Monday, 13 February 2017

Restoran Syah Adilah dan bajet

Assalamualaikum...

Kali ini mama nak ceritakan restoran yang kami pergi makan sampai 2 kali tu. Tempat makan yang pergi sebelum tu takde rasa nak snap picca pun, yang restoran ni memang mama puas hati dan sempatlah nak snap pic..hehehe.

Petang hari kedua tu balik dari Poring Hot Spring, kami nak terus pergi makan jadi terus singgah kat sini, Alhamdulillah rezeki kami sebenarnya sebab kedai pun dah nak tutup waktu tu, kami pelanggan terakhir walaupun waktu tu baru pukul 5.30ptg, kata adik yang ambil order tu, kedai tutup awal sebab ada renovation biasanya tutup lambat, jadinya order dibuat setakat pukul 6 je, Pilih menu dan tunggu makanan sampai.

Semua pilih minuman panas cuaca petang tu hujan gerimis dan sangat sejuk, sesekali angin berhembus menggigil juga dibuatnya. hahaha...makanan sampai berebut makan, sampai rasa macam tak cukup je makanan yang terhidang tu. mungkin sebab cuaca sejuk rasa lapar pun bertambah-tambahkan.

Keesokannya sebelum balik kami repeat makan disini, kononnya nak minum pagi sebab ye lah masih awal baru pukul 9lebih, sekali entah apa kena bila tanya adik yang ambil order tu katanya boleh order makanan biasa tu,apalagi pakat ulanglah menu petang semalam makan dipagi hari...haaa amikk pagi makan tomyam, sedap semua makanannya memang puaslah kami makan.


Signboard restoran

3 layer tea..honey chrysanthemum- sedap air ni mama ambil yang hot
Butter prawn...creamy soo sedapp


Butter prawn yang ini tidak berkuah

Tomyam seafood...pun sedap, pandai orang sabah masak tomyam

Sotong goreng tepung...sedap3

kangkung ikan masin
Haiii telan air liur mama tengok gambar-gambar ni, bila nak masak sedap macam ni ye..
sesiapa yang ke sini bolehlah cuba, tapi mama tak jaminlah selera kita sama sebab tekak kita berbezakan, sedap pada mama mungkin tak sedap pada orang lain, tapi bolehlah kalau nak cuba, harga pun berpatutan sangat, semua makanan campur air dan nasi untuk 8 dewasa dan 5 kanak2 rm180...paling best untuk pagi tu makngah belanja...alhamdulillah.


Kita teruskan dengan bajetlah ye...bajet yang dikeluarkan untuk holiday nih.

Tiket flight Rm285 x 5 = RM1425

Sewa kereta 2 buah  avanza RM1080 (yang ini percuma sebab makngah sponsor..hehehe)

Sewa Kabin 3hr 2mlm RM800 x 8 = RM100 seorang

Duit minyak 3hr 2mlm = RM85 (memang jimat sangat tak habis pun guna, ini pun makdak yang bayar, sebab mama dan makdak berkongsi kereta)

Parking kat klia2 3hr 2mlm rm46 x 3= RM138 (ini mama la bayar, share dengan makdak, makdak bayar duit minyak, mama bayar parking)

Makan-makan dan  tiket untuk satu family(mama sahaja) = RM170 (makan mommy bayar dulu semua dengan tiket lepas tu kira balik so total kena bayar rm170) - ini tak termasuklah makanan sampingan yang beli biskut gery, roti, air mineral dan kudapan lain ye, sebab semua pakat beli sorang sikit dan yang ini tak dikira lah, yang dikira cuma bayaran yang besar-besar.

Bayaran masuk kinabalu park RM3= tiket boleh disimpan untuk poring hot spring (tapi kami tak diberi tiket pulak hari tu)

Poring hot spring = RM3, untuk mandi kolam RM1, kalau nak tunggu je tengok anak-anak mandi tak perlu bayar

Desa Cattle Dairy Farm = RM4 (dewasa) RM3 (kanak2), Bawah 6 tahun dan OKU percuma.
RM100 kalau nak buat wedding photoshoot.

total yang mama kena keluar bajet
RM1425 - tiket
RM200 - sewa kabin(mama & en.azmi)
RM170 - makan
RM138 - parking
Total RM1933

Itu anggaran kasar sajalah ya untuk family mama sebab ada yang tak perlu dibayar kalau semua perlu dibayar...anggarannya perlu ditambah semualah..

Untuk Transport boleh hubungi Borneo Tours 013-8505540

Sekian sajalah entri tentang cuti-cuti mama, tak tahu bila lagi nak pergi bercuti, kalau ada rezeki boleh jalan-jalan lagi nanti.

Wassalam.


16 comments:

  1. Sama juga PC,kalau dah tahu satu2 tempat tu makanannya kena dengan tekak..menang bakal ulang untuk masa2 mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC, kalau sedap mesti kita nak repeat kan

      Delete
  2. bestnya kak... pg ramai2 seronok blh share2 kan

    pastu menu2 tuh aduh menggoda lah, harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana, pegi ramai2 macam ni seronok boleh share2 dengan adik beradik, yang penting jangan berkirakan..sama2 jalan2 sama2 share, tak kisah lah siapa yang bayar lebih siapa yang kurang

      Delete
  3. Teringin pulak nak pergi Azra..... Awak anak kecik dalam RM2k, hakak yg anak dah beso beso ni mau double ek? Terus tak jadi haha....
    Bolehlah try makan kat restoren ni kalau jadi pergi KK nanti, Cepat jugak diaorang bukak makanan berlauk ye Azra.... Pagi pagi dah menomyam nampaknya tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nom...nanti dapatlah pergi tu, honeymoon dengan pak jilap kat sana bestlah sejuk.

      itulah pagi-pagi dah rembat tomyam hahaha..apa boleh buat sedap punya pasal

      Delete
  4. butter prawn = menggoda sungguh !

    ReplyDelete
  5. butter prawn = menggoda sungguh !

    ReplyDelete
  6. Adui.. Penat taip komen, tetiba ter'refresh' page plak..

    Sedapnye menu2 tu..
    Makan panas2 dgn cuaca sejuk, lagi la syoknya..

    Besar juga bajetnye tuh😅😅
    Lama kene simpan ni kalau nak pegi..
    Seronok pegi ramai2..
    Blh share2 kos nye kan, xde la terasa sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kalau pergi tempat macam tu memang agak besar bajetnyakan dengan tiket flight, pastu nak kena sewa transport lain lagi, macam pergi langkawi jugak lah, haii sebut langkawi teringin nak g langkawi kakaka.

      pergi ramai2 memang bestlah lagi enjoy kan, kos pun boleh share sama2

      Delete
  7. Terima kasih mama aryan atas perincian bajet percutian ni... Saya simpan... insyaAllah kalau ada rezeki teringin nak ke Kundasang bila baca kisah keseronokkan mereka2 yang pernah ke sana... ramai kata macm kat new zealand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sweetie..seronok dapat berikan sedikit info buat kawan2, walaupun mungkin tak berapa banyak info yang dapat saya berikan. tapi memang pergi sini macam new zealand tu dekat desa catlle dairy farm

      Delete
  8. tq for sharing budget tu..blh la buat guideline jgk lps ni2..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...