Friday, 23 November 2018

Hari terakhir sekolah

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah pun hari terakhir sekolah sekejap je rasa masa berlalu, berjaya juga anak2 lalui sesi persekolahan tahun ni... Alhamdulillah..ketiga2 anak mama dapat anugerah kehadiran penuh ke sekolah..ehh tak sangka pulakkan.. Rezeki dari Allah tahun ni dipermudahkan urusan anak2 bersekolahkan.

Walaupun tak naik pentas mama tetap banggalah kan, ambik report card sek.agama tadi seorang dapat mumtaz,seorang jayid jiddan..alhamdulillah dah bagus dah tu, moga terus kekalkan ye abg adam dan adrien, walaupun dekat rumah malas belajarkan hehehe tapi mamapapa dah pesan malas dekat rumah takpe yang penting dekat sekolah fokus apa yg cikgu ajar, anak lelaki macam tu la gamaknya. Ni hari terakhir sekolah pun masih semangat ke sekolah, mama cuti so ambik anak2 lah hari ni sambil tunggu dorang keluar sekolah tulislah coretan hari terakhir sekolah untuk tahun ni.

Adelya pagi2 semangat bungkus hadiah untuk mualimah, tahun ni akhir dah dengan mualimah maria, tahun depan dengan mualimah lain pulak lah. Semangat nak tulis sendiri huruf pun terbalik, kira bolehlah kan heheh. Jadi pagi tadi hantar adelya dululah pergi Pasti baru pergi sekolah abang2..apalagi mengamuk lah adelya sebab nak ikut pergi sekolah abg, mama tinggal je la dekat sekolahkan hihihi, harap2 adelya ok lah kan, rupa2nya mualimah sampai pun dia menangis lagi😂.


Siap mualimah buat status lagi tu...adehhh anak dara sorang tu dah bagi hadiah suruh mualimah buka tengok waktu tu jugak, siap dia yang tolong buka hadiah untuk mualimah tu, anak bertuah betul, dia yang bagi dia yang tolong buka...bolehlah adelya oiii, manja sangat dengan mualimah tu. Dah hujung2 mama main bagi je la hadiah apapun kain pasang dengan buku. Tengoklah tu adelya tulis sendirilah tu heheh.


Tetiba ada lak gambar mama dan anak2 ye...lepas ambil report card terus ke jamuan akhir tahun Pasti dah alang2 cuti mama join je lah, sambil tu jumpa dengan mualimah yang dah last mengajar tahun ni, jiran2 ada yg tukarkan anak mereka ke Pasti lain sebab ada mualimah yg berhenti, mama pulak malas dah nak fikir setahun je lagikan teruskan je di Pasti sekarang, ada transit pulak tu kan,inshaAllah moga dipermudahkan urusan tahun hadapan.

Alhamdulillah dah habis pun sesi persekolahan tahun ni, walaupun banyak drama pagi2 dengan anak2 bergaduh membebel pagi2 walaupun kata ustaz "tak elok bebelkan anak sebelum pergi sekolah" tapi kadang2 mama lupa bila anak2 buat hal, pada hal bukan selalu pun anak2 buat hal kan,ok tahun depan kita cuba yg terbaik, moga Allah bantu kita dalam setiap urusan kita. Kalau ikut perancangan tahun depan uruskan adrien dan adelya je lah, abg adam kita bagi duduk hostel 😂, itu nantilah mama ceritakan, perancangan tahun depan moga dipermudahkan Allah hendaknya, perancangan dan pengorbanan..gitewww

Wassalam

7 comments:

  1. Alhamdulillah semoga anak-anak terus-terusan cemerlang dalam pelajaran. Aaminn.....

    ReplyDelete
  2. Tahniah semua. Alhamdulillah elok2 pencapaian semuanya.

    Abg Adam dah nak masuk hostel? Suspennya mama :D

    ReplyDelete
  3. Dah lama Mama tak selfie kat blog ye?.
    Btw.. alhamdulillah, Msia dah cuti. Kami kat sini tgh menghitung hari.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..
    Tahniah abg adam, adrien & adelya.
    Itu la kan, lega sikit budak2 da cuti sekolah.
    Tp membebel pepagi tu ada jugak la. Nk suruh diaorg bersiap pegi rumah pengasuh.

    Betul jgk tu, alang2 setahun je lagi, teruskan je dkt Pasti yg sama. Aimy dlu 3 tahun dkt Pasti yg sama. Kwn2 dia ada yg tukar masuk pra sekolah..

    Abg adam nak masuk hostel mana?
    Semoga dipermudahkan urusan tahun depan.
    Tggl yen dgn yaya je la ye. Itu la kawan main, itu la kawan gaduh.. Hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...