming pool dan tempatnya pun bertutup orang luar tak nampaklah kalau kita berkuak lentang dalam kolam tu kan, ada juga villa yang tak berpagar, macam kitorang ni seronoklah nak lepak2 terjun kolam sebab takde yang nampak kami2 je.

sampai je terus tak sabar nak terjun kolam..haaa berendamlah sampai kecut memasing
Seronok main perang2 lagi
Bila mommy sampai kami pun siap2lah set up tempat untuk sambut besday daeisha tapi bukan setakat besday daeisha je adelya pun join potong kek jugak, bukan setakat potong kek hadiah pun dapat lagi, seronok sangatlah anak dara mama tu, cuma merajuk sikit sebab hadiah dia sikit...adoiii memanglah sebab dia dah dapat masa besday dia sebelum ni,kali ni pakcik dengan paksu bagi barbie dapat 3 ketul barbie, daeisha makngah bagi barbie house,adelya sebelum ni dah dapat lego cinderella, tapi merajuk juga nak juga barbie house, suruh mama beli memang tak dapatlah kan, makngah dengarlah keluh kesah makcik bawang sorang tu kan, terus makngah cakap nanti mankngah beli, mama tak tahu dah nak cakap apa.

Deko2 simple...kerusi meja memang tersedia ditepi kolam tu
Sebelum potong kek sempat lagi berbisik2...anak dara la katakan, setakat memang dorang berdua la gigirl yg lain semua lelaki, yg bakal lahir pun lelaki juga
Kek unicorn..dua2 peminat pony kan, tu ada kek pandan gula melaka, pastry fruit yang viral tu pun ada tp bagi mama ok je la rasa dia macam kek sunquick je cuma ada buah2 tu je la. Kek pandan gula melaka tu mama suka..sedap
Besday nya daeisha dynara tp adelya pun join sekali, thn depan buat sekali je la senang kan..hehehe siap sayap rama2 masing2...sorang 7thn sorg 5thn
Saranghae...mak2 pun nak berphoto gedix jugak hehehe...semua janji pakai skirt hari tu, kalah besday girl lak mak2 ni kan
Love besar pulokkkk...tp mama tu x jadi love la pulak gaya macam cium ketiak sendiri je tu hehehe
Mommy to be...makndak nor syuhada dalila
Paksu & anak buah yg gila2, org belakang tabir yg dok gigih tembak belon masa kami bergambar
Selain sambut besday anak-anak, buat juga ala2 baby shower dekat makndak..alhamdulillah setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga akhirnya Allah berikan rezeki buat makndak untuk mempunyai zuriat, syukur alhamdulillah, jadi kami sajalah buat prop untuk bergambar itu yang mama pun join bergambar tu, bukannya mama yang nak tambah ahli ye hehehe..doakan makndak (adik mama ni) norsyuhada dalila bt Ibrahim diberikan kemudahan untuk melahirkan anaknya nanti ya, moga semuanya selamat inshaAllah.

Bakar kambing, bakar ayam, garlic bread
Abg adam dok belek hadiah yg ada, seronoklah adelya dapat hadiah lagi
Sambil2 set up, geng2 lelaki dok bakar kambing dan kepak ayam, bestlah berenang2 sambil berbbq. lepas tu makan kek dan macam2 lagilah kan, memang kami bercuti kat situ je lah staycation katanya, tak berjalan kemana pun santai2 kat situ je. takde nak rushing kemana2 seronok jugakkan macam tu. duduk bertenang2 sambil tengok anak2 mandi kemudian main tembak2 (mommy bawak pistol mainan) pistol bubble tu makngah belikan, kami tiup belon dah penuhkan kolam dengan belon sajalah suka2 nak bagi nampak meriahkan, lagipun memang kami2 je takde orang lain pun. lepas tu apalagi gedik2 snap pix la memasingkan, yang perempuan je la yang lelaki takde nak melayan pun hehehe.

kasi can mama nak fefeeling pwincess hahaha
Malam memang tak kemana pun walaupun a'famosa waterpark tu dekat je, cowboy show tu taktahu lah ada ke tak ye, tapi kami memang takde niat pun nak pergi situ, lepak2 je dekat rumah tengok tv sambil berbual. ada pulak yang terjun kolam malam tu sampai pukul 2pagi, memang seronoklah kan sebab kolam tu kita yang punyakan. tak kisah nak terjun waktu bila pun. Tengok orang terjun kolam anak dara mama yang sorang tu tak senang duduk dia pun ketar2 nak terjun kolam tapi mama tak bagi la malam2 tu terjun kolam, entah pukul berapa dia tidur mama tak tahu sebab mama lelap dulu, bilik ada 4 kami bagi 2 bilik lelaki,2 bilik perempuan, anak dara tu memang tak tidur dengan mama la dia mesti dengan apak dia kan. mama dengan adrienlah.

Pagi isnin tu 6.30 dia datang bilik mama minta baju mandi, 6.30 wehhh terjun kolam dengan papa dia, mama ke dapur goreng nugget, daniel pula buat paratha tuna, buat beberapa keping lepas tu dia pun join terjun kolam mommy datang sambung. anak-anak yang lain dengan pak2 sedara memang main dekat kolam je la dok berperang sakan dengan pistol semua seronok sangat masing2 sampaikan anak2 mama taknak baliklah, bayangkan 6.30 terjun kolam pukul 11 baru naik itupun jenuh paksa baru nak naik sebab kita dah nak check out kan. muka tak puas hati masing2 keluar dari kolam, siap cakap lagi "yaya tak puas lagi mandi kolam" makngah cakap nanti kita datang lagi hehehe.

Beratur panjang, mama tunggu dalam kereta je heheh
Sedaplah bg mama
Siap2 kemas semua, dorang bincang nak g makan asam pedas sambil tu nak beli barang sikit, kita follow je lah ke dataran pahlawan makan asam pedas, kemudian beli bekalan makanan sikit untuk anak2 makan dalam kereta, sebelum balik tu mommy ajak singgah beli keria antarabangsa, sampai2 bersusun orang beratur mama memang taklah nak beratur, dorang yang lain je beratur, alhamdulillah dapat jugalah rasa keria tu, sedaplah bagi mama tapi kocik bonar tak puas makan kena makan banyak2 tapi dia limitkan 1 orang 1 bungkus je, makngah gigih beratur pada hal bukan nak makan pun dia bagi kami, alhamdulillah rezeki.

Perjalanan balik lancar, cuma ada sangkut2 sikitlah dari pedas/linggi ke seremban, kami takde singgah mana dah ibu whatsapp ajak berenti makan tapi kami dah terlepas so teruskan je perjalanan balik. alhamdulillah sampai dengan selamat. Nanti kena plan lainlah untuk mandi kolam lagi sebab anak2 tetap tak puas mandi kolam, biasalah main air siapa tak suka kan. Nanti kita plan lagi ye anak2

Sewa villa ni rm950 semalam tapi hari tu kami dapat rm850 je, rumah ok selesa bilik ada 4 dan selesalah, dapur pun ada siap peralatan memasak semua set bbq dengan arang juga disediakan. Yang paling best swimming pool tertutuplah, ada yg mama tengok ada yg terbuka swimming poolnya, oklah duduk sini untuk santai2 je, jauh dari bandar dekat dengan melaka freeport tu,tapi mama tak singgah pun bajet takde jadi malaslah nak gi cuci mata pun kan, tapi dapat jugaklah handbag sebiji hehehe...bukan beli makngah yg bagi.

Oklah tu je cerita cuti2 hari malaysia, anak bujang berdua sambung cuti2 lagi ni mujur sekolah dorang bercuti sebab budak2 nak exam upsr kan, seronok kemainlah budak2 tu, nanti mama cerita kemana abg adam dengan adrien pergi.

Wassalam

5 comments:

  1. sedap kuih keria tu.. makn 1 tak puas..

    ReplyDelete
  2. Sesekali berehat cuti santai2 mcm ni, seronok juga.. Tambah pulak ada private pool gitu.. Mmg syok laa.. Berendam je.. Hihi...

    ReplyDelete
  3. wah ke Melaka.
    x roger pun? :)
    lenkali roger tau.

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Panajng ya amat beraturnya.. Tak sanggup Sha.. kikiki.. Tapi bestlah tempat tu ada private pool.. Best bawa anak-anak nie.. memang berendam sakanlah mereka..

    ReplyDelete
  5. Good day! I know this is kind of off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website? I’m getting sick and tired of WordPress because I’ve had problems with hackers and I’m looking at options for another platform. I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform.
    gold serum

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...