Monday, 6 February 2017

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Satu kelegaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, setelah berbulan-bulan kerja tanpa rehat yang betul, sabtu ahad, cuti umum pun kerja, semalam dah final berjaya siapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Sistem akan ditutup jam 12 malam, jadi kami bertungkus-lumus siapkan kerja sabtu dan.ahad, ahad tu by hook by crook kerja mesti disiapkan jika tidak sistem tidak akan dibuka lagi dan pasti selangor tidak akan mencapai 100% tangkapan data bersih, semua dah berusaha dari awal, dihujung ini ada staff yang punya halangan jadi yang mana ada tu teruskan perjuangan sehingga borang yang terakhir.

Tahun pertama di seksyen ini mama dah menggalas amanah yang berat alhamdulillah dengan team work yang ada mama mampu laluinya dan sedikit pengalaman dari.seksyen lama dapat membantu mama diseksyen yang baru, syukur sangat-sangat, ada sorang staff tu cakap "nanti mesti kaklah rindu dengan sistem" hehehe...of coz la rindu dengan speedminor, rindu eztrace, rindukan timbunan borang dan pastinya mama rindukan kesibukan bekerja, untuk.tahun ini takde projek besar dah, next BE 5 tahun lagi, banci penduduk 2020 dan untuk tahun ini hanya ada survey-survey biasa sahaja.

Kenapa kami yang terakhir siap dan sampai kena tunggu diakhir-akhir garisan nih? Selangor, KL, johor, penang merupakan negeri besar dan kalau kami tak siap, data tentu tak.dapat dikeluarkan, dari julai kami perlu proses 100,137 borang untuk mencapa 100% data bersih. Alhamdulillah dengan bantuan Allah pastinya kami berjaya menyiapkan semua kerja.


Wajah-wajah kelegaan bila borang terakhir berjaya diproses, waktu.ini dah hampir 10mlm ini tengah tunggu bos siapkan report sebelum kami semua balik.

Bos kata hari ini boleh cuti tanpa rekod, yeayy....marilah bercuti,walaupun dah bangun awal dan.rasa gigih nak pergi kerja tapi mama buat keputusan untuk bercuti saja hari ini, luangkan masa dengan anak-anak, kesian anak-anak yang selalu ditinggalkan, inshaAllah lepas ni mama tak sibuk lagi, kalau sibuk pun mungkin hari biasa saja dah tak ganggu cuti hujung minggu. Dapatlah masa bersama anak-anak dan dapatlah mama teruskan misi mengemas rumah hahaha dari pindah bulan 11 hari tu rumah tak.siap berkemas lagi nak.ajak orang datang pun malu.

Oklah mama stop dulu nak uruskan anak-anak pula

Wassalam

12 comments:

  1. Leganya tak terkata ye AA
    Terasa beban digalas di bahu terus ringan

    ReplyDelete
  2. lbh kurang sama mcm sy hari tu nak closing akaun, mcm lipas kudung buat keje, teamwork ni yg sgt membantu..
    best la dpt CTR..hihi

    ReplyDelete
  3. kalo zee keje camni mesti stress..
    tahniah kak..

    ReplyDelete
  4. BE? LHDN erk? rietta pown klu kerja smpai mcm ni....mmg esok hr flat la jawapnya....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Syukur semuanya berjaya diselesaikan.. Tahniah kak lah & team. Lps ni blh luangkan masa dgn anak2..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah lega bila dah tamat. tahniah kak

    ReplyDelete
  7. Memang satu kepuasan bila dapat settlekan kerja ye Azra. Tapi tak payah nak cakaplah seboknya macamana sebelum siap tu kan. Sampai family pun terpontang panting. Tahniah ye Azra

    ReplyDelete
  8. huishhh.. keja ape tu kak? btw, alhmadulillah dah settle kan?

    ReplyDelete
  9. wow. mcm besar tu. keje pe tu?
    and yes la. keje da siap.
    KPI da capai. target da complete memang la legaaaa...
    baru bleh tido dgn tenang kan...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..merdekaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...