Sunday, 23 December 2018

Geng Superhero

Assalamualaikum...

Semalam adik beradik mama datang rumah,nak melawat 2 hero yang bersunat tu lah kan. Mulanya nak datang minggu lepas tapi ada yang sibuk jadi semua sepakat datang minggu ni sebab nak jumpa hud juga, dah lama tak tengok hud kan. Dah memang besday 2 hero mama tu bulan ni jadi semua sepakat nak sambut besday dorang sekali,mama ikutkan je. Bincang2 dalam whatsapp je la memasingkan.

Mama masak spageti dan buat soda herbs je,lepas zohor baru mula masak spageti je kan tak susah pun jadi masak lambat pun takpe, lepas tu goreng nugget sikit, selesai je masak semua orang sampai, alhamdulillah dapatlah makan panas2 kan, memang rancang makan lepas asar. Mama buat simple2 je la tapi yg lain bawa macam2 siap bawa prop bagai hias dekat meja, tulisan dekat dinding jadi meriah la pulak walaupun kami2 je, kek ibu beli,makanan bawa sorang sikit penuh meja dibuatnya, kalut2 tak sempat nak snap pix gambar meja yg penuh makanan spageti,nugget,talam durian,roti golok, tart telur,brownies, kek, keropok ikan,pop corn, makanan memang banyak setiap orang bungkus bawa balik.


Berkongsi bulan kelahiran Adrien (9 dis 2011) Adam (25 dis 2009) jadi senang kita sambut sekali dengan tema superhero, adrien superman abg adam flash, atas kek tu penuh superhero, gumbiralah adrien orang sambut besday dia tambah gumbira dapat banyak hadiah, sebelum ni dok cemburu dengan adelya je sebab dapat banyak hadiah semalam dia pun tersipu2 senyum tengok hadiah  bersusun. Abg adam tu...haishhh geram je mama nak orang sambut besday dia suruh potong kek pun malu pastu suruh mama teman bila tak teman muncung dan menangis heiii manja betul hero sorang nih.


Teman jugaklah mama...ehhh mama pun pakai baju superhero tau hehehe mamapapa batman, pendek kata semua orang pun ikut tema superherolah tapi geng lelaki tak sempat snap pic sebab tak sabar nak makan semua dah lapar. Masa bergambar.ni en.azmi dok pujuk supergirl sorang tu yang merajuk..ehhh geram je mama kalau tak dah cukup satu family superhero hehehe


Ini je yang ada gambar supergirl mama, tengoklah tu semua pakat bertopeng yg dibuat mommy, abaikan cermin dinding mama yang tak cukup tu gam.dah tak kuat jatuh cermin pecah redha je la cermin tak cukup ada rezeki kita ganti yang lain. Adelya haruslah sama dengan kak daeisha dia, baju anak2 mommy yg sponsor..moga murah rezeki mommy selalu memberi.


Mak2 je sempat bergambar semua pun dengan gaya superhero cuma mama tu je la apa kessss krisis indentiti ke apa baju batman topeng spiderman hahaha taram je la semua orang bertopeng mama nak juga tapi topeng hitam tak cukup mama rembatlah spiderman abg awisy heheh janji hadooo.. makngah pun lain juga tu makngah jadi spidergwen.


Jimat dah mama tak payah beli beg dan stationery lagi, beg cukup untuk sekolah pagi petang dapat 2 beg sorang makngah dan paksu beli, mommy,makdak,maktam beli stationery, botol air,dan tupperware,pakcik beli senapang mainan, ibu beli bantal dan ada yg bagi duit...alhamdulillah rezeki anak2 bersunat. Dekat mamapapa dorang minta mainan dapatlah kereta sorang satu takpe layan je, tak rugi pun keluar duit untuk anak2 bukan selalu pun kan nak bagi.


Alhamdulillah....anak dara yg muncung pun hilang muncungnya bila dia pun dapat rezeki juga, makngah bagi beg..suka sangatlah dia beg pink bersayap,mommy bagi pencil box purple. Ehhh kasut sape pulak tu ehemmmm...rezeki betul la ni lama dah teringin kasut macam tu tapi bila nak beli selalu tak jadi sebab memikirkan baiklah simpan duit untuk belanja rumah. Tetiba semalam dapat kasut ni makngah kata dia beli tapi terbesar, jadi rezeki mamalahkan bak kata ustaz dalam hidup takde kebetulan semua ketentuan...jadi kita jgn cakap "mujur makngah tak muat kasut ni dapatlah dekat mama" tapi cakaplah "alhamdulillah... Memang Allah dah tentukan kasut ni untuk mama" dah ketentuan Allah mama dapat kasutkan.


Selain tengok budak bersunat nak jumpa budak sorang ni..ehh geram lak asyik nak tido je dia kan. Tembam dah hud lahir 1.9kg je sekarang badan semangat dah pipi pun bulat macam ummi dah tu hahaha. Kemain hud pun ikut tema kan tapi kirisis identiti macam mama juga hud baju superman topi batman hantam je la hud kan janji comel 💝.

Alhamdulillah perancangan berjalan lancar walaupun kami2 je riuh rumah dibuatnya, pakjang je la yg takde,pakcik walaupun keje sempatlah datang kejap waktu rehat, pakcik medic dekat sepang circuit dekatlah juga dengan rumah mama ni. Cuma bila semua dah balik setiap orang tertinggal satu barang hehehe, nampak gayanya kena datang rumah mama lagi la tu kan. Ada rezeki kita berkumpul lagi walaupun duduk dekat2 jarang dapat berkumpul ramai2.

Wassalam

6 comments:

  1. seronoknya budak-budak dapat hadiah birthday + hadiah masuk jawi lagi.
    alhamdulillah rezeki barang-barang sekolah untuk tahun depan :)

    ReplyDelete
  2. seronok la kak, adik badik akak ddk dekat2 seronok bila berkumpul2 gitu...
    daripada nk bt simple2 jd meriah mcm dirancangan betul2 kn....
    suka lah bday tu yek

    ReplyDelete
  3. seronoknya anak-anak diraikan.. Mama pun ada rezekinya juga.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Mesti meriahkan semua ada tu...sporting pulak semuanya ye. Alhamdulillah rezeki mama dan keluarga dikelilingi adik beradik yg saling sayang menyayangi 👍

    Dah tembam ye Hud

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Seronok dpt berkumpul adik beradik. Meriahnya sambutan birthday abg adam dgn adrien. Seronok la diaorg ye..

    Sekejap je hud da besar.
    Comey hud tu tdo 😍

    ReplyDelete
  6. nice nyer majlis.
    semua happy.
    bab hadiah tu, kegembiraan tambahan ekk :)
    tghari ni in shaa Allah nak meraikan besday syuhada.
    tapi kami2 jer. ringkas.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tragedi berbuka puasa

Assalamualaikum... Betullah anak2 tu ujian. Ujian terbesar untuk mama anak2 lah,ujian lain mama masih mampu bersabar, bila tiba bab anak2 ...