Kecut perut dibuatnya

Assalamualaikum...

Pagi yang tenang, sambil-sambil mama tenang mengemas rumah, tenang dalam kemalasan sebenarnya hahaha...tetiba dapat whatsapp dari en.azmi yang membikin perut mama kecut... Haishhh dari tenang dalam kemalasan terus cargasss. Kata en.azmi adiknya call nak datang rumah...waduh..waduh..bikin mama kaget.

Mama tanya pukul berapa nak datang? Al-maklum rumah macam tongkang pecah, 2 gunung baju yang tak berlipat perlu ditarah pulak tu, en.azmi kata tak petang, malam baru dorang sampai..ok boleh bertenang lagi la, sekali dapat whatsapp dari adik ipar, mereka dah on the way, mama apalagi dari cargas terus jadi lipas kudung hahaha..mertua nak datang oii rumah kena la kemas, walaupun dihari-hari biasa memang tongkang pecah.

Lauk-lauk pula dah habis untuk masak, berkira-kira dah mama ni macammana nak masak, en.azmi pula takde, nak membeli laul dengan budak bertiga tu memang semputlah pula mama nanti. En.azmi whatsapp dia dah on the way balik, konon nak bungkus nasi kukus je, tapi tak jadi sebab family in law ke aeon mall, kami pun bersiap tuju ke sana la dan terus makan kat sana je la.


Yeayyy...ada orang belanja ice bucket,kalau tak makan nasi kukus je la mama hehehe.. Alhamdulillah.. Mana-mana pun rezeki ye, dari nak belanja nasik kukus kak ros terus dapat nasi kukus kat ice bucket en.azmi belanja, siap dapat makan fruit ice bucket pula. Masa nak bayar adik ipar hulur duit tapi mama tak ambil pun en.azmi pun tak ambil, bukan tak sudi tapi segan hehehe sebelum ni mama suh acu open table belanja tapi mama gurau-gurau je, cukuplah dorang belanja anak-anak main game. Itupun dah ok.


Mak-mak sedara melayan anak buah main game, oklah ye sesekali kena cukai dengan anak-anak buah..hehehe kalau harap mama nak datang aeon mall ni saja-saja memang taklah, lepas tu melayan anak-anak buah naik keretapi pula, lepaslah hajat adrien nak naik keretapi walaupun keretapi pusing dalam mall je,mama papa tunggu je tak naik pun. Lepas tu balik rumah, hujan sepanjang jalan. Malamnya beli makanan dekat pasar malam je.. Hehehe senang keje mama ye.

Ahad lepak rumah je, abah mertua pun tak berapa sihat, itupun gagahkan juga diri sebab katanya teringin nak tengok rumah kami ni, mama pulak segan rumah banyak yang tak lengkap lagi, tapi alhamdulillah semuanya ok. Tapi hari ni haruslah mama bersilat didapur sediakan makan tengah hari, masak yang simple-simple je, tapi seronok tengok semuanya licin..sedap ke atau sebab mama masak sikit sangat tu? Hahaha.. Okeh gambar makanan takde segan nak snap...masak simple sangat cencaru masak sambal, kubis masak lemak, daging goreng, ayam goreng, ulam-ulam dan budu.

Tu je la citer kecut perut mama hehehe...kecut perut weh mertua nak datang rumah.

Ok sekian.. Wassalam

Comments

  1. Samalah kita, kalo dengar mentua ke adik ipar kakak ipar nk dtg mulalah tk senang duduk, tandas dapur sume nk kena bersih takut kena komen belakang, haha.

    Sedapnya fruit ice bucket tu, twrlioq tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..kalau family in law nak datang memang kalutlah, kalau adik beradik sendiri tak kisah pun kalau rumah bersepah hahaha

      Delete
  2. hehe..gitulah situasi bila ada tetamu nk dtg mngejut, tp rmh mcm tonkang pecah kan.. lya pon slalu sgt gitu..hahha..

    sedapnya nmpk ice bucket tu..dh lama sgt teringin ni.. kt sini xde lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teringin lya kena datang shah alam lah, akak ni pun bukan selalu pergi walaupun dekat

      Delete
  3. Ingatlah kenapa lah kecut perut๐Ÿ˜ƒ.... Takpe Ilah mereka kan tau menantunya bekerja.
    Seronok makanan licin kan.... Sedap tu Ilah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecut perut kak kalau mertua nak datang hehehe.

      tak taulah kak sedap ke atau sebab saya masak sikit, tapi saya rasa mungkin sedap tu hahaha

      Delete
  4. hai :)
    if sudi, nanti email aida (adianiez@yahoo.com).
    ada skit small gifts nak pos ~ address & phone no.
    sebab? top komen 2016 :)
    tq so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah aida saya emel ye...jadi top komen ye tak sangka pulak

      Delete
  5. hi hi aida pun biasa bila mr.asben inform, "abg i nak singgah"
    aduhai! kalau adik-beradik dia nak singgah umah, mesti aida kecut perut ha ha ha :)
    kalau adik-beradik sendiri, ok jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah aida kalau family in law memang berdebar je rasa hehehe, kalau adik beradik sendiri memang tak kisah pun kalau rumah bersepah

      Delete
  6. Wah makan kat ice bucket. Sedapnya
    .
    Sejuk sikit hati lepas nampak gunung baju 2 puncak tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mazni, sejuklah sikit hati selepas mengerjakan 2 gunung baju hehehe

      Delete
    2. Haha.
      .
      Ini kes reward diri berlebihan ni
      .
      Macam baru balik joging 1 round, makan roti canai & teh tarik
      .
      Hihi

      Delete
  7. ice bucket tu nampak sangat sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap rietta seperti makan asikrim dengan buah-buahan je

      Delete
  8. mmg blh kecut perut kak, segala2 blh kecut klu dpt berita gitu... mau nk kemas pun jadi sorok2 heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana serba serbi boleh jadi kecutlah dibuatnya hahaha, bukan setakat kemas sorok2 pun ado haa

      Delete
  9. Replies
    1. buatkan jadi lebih menarik buah disusun macam tu kan

      Delete
  10. memang kecut perut klo mentua nak datang. automatik rumah jadi kemas & bersih. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..terus cargas mengemas rumah biar berkilat kikiki

      Delete
  11. Wah sedap tu cencaru masak sambal.. hehehe tapi betullah.. kalau orang nak datang memang kelam kabut lah nak berkemas... ni kan pulak in laws kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kot sebab licin pinggan hehehe

      Delete
  12. hahah samalah saya pun kelam kabut kalau in law nak datang. maklumla rumah bukan selalu kemas pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hanah, biasa rumah bersepah je dengan mainan anak2

      Delete
  13. memang kecut perut bila tetamu dtg tiba-tiba. Tambah2 kalau yg dtg tu mertua. Auw! mahu berubah rumah sekelip mata tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak...rumah dari bersepah terus berkilat kikiki

      Delete
  14. Semua menantu pun mcm tu kot Azra. Mak ni yg dah dua puluh satu tahun jadi menantu pun seram jugak kalau depa datang tau. Mulalah haru biru. Kalau boleh semua nak kemas. Nasiblah depa dah jarang datang sekarang hihi.. mak pun kurang semput jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah mak, ini pun mereka jarang datang, itu yang sesekali datang jadi seram hahaha

      Delete
  15. Terliur plak tgk ice bucket tu.. Hihi..
    Sape tak kecut perut kalau mak mertua nk dtg. Kalau kami kat rumah pun hari tu, mesti kelam kabut mengemas, mau la mencuci bilik air bagai.. Hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts