Tuesday, 26 July 2016

Ujian kita tak sama

Assalamualaikum...

semalam agak sibuk, jadinya takdelah layan whatsapp sangat. bila mama dah free tu barulah jenguk telefon, sekali tengok banyak mesej dekat group masa form 6, biasa group ni sunyi je melainkan kalau ada cerita yang hendak dikongsi.

Bila baca mesej dari awal, luluh rasa hati mama ni, sahabat mama ni hebat ujian untuk dia. Masa awal mengandungkan anak kedua dia diceraikan suaminya, atas sebab apa mama takdelah nak korek rahsia, cukuplah setakat yang mama tahu sajakan, yang dia telah bercerai dengan suaminya, Selepas bercerai dia duduk dengan adiknya, banyak kali juga nak berjumpa dia, tapi selalu tak kesampaian.

Semalam baca mesej kawan-kawan lagilah tersentuh hati mama dibuatnya, kawan mama dibedah untuk melahirkan anaknya, atas sebab apa tidaklah pula mama ketahui sebab tahu pun melalui kawan yang bermesej dengan adik kawan mama tu, maklumat yang disampaikan pun tak tahulah.. betul tu memang betul cuma kadang kita ni tak tahu istilah perubatan tu kan.

Apa yang mama faham, masa pembedahan pundi kencingnya terpotong sama..Ya Allah..doktor terpaksa lakukan operation untuk sambung kembali pundi kencingnya. Alhamdulillah baby girlnya ok. Penjelasan dari kawan mama staff nurse di hoshas..rasa bukan salah gunting atau potong, biasa dalam kes c-zer ada risk bladder injured, kalau berlaku macam tu dokte akan repair bahagian yang injured. Mengenai pendarahan tu biasanya berpunca dari masalah rahim, ada orang yang rahimnya tak boleh mengecut secara normal selepas baby dilahirkan. Anatomy bladder kita berada didepan bahagian bawah rahim, memang ada risiko cedera, sebab tu sebelum operation kita dipasang salur kencing untuk kosongkan bladder.

Tak tahulah mana satu cerita yang betulkan, cuma mama harap segala urusan kawan mama tu dipermudahkan oleh Allah, dan harap kawan-kawan juga mendoakan kawan mama tu ye, tunggu weekend barulah mama dapat pergi melawat kawan mama ni, inshaAllah.

Sekarang masih menunggu berita dan info yang berkaitan daripada kawan mama yang berkerja di HTAR pula,apa perkembangan sahabat kami tu dan ingin nak tahu apa cerita sebenarnya. takutlah bila dah disampai melalui mesej sahaja kadang apa yang nak disampaikan tu berlainan dan tak kesampaian maksud sebenarnya kan, ada yang kata terpotong pundi kencing, ada yang kata rahim juga turut dibuang. Masih berdebar menunggu sebab wad mana dia duduk pun masih belum tahu, adiknya masih belum reply mesej setakat ini.

Ujian kita tak samakan, kadang kita merasakan hebatnya ujian untuk kita sedangkan kita tidak tahu ada orang lain yang lebih hebat diuji oleh Allah.


Catatan tambahan hasil dari lawatan kawan mama sebentar tadi, rahim kawan mama dibuang untuk selamatkan nyawa dia juga, kawan mama bleeding selepas bersalin. Hasil makan pati ikan haruan scar tak cantik dan melekat diantara organ. Bleeding disebabkan oleh scar lama, demi menyelamatkan nyawa rahimnya perlu dibuang. Saluran kencing dokte repair dan alhamdulillah tadi kawan mama dah boleh buang air macam biasa, cumanya kawan mama tu masih belum sedarlah.


Wassalam

17 comments:

  1. bila tiba ayat, terpotong pundi kencingnya tu...agak seriau juga akak membacanya.

    Ujian Allah tu ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu. Moga kawan Ilah tu tabah dengan segala ujian yg sedang dia lalui. InsyaAllah ada sinar dikemudian hari.

    Tahniah utk dia juga sbb dapat baby girl.

    ReplyDelete
  2. Sungguh benarlah kerana tahap kemampuan kita yg diuji juga berbeza
    Allah tahu sejauh mana kemampuan ujian yg diberikan kepada setiap hambaNya

    ReplyDelete
  3. Allah...kesiannya. Semoga dia diberi ketabahan jiwa untuk melalui segalanya, dan moga cepat sihat.

    betul..ujian kita tak sama. Tapi semua org mmg ada ujian masing2, mewah juga ujian kan..

    ReplyDelete
  4. Allah.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. semoga kawan mama tabah dan kuat menghadapi dugaannya..

    ReplyDelete
  5. YaAllah Ilah sedihnya akak baca cerita Ilah ni.Mudah2an dia tabah menjalani kehidupan di masa depan demi untuk anak2nya.Part pundi kencing terpotong tu masa akak nak opret tempohari doktor dah terangkan risiko yang bakal di hadapi andai ada sikit kesilapan pundi kencing akan terjejas memandangkan ia berdekatan dengan rahim.Bersyukur juga kawan Ilah buang air kecil seperti biasa kini.

    ReplyDelete
  6. Begitu berat dugaan hidupnya..
    Mungkin ada hikmah sebaliknya..
    Ank2 penguat hidupnya kini

    ReplyDelete
  7. Allah Hu Akhbar.
    ape pon semoga dipermudahkna hendaknya
    berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya

    bab pati ikn haruan tu ye lah kak. sblm ni byk baca.
    nk nk kes bersalin operate. x elok amalkan.
    bru ni terbca di blog mimi plak.

    selamat hri raya akak
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  8. Berat ringannya ujian bergantung pada tinggi atau rendahnya iman kita, berat ujiannya, tapi Allah tau kemampuan setiap hambanya.

    ReplyDelete
  9. Alahai takut membacanya. Saya yang bersalin operate ni mcm2 yg difikir bila mengandung. Pelbagai kes penah dgr, kalau utk diri sdiri, doa sahajalah moga Allah berikan keselamatan utk mama dan baby. Berat sgt dugaan rasanya, hanya kekuatan fizikal dan mental je mampu bantu kita hadapi di samping sokongan moral ahli keluarga pada masa tu.

    ReplyDelete
  10. Allah..seriau nya baca..ye la..masing2 ada bahagian nya..

    ReplyDelete
  11. Subhanallah, moga dipermudahkan dia dan kita semua. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  12. Bila baca cerita awak ni Azra teringat masa mak operate beranak 13 tahun lepas. Masa tu doktor terpaksa ikat sebab mak dah 3x operate. Alasannya utk mengelakkan pundi kencing dengan rahim melekat satu sama lain. Agaknya cenggitulah risikonya...Takut pulak mendengarnya Azra.

    Moga kawan Azra tu cepat sembuh.... Dia tu terpaksa kuat utk hadap semua masalah, moga dia tabah

    ReplyDelete
  13. allahuakbar, kesiannya kawan akak tu
    beratnya ujian yang dia kena terima
    tapi yelah kan, tuhan tak uji lebih daripada apa yang kita mampu tanggung
    ngeri bacab part melekat tu
    kawan akak tu perlukan sokongan tu
    moga dia terus kuat hadapi ujian ni

    ReplyDelete
  14. semoga kawan kak lah cepat sembuh & tabah menghadapi dugaan..
    teringat pulak kat luka operate ni.. huhu..
    pati ikan haruan ni kawan ira bgtau, menurut doc, ia super healing..
    kawan ira tu dia bersalin normal, tapi uri dia sangkut..
    Alhamdulillah doc berjaya keluarkan jgk..
    dia ckp dia mkn bnyk sgt pati ikan haruan, dlm 20 botol mcm tu..
    tapi ira tau lps da bedal 5 botol pati ikan haruan.
    ikan haruan yg fresh tu pun mkn jugak.. huhu..
    nk buat mcm mana kan.. da makan, tawakkal je la..


    ReplyDelete
  15. Aduh! Ngilu saya bila dengar terpotong sana-sini. Sebab itulah masa bersalin kedua-dua anak saya takut betul, bukan takut sebab sakit bersalin tapi takut tinggal kat hospital, takut doktor atau nurse tersalah itu atau ini. Aduhai, banyak fikirnya!

    Betul tu, dugaan kita tak sama! Kita selalu rasa kitalah yang teruk diduga, kenapa hidup jadi macam ni tak macam tu tapi yang sebenarnya ada orang lain yang lagi hebat dugaannya dan tetap sabar!

    Semoga kawan AA tu cepatlah sedar dan sembuh serta tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang walaupun hakikatnya kita yang mendengar pun terasa betapa sukarnya nak menghadapi setiap dugaan tersebut!

    ReplyDelete
  16. semoga kawan tu dipermudahkan segalanya.
    diberi nikmat kesihatan yg tiada penghujung nyer...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...