Sunday, 10 July 2016

Menjelang syawal

Assalamualaikum...

Cerita sehari sebelum syawal. Sibuklah membeli barang untuk dimasak pada hari tu. Mama perlu masak rendang untuk rumah dikampung mama. Pergilah kami semua ke pekan sehari lancang. Jumpa pula orang jual daun palas, mak mertua tanya "nak buat ketupat palas tak?mak tak reti buat" mama kata ok je belilah,macam konfiden je kan hihihi.

Kemudian ke mempaga segar pula mencari bahan-bahan lain, terjumpa pula kawan lama yang dah bertahun tak jumpa,apalagi sempatlah berborak sementara menunggu giliran untuk membayar,sebab barisan cukup panjang dan sempat pula berselfie,tapi kat tepi-tepi lah bukan ditengah laluan orang membeli barang.

Selesai membeli barang balik rumah mama teruslah menganyam ketupat palas, mak mertuasettlekan ayam dan daging,adik-adik ipar sediakan bahan-bahan. Sesudah itu abg ipar masak rendang daging dan gulai kawah daging,mama pula masak 3 ekor rendang ayam..tu diaa banyaknya, 3 ekor untuk rumah mama seekor untuk.rumah mertua,mulanya nak masak dikampung mama tapi mak mertua kata masak je dirumah senang,dah siap hantar je ke kampung mama.


Ketupat palas dan rendang ayam, oh ya ketupat palas tu mama anyam je, yang masak pulut semua mak mertua, masak banyak-banyak tak konfiden lak,lagipun rumah mertua segan pula,kalau dirumah sendiri haruslah terror kikiki ye lah sangatkan, pernah masak sendiri ketupat palas nih tapi buat sikit je,banyak-banyak tak pernah lagi.

Malamnya dah siap semua, bawalah rendang ayam,ketupat palas dan lemang yang dibeli ke kampung mama, mama kena masak rendang sebab adik-beradik mama balik lambat, kesian pula diorang nak memasak lewat tentu penat, jadinya mama yang masakkan rendang ayam tu,mujur kampung mama dan en.azmi dekat-dekatkan,mudahlah kerja mama. Seronok rasa sebab dapat bahagikan masa untuk kedua-dua belah keluarga.

Ok nanti sambung cerita edisi khas syawal pula.

Wassalam

10 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

    bestnya kampung dekat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya..

      Itulah kampung dekat senang juga

      Delete
  2. Wah mama yan, tak sangka pandai anyam ketupat palas. Nnt bolelah tunjukkan step dia bole tak? Ank akk cukup suka ketupat palas ni.
    Bestnya kg dekat2, meriah sangat kan..dapat bayangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak boleh..nanti saya share ye..hehehe, takde lah pandai sangat kak tapi boleh la sikit2..

      Meriah kak..dpt berkumpul dua2 kampung

      Delete
  3. selamat hari raya sis..wahh terliur tengok rendang tu...kalau dekat nak sepinggan..hhehe...salam kenal sis

    ReplyDelete
  4. kalau masak banyak-banyak ni, beramai-ramai tak jadi masalah. yang jadi masalah kalau masaknya sorang, makan nya beramai-ramai kan?
    syukur lah family Ilah mahu kerjasama buat rendang ketupat semua tu. ringanlah kerjanya.

    pandai buat ketupat palas. akak, org buat akak tengok. makan lg pandai.

    ReplyDelete
  5. Senang ye Azra makanan Raya belah Utara ni...Rendang ngan ketupat palas.Lepas tu dah boleh rehat tengok TV..

    Terer no menganyam ketupat palas tu. Teringin pulak nak makan. Pernah makan dulu tp dlmnya ada inti serunding.

    ReplyDelete
  6. aduhai sedap nyer ketupat palas... rendang ayam...
    kat belah mak mertua, aida jugak yg memasak.
    adik beradik asben x ramai. abg2 ipar balik lewat, hal anak-anak :)
    best. aida prefer handle dapur mak mertua sensorang.

    ReplyDelete
  7. Bila baca kisah AA ni teringat pulak anak saudara saya yang satu tu. Kahwin sekampung memang mudah yang amat. Kejap rumah mak mertua, kejap balik rumah mak sendiri. Yang penting time raya tetap juga ikut giliran nak beraya di mana :)

    Aha, tiga ekor ayam buat rendang. Kalau saya, separuh daripada seekor pun tak konfiden nak membuatnya lebih-lebih lagi depan mak mertua!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...