Sunday, 11 November 2018

Maaf... Mama tak percaya

Assalamualaikum...

Walaupun banyak kerja yg perlu diselesaikan di ofis tapi hari ni mama tak ke ofis sebab hari k hari graduasi & kecemerlangan pasti adelya, mestilah mama pergikan sebab semua pelajar wajib hadir. Adelya pun sibuk cakap nanti pergi vonvo (konvo) dia hehehe setelah diperbetulkan baru adelya sebut konvo. Mama tanyalah "kenapa mama kena pergi,adik dapat hadiah ke?" "Dapattt..nanti adik dapat hadiah" kata adelya, bila mama tanya dia nombor berapa? Dia cakap nombor 10... Heheh takpe lah nombor berapa pun sebab mama tak kisah sangat pasal nombor nih.

Disebabkan buat dekat pasti je takdelah kalut sangat cuma mama suka pergi awal sebab senang dapat tempat, sampai je terus daftar, macam sebelum2 memang tak dimaklumkan kedudukan pelajar, mama belek2lah buku program,sekali tengok ehhh..adelya tempat ke 2 dalam kelas...sorry sayang sebab mama tak percaya apa anak mama cakap. Belek2 lagi buku ehhh..untuk anugerah kehadiran terbaik pun terselit nama adelya... Syukur alhamdulillah rezeki dari Allah. Mama ni jenis yg susah nak bg anak2 cuti sekolah kalau takde sesuatu yg memdesak, nasib anak2 lahkan.


Alhamdulillah....syukur ya Allah, memang mama tak sangkalah kan, exam pertengahan tahun hari tu nombor 10, ini tak sangka no.2. Semuanya dari Allah yg memberikan kefahaman untuk adelya.


Gambar kanan muka mashamm jekk, sebabnya sebelum naik pentas tu cari papa, masa tu papa pula pergi beli makanan, mama lah yang hantar dia pada mualimah apalagi terud mendunglah muka. Tahun 5 pun pakai jubah konvo tu haaa. Mama tak tahulah sama ke semua Pasti,tapi pasti ni semua pelajar memang akan pakai jubah dan dapat sijil, untuk tahun 5 & tahun 4 bukan sijillah tapi tapi fail & kertas exam, kira baguslah macam ni semua anak2 merasa naik pentas, mungkin sebab tadika pelajar tak ramaikan, kalau sek keb buat macam ni mau fengsannn cikgu hehehe.


Kali ini hati banyak gumbiralah sebab papa dah ada..tengoklah tu nak pergi dekat mualimah yg dekat tu pun papa dukung. Ini nak naik pentas kali ke 2, untuk hadiah tempat ke 2 dalam kelas. Yang ke 3 pula untuk anugerah kedatangan terbaik. Lepas papa dah ada tu mood memang baik je lah gumbira beratur nak ambik hadiah.


Menempel je dekat papa dia..haa layan je la anak dara sorang tu, sebelum bahasakan yaya je sekarang dah bahasakan adik, papa pun dok adik...adik....haa lekatlah panggil adik sekarang ni, adik pun adiklah sebab memang yang paling kecik punkan. Sekejap je rasa dah habis tahun 5, tak lama tahun 6 pulak...eh eh lepas tu dah darjah 1 pulak.


Adelya bersama hadiah yang dia dapat...seronok bukan main, suka sangat dengan bekas pensil yg dia dapat tu,balik rumah terus isi pemadam dan pensil yg dia dapat juga. Tahniah sayang mama...walaupun mama rasa bersalah sebab masa anak2 exam mama tak sempat tengok anak2 mama belajar sebab mama sibuk dengan kerja sampai rumah pun dah malam kadang sampai rumah anak2 dah tidur, sempat jumpa pun pagi sebelum pergi kerja, tapi bila tengok keputusan anak2 mama bangga sangat, takpe kalau ada yg tak dapat hadiah,apa yang penting markah tu. Abg adam dengan adrien pun mama tak tahu nombor berapa tapi tengok markah semuanya bagus bagi mama, nombor berapa pun tak kisahkan,kalau dapat hadiah tu kira bonuslahkan.

Anak2...apa yang penting cemerlang di dunia.dan akhirat ye.. Letaklah akhirat dihati inshaAllah dunia akan ikut bersama, jangan letakkan dunia dihati kerana akhirat tidak akan ikut bersama, dunia tempat kita bersusah payah beribadah supaya kita senang di akhirat kelak.

Wassalam

6 comments:

  1. Lama akk tak singgah sini. Nak up entri pun malas dah, ni skroll2 kat google terus singgah baca.

    Tahniah adik, eh adik..masa bila brradik2 ni, hihi, takpelah janji bahagia ek.

    ReplyDelete
  2. tahniah adelya... moga terus cemerlang ya

    tulah kan kak, dana pun biasa bt camtu kt aiyan, sekali tu betul apa dia ckp... nyesal lak rasa

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah adelya ��
    Pasti anak sy minggu depan tapi kat Gombak ni convo buat ikut DUN, meriah tapi sesak & lamalah acaranya nak habis kikiki...kalau buat kat sekolah macam ni pun OK juga kan.

    Moga anak2 kita berjaya semuanya, cemerlang dunia juga akhirat aamiin.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Adelya...
    Manja sangat dengan papa eh. Maklumlah anak bongsu lepas tu anak pompuan sorang pulak. Apa lagi beranaklah lagi Azra hihi...Manalah tau lepas tu pompuan...Adalah kawan ..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah Adelya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    Tahniah Adelya..
    Bagus yaya.. Bnyk dpt hadiah tu.. Seronok la ye.. Tahun depan, dpt no 1 pulak ye.
    Masa aimy 5 tahun pun sama, ambik hadiah pakai jubah konvo. Tapi masa 6 tahun, bdk2 5 tahun tu xde pulak berjubah. Mungkin x cukup kot. Hehe..
    Pasti Yaya ramai kot sbb tu blh buat konvo sendiri.
    Amboi, adik pulak ye. Hihi.. Anak manja papa ye yaya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...