Sunday 19 February 2017

Mari mengaji

Assalamualaikum...

Satu yang mama bersyukur sangat bila berpindah ke tempat kediaman baru ni... Haaa bukan nak jadi ahli mesyuarat tingkap ye hehehe. Takdelah sebenarnya terniat nak hantar anak-anak pergi mengaji pada orang yang lebih layak berbanding mama ni, alhamdulillah Allah permudahkan urusan yang satu ini.

Kebetulan ada jiran mama ni ustazah sekolah agama dan mengajar bab tajwid,memang elok sangatlah tu kan tercapai hasrat mama, walaupun kelas mengaji bukan setiap hari tapi mama dah syukur sangat sebab anak-anak dapat belajar. Mama hantar tiga-tiga sekali senang, biar adelya kenal huruf dulu walaupun main-main sekurangnya dapatlah sedikit ilmukan.

Tengok anak-anak pergi mengaji teringat mama kecik-kecik dulu, alhamdulillah suasana sama,anak-anak dapat lalui semua tu mama rasa seronok, tepat pukul 8 kawan-kawan dah panggil kemudian jalan ramai-ramai pergi mengaji, bukan berjalan berlari kebanyakannya, adelya pun tak padan dengan kecik dia yang paling laju berlari,riuh rendah sepanjang jalan, jiran-jiran memang tahulah budak-budak pergi mengaji, siap cakap dalam group whatsapp meriahnya anak-anak pergi mengaji.

Memang meriah sangat. Rasa terulang memori mama pergi mengaji masa kecik-kecik dulu.


Mak jemah ni bukan main, pergi mengaji pun nak melawa dengan dress kembang-kembang siap berpusing-pusing, abang-abang pun rajin dok suruh adik berpusing-pusing dengan baju kembang tu. Lepas tu puji cantik...haii berbunga rianglah hati adelya bila kena puji.


Adam dan adelya je yang selalu sempat nak bergambar, adrien selalu yang paling lambat, ini dia tengah mandi orang lain dah siap, bila kawan-kawan dah panggil dia pula baru tergesa-gesa nak berbaju, sudah keluar separuh jalan sempat pula balik minta mama isikan air dalam botol nak bawa bekal pergi mengaji. Itulah berlari-larikan maunya tak letih dan dahaga, entah macammana pula ustazah mengajarkan,harap-harap tak peninglah ustazah melayan kerenah anak-anak.

Syukur alhamdulillah...urusan yang satu ini dipermudahkan, moga Allah permudahkan lagi hajat mama yang lain..inshaAllah.

Wassalam

21 comments:

  1. First, ternmpk beg adelya tu, beg haji cilik.
    Alhamdulillah...ank2 bila mengaji atau belajar dari org lain lebih mudah mereka nk dengar berbanding dgn mak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..beg haji cilik la tu hehehe

      aah la kak, kalau dengan maknya ni banyak main2 je, biar belajar dengan orang lain, mahu sikit ikut

      Delete
  2. Alhamdulillah semua dipermudahkan Ilah dah keluarga di rumah baru.Senang ada tempat mengaji dengan orang yang berilmu.Anak2 akak ke5 lima nya akak ajar sendiri di rumah.Part tajwid tu mereka lebih banyak belajar di sekolah agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak syukur sangat, rezeki kami anak-beranak bila berpindah ni

      Delete
  3. untung juga ada tempat mengaji dekat2 ya ilah. semoga dipermudahkan anak2 belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah hanah..rasa syukur sebab ada jiran yg boleh ajar mengaji

      Delete
    2. anak saya yg 5tahun baru je belajar mengaji. baru tahu sebut huruf2. amik kelas kat tadika dia. oklah, nak harap cepat sangat pun xleh juga kan

      Delete
    3. Itulah ikut kemampuan anak2 kan hanah

      Delete
    4. haa, takleh paksa. baru 5 tahun kan. what to expect. takmolah anak2 stress pulak atas kehendak mak.

      Delete
  4. alhamdulillah... seronok kite nengok nya kan kak

    ReplyDelete
  5. Itulah yg terbaik. Sebelum terlambat didik mereka dgn al-quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakzakie...alhamdulillah anak2 suka nak mengaju al-quran

      Delete
  6. Seronok tgk budak2 pegi mengaji.
    Teringat zaman kecik2 dulu. Hehe..
    Betul tu mengaji dgn mak sendiri bnyk main. Tgh2 mengaji, blh bercerita pasal sekolah.. Abg adam dah baca quran ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum baca quran lagi..biar dia lancar dengan iqra' dulu

      Delete
  7. Rezeki jugak tu namanya Azra....anak anak senang nak mengaji.
    ALhamdulillah....
    Hihi alahai comelnya Adelya, seronoklah tu nak mengaji sambil dapat jumpa kengkawan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nom..lega rasanya anak2 dapat pergi mengaji pada orang yang lebih layak mengajar

      memang seronok sangat dia dapat jumpa kawan2

      Delete
  8. kira pun ingt nk mula hantar uwais mengaji dah. saje nak bagi dia kenal huruf mcm Adelya hhihihi. comel Adelya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah nampak je comel tu tapi ganaih bukan main

      Delete
  9. comeyyy sgt...
    alhamdulillah..sngkan bila dkt perumahan ada y mgajar mgaji..x perlu htr jauh2..

    ReplyDelete
  10. penting kan mengaji ni. asas pada segalanya.
    bagi aida, biar la anak aida tu pandai mengaji dulu, kenal huruf jawi dulu, tau baca iqra'dulu, sebelum yg lain-lain.
    mcm izzat skang. alhamdulillah. 2 bulan dlm PASTI, kalau dia tgh happy, dok zikir lah, selawat nabi lah :)
    aduhai, happy mndgr nyer...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...