Ketupat palas

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak share cara buat ketupat palas...kikiki macam terror sangat nih, ini ada kawan minta share jadi mama share, harap-harap dapat membantu ye kak imah

Gambar yang mama share diambil dari fb sebab masa mama buat tu, mama tak snap picca, segan pula dengan mertua hihihi. Tapi mama tak ingat fb siapa, terima kasih tuan empunya gambar, mama minta nak share ye..





Itulah cara menganyam/ada orang kata cucuk ketupat palas.

Mama belajar dari kawan mama, emaknya memang ambil tempahan buat ketupat palas nih, masa belajar dulu siap ada video, tapi enfon lama dah rosak sekali dengan video pun hilang, kalau tak boleh mama share video kat sini.

Mama pun nak share cara masak pulut untuk ketupat palas ni jugalah seperti yang diajar oleh emak kawan mama tu, untuk ingatan mama juga nih, senangkan sebab buat setahun sekali kadang-kadang boleh lupa juga dibuatnya.

Kalau nak buat sekilo pulut, santan yang digunakan adalah sebanyak satu bekas aiskrim yang bulat tu, bekas yang besar bukan yang kecik tu ye. Masaklah pulut bersama santan sehingga masak.

Cara isi pulut (gambar mama ambil dari fb juga..tq pada yang share)

Lepas pulut masak, isilah dalam daun palas yang telah dianyam/dicucuk tadi, kemudian masak semula dalam periuk, air yang diletak dalam periuk untuk rebus ketupat tu, mesti sama paras je dengan ketupat yang ada dalam periuk, masak hingga kering air.tapi jangan sampai hangit, itu kalau terlupa ketupat yang dimasak dalam periuklah.

Haa...macam tu lah cara mama buat ketupat palas.

Selamat mencuba, seronok memasak bila anak-anak makan dengan penuh selera. Semalam pun mama buat rendang ayam dan nasi impit untuk abang adam jamuan raya hari ini, belum sempat masak semua dah minta nak makan rendang, amboi sangatkan..macam sedap saja.

Wassalam

Comments

  1. saya suka ketupat palas tapi di tempat saya hanya ada ketupat daun kelapa guna beras je sebab tempat kami tak ada daun palas . daun kelapa memang banyak lah . klu beraya umah org ada ketupat palas , memang selamba je lah pulun banyak2 ... hehehee

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaaa! Siqah tak tahu buat ketupat palas. Tahu makan je. Hehe. Kegemaran tiap kali raya cuma tahun ni tak dapat rasa yang atuk buat sebab beraya rumah mentua dulu. Jumpa ketupat daun kelapa je kat johor. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Keluarga kakak memang tak pernah buat ketupat palas.
    Di Johor ni jarang ada melainkan kalau ada menantu/keluarga dari utara adalah rasa
    Kalau dah tak pernah buat memanglah tak pandai nak membalutnya AA
    Tapi ketupat biasa kakak boleh anyam macam-macam bentuk.

    ReplyDelete
  4. Boleh la sis pos ke sini satu.. Hihihi reen teringin betul nak makan.. Nak buat risau membazir sebab kami berdua je.

    Seblum ni kawan office balik je kl dari kelantan, dia akan bawa ketupat ni dari kgnya.. Ya Allah sis.. Sedap! Kt mna agknye leh bli kt KL ni ya.. :(

    ReplyDelete
  5. Sy baru je buat ketupat palas ari tu..
    First belajar juga buat.. Senang je rupanya nak buat dia.. Hehe
    .

    ReplyDelete
  6. Wajib mak buat setiap kali raya..
    Kami punya mesti ada kacang dlmnya..
    Thn ni ank no 4 rajin pula membuatnya..

    ReplyDelete
  7. Sy suka ketupat...tp kena pantang setahun...sabo je la

    ReplyDelete
  8. Sy suka ketupat...tp kena pantang setahun...sabo je la

    ReplyDelete
  9. sedap ketupat palas..ada yg bubuh kacang, jagung..

    ReplyDelete
  10. suka juga makan ketupat palas ni. nak membuat nya belum sempat lagi. tp nak mencari daun nya tu pun bukan nya senang. di perak susah jugak nak jumpa.
    Hari tu, adik ipar akak, import dari perlis tau.

    ReplyDelete
  11. Saya mmg tak pandai mengayam ketupat, apa-apa ketupat pun.... Itu satu hal... nak mengisi beras dalam sarong ketupat tu pun tak pandai nak mengagak... pernah cuba... lepas siap di rebus, ada yang keras, ada yang lembik.

    ReplyDelete
  12. Nengok cam leceh, nengokla..kena try baru tau kan. Tq mama yan, sudi syer, akk ingatkan ketupat palas ni digoreng, heh heh, dah tuo baru nak belajar, nasibla kan. Sebenarnya akk tk suka sgt, tapi tengok ank2 akk suka sangat makan tu yg tingin nk buat.

    ReplyDelete
  13. Saya biasa buat cara yang pertamanya... iaitu ketupat jantan...

    ReplyDelete
  14. ni kalau irda yg buat ni kak..sampai lunyai daun tu xjadi2 gak...hanya tangan2 seni je boleh buat n yg teliti je ni..kalaunirda ni suka mkn je ni..huhu...irda suka kalau ketupat ni isi pulut..ya Allah sedapnya....

    ReplyDelete
  15. Tq share cara2 buat ketupat palas ni.. nnt blh google je cari blk entry kak lah ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. aduhai. aida sgt suka ketupat palas ni.
    tiap kali raya minta skit dgn jiran sebelah, org tganu.
    thn ni dia bersalin plak... hu hu...

    ReplyDelete
  17. ketupat palas mesti ada kala hari raya tu

    ReplyDelete
  18. Saya tengok step by step cara buat ketupat palas tu pun rasa macam dah nak pitam dah ni ^_^

    Kat kampung saya selalunya kami makan ketupat. Dulu adalah arwah abang ipar yang pandai menganyam ketupat ni selain emak saya sendiri. Bila beliau takda dan emak pun tak sihat lagi nak masak-masak raya ni, kita tukar nasi impit segera ajelah. Kalau teringin nak ketupat, beli daunnya siap-siap *_* Nak suruh belajar menganyam dari kecil sampai dah beranak pinak pun tak lepas-lepas lagi. Malas belajar yang sebenarnya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts