Riuh rendah dibuatnya

Assalamualaikum...

Tora datang lagi..kikiki, haaa...hari-hari ada cerita nampaknya nih. Sekarang ada sedikit waktu senggang jadi dapatlah tengok blog lebih sikit dan bolehlah merapu lebih sikit kat sini. Nanti kalau dah sibuk kita buat-buat lupalah sekejap dekat blog nih walaupun jari gatal-gatal nak menuliskan.

Dah berbulan asyik kerja di hujung minggu dan masa bersama family dan adik-beradik pun kurang. Tanpa perancangan yang berlebihan akhirnya sabtu lepas kami adik-beradik berkumpul di rumah ibu. Mama sampai dulu kemudian mommy pada hal tuan ruamh takde pun waktu tu, ibu ada kelas dan adik-beradik yang lain pun lambat sampai.

Mama dan mommy pun memulakan kerja lenguh kaki mama ni hah berdiri depan sinki mengerjakan udang dan sotong berkilo-kilo, sementara mama membersihkan udang dan sotong, mommy menyediakan bahan-bahan untuk memasak. selesai dengan sotong dan udang mama mengerjakan jagung dan sayur pula. Dalam pada tu adik-beradik lain pun sampai, apalagi riuh rendahlah rumah ibu dengan suara kami bersembang..meriah je rasa macam nak berbuka puasa.

Mari  tengok hasilnya

Soda herbs...mama bagi arahan je, abg awisy yang tolong buat
Sayur-sayuran yang dipotong mama kemudian direbus bersama garam dan butter..yummy mama suka jagung dan sayur
Chili crab
Lala masak halia
Ada lagi 2 menu yang tak sempat mama nak snap pic sebab semua orang dah kebuluran nak makan, 2 menu lagi sotong goreng tepung dan butter prawn.



Tengok tu abg hensem baju oren dalam gambar tu sibuk agihkan sotong goreng tepung..hikhikhik, itulah chef untuk sotong goreng tepung, laku weh sotong goreng tepungnya, habis licin dikerjakan. semua dapat makan senyap sunyilah,mama makan nasi sikit je selebihnya kita kerjakan lauk-lauk yang ada. Sudah habis makan baru mommy perasan lupa pakai apron pada hal ada dibeli...haa nampaknya kena repat bershell out lagilah sebab nak guna apron..hahaha

Sekali-sekala makan ramai-ramai macam ni memang seronokkan. Dapat berkumpul adik-beradik memang best, hari tu yang takde cuma pakjang dan pakcik sebab keduanya jauh. Makan-makan tu kami buat collectionlah makan ramai-ramai jadi duit pun kita share ramai-ramai jugalahkan...satu kepala rm23..kira oklah puas makan, siap berlebih lagi tu. Lepas makan sambung berbual pula, riuh rumah ibu.

Wassalam





Comments

  1. seronok.... penat msk2 tak terasa bila dh meriah gitu...
    apa lg pasn bt menu banyak lg kak... almaklum kene pakai apron pulak nnti kan

    ReplyDelete
  2. Betullah.. kalau dah kumpul adik-beradik, ipar-duai, anak-beranak memang riuhlah
    Makan pun tak sedar tahu-tahu licin aje:)

    ReplyDelete
  3. Wah, bershell out mama yan, bestnya,tingin gak nak buat ni, tapi kena plan elok2 dululah, baru jadi.

    Ramai adik bradik perempuan ni best kan, semua buat sesama. Mengeratkan silaturahim juga.

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat berkumpul adek beradek makan2 tentu meriah dengan bershell out gitu.
    Suka tengok adek beradek Ilah yang akrab.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya air tu.. Best minum waktu cuaca panas ni..
    Lagi jimat buat sendiri kan.. Puas makan.

    ReplyDelete
  6. sedap air laici herba tu. ramai2 makan tu lagi sedap air

    ReplyDelete
  7. Rajin korang berkumpul ye Azra...hari tu baru jumpa kat KK, ni dah bershell out pulak. Seronoklah mcm tu.
    Kalau dgn adik beradik perempuan senang sikit nak kawtim ek...

    Teringinlah nak buat air soda herb tu

    ReplyDelete
  8. sedapnya makan ramai2...terliur air laici herbs tu

    ReplyDelete
  9. best macam ni. kitorang pun klu balik kampong semua ada mesti ada jugak buat shell out ni. seronok makan rebut rebut hihihi

    ReplyDelete
  10. wow..meriahnya...
    lya dh lama plan dgn family nk bershell out ni..tp x jadi2.. slalu je ada y xde... tulah, bkn sng nk kumpul skaligus camni

    ReplyDelete
  11. wow. aida paling terpikat dgn sayur jagung tu.
    rebus ke kukus ekk?
    gaul dlu semua dgn garam & butter ekk?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts