Friday 24 February 2017

Ber miang kham

Assalamualaikum...

Hari ni ada makan-makan kat seksyen mama nih. makan-makan sempena berjayanya kami menghabiskan Banci Ekonomi (BE2016) dan juga sempena sambutan besday untuk yang lahir pada bulan januari dan februari.

Makanan kami order je sebab malas nak masak, tapi ada jugalah yang bawa sedikit makanan tambahan mama hanya bawa perut sajalah hahaha. apa yang menjadi tarikan pada hari ini adalah miang kham. Makanan berasal dari thailand nih. Mama pun tak lepas peluang untuk mencuba, layan pulak makan mende nih.



 Bahan-bahan untuk miang kham daun kaduk, sos (yang ini tempah orang membuatnya-haa nanti boleh mama gugel dan buat sendiri je), kacang tanah digoreng, kelapa disangai, udang kering, limau nipis, halia, cili padi...wahhh meletup-letup dalam mulut bila makan, bagi mama layan jugalah makan miang kham nih, semua rasa bercampur dalam mulut.




Okeh untuk jan dengan feb hanya 3 orang yang sambut besday campur seorang psh yang baju maroon tu, namanya erra fazira..seronok mama sambut besday ngan retis hehehe. Alhamdulillah masih berpeluang sambut besday lagi..tahun depan inshaAllah jika dipanjangkan umur.

Ada cerita yang kurang enak didengar, kenapakah? rezeki kitakan berbeza, kenapa perlu kita pertikaikan siapa yang lebih dan siapa yang kurang, Sesungguhnya Allah lebih tahu sebanyak mana rezeki yang hendak diberikan kepada hambaNya..Senyum dan berbahagialah..kita tak dapat yang itu, tapi Allah beri yang ini sebab apa? sebab Allah tahu apa yang kita perlukan.

Wassalam

16 comments:

  1. Sekali tengok macam daun sireh kan 😅

    ReplyDelete
  2. Yg sebelah erra fazira tudung pink tu pun nmpk cam retis juga, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itu rempah ratus kak imah bukan retis tu

      Delete
  3. Akak belum pernah cuba miang kham ni....mesti sedap, pedas, manis, masin, lemak, pahit bercampur2 ye?

    Apa yg tak sedap didgr tu? Ttg APC ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dekat tekak saya ni sedap la kak..

      Bkn apc kak tp kenaikan gred

      Delete
  4. Tak pernah jumpa miang kham ni.
    APC tu apa ek

    ReplyDelete
  5. kalo x bgtau daun kaduk.. mmg lya akan kata daun sireh ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lya, kecik2 dulu akak pun selalu silap antara daun kaduk dan daun sireh, rupanya memang sama

      Delete
  6. aida ingat kan daun sireh hi hi...
    aida x pernah makan ni.
    agak nyer kat kelantan ada ke?
    boleh test makan...

    ReplyDelete
  7. Kira macam makan sireh la eh ni... Sedap ye rasanya?

    ReplyDelete
  8. Yg pakai tudung pink tu kalah retis tau.... baju mcm frozen lagi hihi.....
    Tengok hang pakai tudung labuh cantiklah pulak weyh Azra. Agaknya hang kurus kot ek...
    Happy Bezday Azra....

    ReplyDelete
  9. Tengok Mieng Kham teringat kawan yg belanja dan rajin membungkus Mieng Kham masa kat Padang Besar hari tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...