Friday, 28 December 2018

Perkongsian jumaat

Assalamualaikum...salam jumaat saiyyidul aiyam

Hari jumaat terakhir 2018 dan juga merupakan hari terakhir mama bekerja di tahun 2018 ni hehehe next week cuti seminggu bukanlah sebab nak buka sekolah pun seba anak2 semua dah biasa dengan sekolahkan yuran pun dah bayar awal-awal. mama cuti sebab nak menghabiskan cuti yang ada tapi memang tak terhabis pun, kita kumpul dalam GCR je la, inshaAllah tahun depan cukuplah GCR mama 150hari, lepas tu bolehlah mama plan cuti tahunan elok-elok supaya takde nak terlebih banyak sangat.

Oklah lupakan pasal cuti mama tu, hari jumaat terakhir dalam 2018 ni mama nak berkongsi sesuatulah dengan sahabat alam maya mama yang sudi baca blog mama ni. Perkongsian dari kuliah zuhur, kata ustaz :

Mak ayah kita tak layak terima sedekah kita..seringkali kalau baca al-fatihah mesti kita cakap "sedekahkan al-fatihah pada mak ayah kita...kan" sepatutnya kita cakap "hadiahkan al-fatihah" kata ustaz bila kita bagi sedekah tu sebagai tanda kita kasihan,kita simpati, tapi hadiah tu kita bagi sebagai tanda penghormatan... "nak mak orang sedekah baju ni untuk mak" kan tak sedap bunyinya,"mak...ni ada baju hadiah untuk mak"..berbezakan bunyinya, jadi mulai hari ini kita hadiahkan al-fatihah untuk mak ayah kita ye, bukan sedekah.

Kalau untuk mak ayah pun tak boleh apatah lagi untuk Rasulullah saw kan, kadang kita dengar juga selalu orang cakap sedekahkan al-fatihan untuk Nabi saw,kaum keluarga dan sahabat2 baginda, nanti kita tukar ya sebut hadiah, Nabi saw kan tak terima sedekah, pernah ada seorang pemilik kebun kebun beri kurma pada Nabi saw dan dia kata sedekah, Nabi tak makan kurma tersebut dan beri pada sahabat2 baginda, di hari yang lain pemilik itu mengatakan hadiah, barulah baginda Nabi saw makan kurma tersebut.

Kita juga tak boleh hadiahkan pahala amalan kita pada orang yang masih hidup kerana kata ustaz orang yang masih hidup tu boleh buat amalan sendiri, lainlah kalau untuk orang yang sudah tiada, misal kata mak ayah kita dah tiada, kita nak baca quran kita niat nak hadiahkan pahala baca quran kita tu pada mak ayah kita, kita nak bersedekah kita niatkan pahala sedekah tu pada mak ayah kita, apa saja amal kebaikan kita nak niatkan pahala buat mak ayah kita yang sudah tiada itu boleh. satu lagi kata ustaz kita sebagai anak jangan risau bila dengar kawan2 cerita mimpi tentang mak ayah yang telah tiada tapi kita tak mimpi2 pun, sebenarnya kata ustaz kalau kita tak mimpi itu bagus sebab apa,sebab kita selalu hadiahkan pahala dekat mak ayah kita, kalau kita selalu mimpi tu maknanya kita tak hadiahkan pahala dekat mak ayah kita..wallahu'alam.

Anak-anak ingatlah setiap kebaikan yang kita buat, kita baca quran kita hadir majlis ilmu, pahalanya tetap sampai pada mak ayah kita. Buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha dan janganlah buat jahat sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah murka. yang paling ditakuti oleh baginda Rasulullah saw adalah syirik kecil, apa itu syirik kecil? Riak - suka menunjuk2 dan berbangga dengan amalan yang dibuat, moga kita dijauhkan dari semua ini inshaAllah.



Wassalam

5 comments:

  1. sekejap je lagi 2019 nak menjengah dah :’)

    ReplyDelete
  2. 150 hari tu simpan utk pencen nnt ke?
    Bestnya cuti bnyk.. Hehe..

    Terima kasih atas perkongsian..
    Byk ilmu yg dpt dpd perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Tahniah..ada ganjaran menanti tu

    ReplyDelete
  4. Kene betulkan yang biasa.. tq mama kongsi pasal ini..

    ReplyDelete
  5. bab 'hadiah'kan tu aida setuju, AA.
    ada jugak aida baca di fb. tu lebih elok disebut, kan?
    tq for sharing and reminding me always.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Stats Run 2019

Assalamualaikum... Dengan semangat yang begitu gigih seawal 5pagi mama dan kawan mama dah gerak ke stesen LRT Putra Heights untuk menyerta...