Saturday 11 February 2017

Short vacay - Kundasang Part 2

Assalamualaikum...


Update sikit perjalanan dari kk ke kundasang mengambil masa dalam 2jam lebih, bawa kereta secara santai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt...subhanallah sungguh cantik menyaksikan kehijauan alam yang mendamaikan. Kereta yang disewa drive sendiri, 1 kereta adik ipar bawa, 1 lagi en.azmi bawa, perjalanan kami dibantu okeh wazelah kan hehehe, jalan cantik tak sesak, dalam perjalanan tu kita akan jumpa tempat-tempat yang boleh dilawati ada rumah terbalik tapi kami tak singgah pun kami terus ke kinabalu park sahaja.

Tenang dan mendamaikan

Percutian kami ni santai-santai saja takde rushing pun nak kemana-mana, bawa anak-anak kecil jadi tak perlulah rushing dan berkejar nak ke semua tempat hehehe..nanti anak-anak penat dan meragam mama pula yang semput..pagi tu bangun dalam kesejukan, bestnya udara pagi yang sejuk nih.

Dari dalam bilik mama dah terdengar kecoh-kecoh diluar sana, ingatkan apa rupanya adik-beradik lain dah bersiap-siap nak berjalan diluar..ohhh ingatkan apa mama hanya duduk melihat dari beranda rumah sajalah sebab anak-anak belum bangun tidur, mereka berjalan-jalan ke bukit sana mengambil gambar suasana pagi di kaki gunung kinabalu..nyamannya lah udara, homestay kami tu dikaki gununglah pemandangan memang cantiklah.sukar nak digambarkan.

Pemandangan dari beranda kabin, dengan suasana pagi yang sejuk, memang terasa cukup damai dan tenang, lupa sekejap kesibukan kerja waktu itu.

Bila anak-anak dah bangun tidur, kami pun bersiap-siaplah untuk keluar. Destinasi kami tuju Desa Dairy Farm...marilah melihat lembu dan merasai pengalaman seolah-olah berada di new zealand... ecehhh, kawasannya dekat saja dengan homestay yang kami duduk tu. Udara yang nyaman, tengok lembu bagi makan anak-anak lembu dan kambing, minum susu makan asikrim dan apalagi kalau tak bergambar beramai-ramai..haaa layankan gambar sajalah kan.

Alhamdulillah...sampai juga kami ke sini


Menikmati keenakan susu dan.aiskrim yang dijual disini
Boleh bagi makan dan bagi minum susu, rumput seikat rm1,susu sebotol rm3, selain anak2 mak2 pun teringin juga nak bagi makan lembu dan kambing

Sepupu
Anak-anak lagi,melihat mereka gembira...priceless
Adelya dan papa

Anak bujang mama, bukan main lagi dengan rambut pacak dia tu

Bujang ni pun.semangat juga nak bergambar

Bukan senang nak.dapat gambar cantik budak berdua ni sebab selalu bercakaran je, ini dah ada peluang kita snap cepat2 sebagai kenangan

Geng wanita anggun..ecehh hihihi, tengok tudung sama, makngah sponsor ni untuk kami, siap bawa datang sini  nak pakai sama-sama heheh

Selepas itu kami makan dulu, di pekan kundasang tu, nama kedai mama tak tahulah tapi ada nasi ayam. dan ada juga nasi dan lauk-pauk paling sedap dekat situ, kepak ayam, berselera masing-masing makan kepak ayam bakar tu. Selesai mengisi perut kami ke Poring Hot Spring, layan anak-anak mandi kolam, kata cuti untuk anak-anak jadi kita dulukan anak-anaklah kan, untung dah mama sebab ada yang boleh jaga adelya mandi kolam, anak dara tu tak reti sejuk, berendam dalam kolam suruh naik tak mahu.

Anak2 main air, mama tunggu tepi sambil kunyah biskut gery, kat sini biskut gery rm3.50 sebungkus

Balik dari Poring Hot Spring, kami singgah makan..Alhamdulillah makanan dikedai ni sedap dan agak murah jugalah..haa nanti mama share menu yang kami makan di kedai ini nanti ya di entri yang lain pula...nampak tak mama saja buat by part supaya blog ni ada entri baru kikiki..Okeh petang tu kami makan dikedai nih esok pagi kami repeat lagi makan dikedai yang sama.

Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati, lepas makan singgah kedai runcit dahulu beli kudap-kudapan kemudian balik homestay, kita tidur, habis dah cerita hari kedua..percutian yang singkat sajakan, kalau nak ke banyak tempat mungkin perlu pergi banyak hari tu. Haa mungkin boleh pergi lain kali pulakkan mana tahu ada rezeki nak kesini lagi.

Wassalam...

Nak baca lagi :

Kundasang Part 1

6 comments:

  1. Seronoknya jln2 ke sabah ye, cantik sungguh pemandangannya. Hai, bilalah kami nk sampai ke sana.

    ReplyDelete
  2. WAH SERONOKNYA MELAWAT TEMPAT INDAH DI SABAH

    ReplyDelete
  3. Terus terngin nak ke KK weyh. Cantiklah gambo adik beradik yg pakai tudung sama tu. Mcm model semuanya.

    Azra awak baru booking tiket flight ni guna Air Asia Go ke ?

    ReplyDelete
  4. cantiknya Kundasang ni!
    Jalan sendiri senang Ilah. Kalau guna travel agent ni kita terikat dgn dioarang. Jalan sendiri, kita hentam lah mana nak pergi. Akak pun suka kalau macam tu tp kena pandai survey...hihi

    ReplyDelete
  5. sejuk je mata tgk..
    mcm kat oversea dh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...