Thursday, 21 July 2016

Cikgu Jasmin Kecik

Assalamualaikum...

Puteri Solehah mama yang seorang ini ada-ada saja akalnya. Baru-baru ini tecer taskanya memberi beberapa helai tudung kepada Adelya, terujalah dibuatnya, dalam kereta lagi terus keluarkan dari plastik, ada tudung gambar princess lagilah adelya suka, lepas siap cakap "nanti yaya nak tunjuk dekat abang" amboi kemain semangat sampai nak tunjuk pada abang dia bila balik sekolah nanti.

Sampai dirumah teruslah adelya cuba tudung yang diberi oleh tecernya tu, memang suka sangatlah dia, siap pakai sendiri, tudung pertama dicuba tentulah yang bergambar princess, ye adelya kan princess ala-ala kartun brave tu hehehe, princess yang berani dan lasak,memag sesuailah dengan adelya tu karektor brave tu..hehehe



Tengoklah tu..nampak solehah sangat gayanya tu, tapi tengah dok panjat kerusi ni haa..hehehe solehah yang nakal, mama nak ambil gambar je macam-macam gaya yang dia buat.

Lepas dah puas minta mama ambil gambar dia buka tudung dan tinggalkan yang bahagian dalam tu je, adelya datang pada mama sambil berkata "cik jasmin besar..cikgu jasmin kecik nak susu botoi" mama pandang adelya, dia senyum je.." mamakan cikgu jasmin besar, yaya cikgu jasmin kecik" mama masih hairan, tapi adelya tetap membahasakan dia cikgu jasmin, lama-lama baru mama perasan rupanya dia samakan dengan cikgu jasmin upin ipin.



Adelya panggil mama cikgu jasmin besar sebab mama pun berserkup kepala macam adelya juga, ialah mama memasak tentulah bertutup kepala supaya rambut tak berterbangan masuk ke dalam masakan, itulah punca mama jadi cikgu jasmin besar dan adelya pula cikgu jasmin kecik..hahaha ada-ada je akal budak seorang ni kan, mama pun tak terfikir. adelya ni memang mulutnya pot pet pot pet tak reti diam hehehe ada je benda dia nak cakap. takpelah asalkan anak-anak membesar dengan sihat.

Wassalam

14 comments:

  1. hahaha, bijaknya cikgu jasmin kecik ni bercakap

    ReplyDelete
  2. La ingatkan cikgu jasmin tu tecer dia....bijak sungguh ank dara kecik Ilah ni ya....macam2 dia boleh fikir.
    Comel dah tu yaya ,dH macam model muslimah makcik tengok.

    ReplyDelete
  3. Hihi, melekat betul watak cikgu jasmin dlm jiwa bebudak ye. Cikgu jasmin kecik minum susu botoi yr

    ReplyDelete
  4. Doa yg akk ckp tu dlm buku karangan Dato Haron Din, buku tu arwah mak pinjam kawan dia, tu yg tak dpt cari. Minta maaf ye

    ReplyDelete
  5. Hhihi ... Comel je adelya... Bijak lagi =) ...

    ReplyDelete
  6. comel nye kalau budak-budak pakai tudung,hehehe bab cikgu jasmin tu kelakar je..cik jasmin besar n cikgu jasmin kecik..heheh bijaknya adelya...:)

    ReplyDelete
  7. Nampak solehah..comel bertudung cikgu jasmin ni

    ReplyDelete
  8. bijak betul dia.. hehehhehe
    mmg comei sgt adelya ngn tudung2 tuh

    ReplyDelete
  9. haha...ingatkan dari mana datangnya cikgu jasmin tu
    tak teringat pula ada cikgu jasmin dalam cite upin ipin
    comel dak adelya ni tau =)

    ReplyDelete
  10. Besar nanti jadi cikgu ye yaya..
    Bijak cerdik si comel ni ;)

    ReplyDelete
  11. Comelnya yaya..
    Biasalah ank perempuan, mulutnya mmg pot pet pot pet.. hihi..

    ReplyDelete
  12. Hahaha! Seronokkan bila ada anak kecil yang mulutnya potpetpotpet aje! Geram rasa nak gomol-gomol aje 24-7!

    Amboi Adelya! Gaya macam tengah beri ceramah cikgu Jasmin kecik ni! Cikgu hisap susu botol lagi ehhhh....

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...