Wednesday, 13 July 2016

#teamrayaperak...gedixraya, makan kenduri

Assalamualaikum...

tujuan sebenar kami ke Perak sebab paksu (adik arwah ayah mama) jemput kenduri anaknya kawin, dah alang-alang sampai tu kami jumpa sekali dengan saudara yang berhampiran. kebetulan pula saudara sebelah arwah mak pun ada yang duduk berhampiran jadi kita jumpalah sekali kan.

Kenapa duduk bukit merah tak duduk je rumah sedara? hahaha...keselesaan itu penting, lagipun dah ramai dirumah paksu jadi tak mahulah mama nak bersesak-sesak lagi dengan anak-anak tentu tak selesakan, itu bagi mamalah, sebab mama ni memilih sikit, dah tua-tua nih bab tempat tidur tu jadi keutamaanlah, segan dah nak tidur bergelimpangan beramai-ramai,nanti dengan anak nak menyusu bagai segan juga dibuatnya.



Inilah rupa apartment bank yang kami duduk tu, luas dan selesalah, anak-anak mamalah yang paling teruja suka sangat dapat duduk situ, ye lah macam bercutikan, sukalah anak-anak. Selesa tu bukanlah bermaksud nak.rumah besar dan tilam empuk ye, rumah kecil dan tidur di toto atau beralas tikar mengkuang pun mama tak kisah sebab kecik-kecik dulu mama tidur atas tikar mengkuang je.


Pukul 8 pagi semua semangat bangun tidur dan terjun kolam. mama takde nak terjunnya, mama kalut dok iron baju untuk pakai kenduri. Haa...baju kenduri dengan raya pertama sama ye..hehehe, alkisahnya adik-beradik nak sedondon dihari kenduri jadinya kita sedondonlah, mama malas nak beli baju lain, jadi pakai saja baju kenduri untuk raya dulu.

Sedondon geng gigirl, beli dekat LRC yang sedikit kontoversi tu hehehe..lain kali tak beli dah kot,kita beli dekat butik lain pulak
Sebelum gerak kita bergambar dulu, lepas tu sanggup pula pergi cari kawasan sawah untuk bergambar, ini pakcik la yang bawa, maklumlah dia biasa di kawasan situ, sebab belajar dekat-dekat situkan, apalagi melaramlah semua ditepi sawah tu.konon-konon modellah..hehehe kata kawan mama dah macam model jubah untuk butik je..sesekali fefeeling modelkan. Layankan gambar-gambar kami yang ada, banyak sebenarnya tapi mama share sikit-sikit je lah, nati ada lak yang berpinar biji mata tengok kalau banyak-banyak kikiki.

Ada juga gambar berlima, dihari raya keempat..baju hari raya pertama hihihi..takpe orang perak tak tengok lagi.
Anak-anak pun tak lepas peluang nak bergaya

Adik ipar (pakndak) dan adik-adik pakcik,pakjang dan paksu mama pun kemain bergaya ala-ala model, semua pun biru juga bajunya.
Mommy,daddy,darwisy & daeisha

Amboi-amboi ibu dengan abah kemahin lagi gayanye tu

Mommy dan pakjang
Pakcik dan makngah

Maktam dan abg awisy

Kononlah nak bergaya ala-ala model..kekeke,sesekali ye dok layankan je, suami pun tunggu je la
Lokasi penggambaran sawah padi di gunung semanggol...teruja weh sebab jarang dapat tengok sawah padi..heheh

Selesai bergambar kami terus ke taman mewah kamunting, rumah paksu, semua adik-beradik arwah ayah ada, lama jugalah kami lepak kat situ, mama banyak tak kenal dengan adik-beradik arwah ayah, tapi ibu memang kenallah sebab masa arwah ada dulu, ibu lah yang selalu bawa arwah balik ke kampung, jadi ibu kenallah juga tapi ada juga yang tak berapa ingat sebab dah bertahun tak jumpakan, ada pulak tu yang sebijik muka arwah ayah..huhuhu sedihhh, masa nak balik makcik ni siap peluk dan nangis-nangis, ye lah sedihkan bertahun tak jumpa dan nanti tak tahu bila lagi dapat jumpa pula.

Bersama pengantin..yang perempuan tu sepupu mama,kebetulan sama tema dengan pengantin
Bersama anak-anak buah dan mama pun dah bercucu..
Bersama adik-adik dan abang arwah ayah, yang bertopi tu sebijik muka arwah ayah..dulu-dulu paktih pernah tinggal dengan kami sekejap
Nak gerak ke kereta pun sempat lagi berhenti berborak dan bergambar, tak puas jumpa sekejap rasa nak sembang lama-lama dengan sepupu pun ramai yang tak kenal dah huhuhu

Balik dari kenduri kami tuju pula ke manjung rumah pakcik adik arwah mak, jalan sesak juga dari kamunting nak ke manjung tu, kami sampai 6lbh, makan-makan, mandi solat semua, pukul 9.30mlm gerak balik,pakcik suruh tidur je dirumahnya tapi kami dah malas sebab esoknya ahad nak rehat-rehat dirumah pulakan.kami balik ikut sabak bernam, melekat juga jalan, lepas tu potong masuk jalan kampung, alhamdulillah dapat lari dari kesesakanm,mama pun tidur-tidur ayam saja sebab menemankan en,azmi memandu, sampai rumah pukul 1.30, sempat pula masak mee sebab adrien lapar, pukul 2.30lbh juga dapat lelapkan mata.

Bergambar bersama pakcik dan makcik sebelum gerak balik ke klang

Sekian cerita raya #teamrayapahang dan #teamrayaperak, best juga nih kalau tiap-tiap tahun pergi berjalan raya ke perak, tapi tu lah banyak perkara perlu dipertimbangkan tu.

Wassalam

23 comments:

  1. wah memang dah macam model masing2 Ilah ...posing kat sawah padi ...cantek pemandangan dan model2nya juga .Meriah kakak tengok suasana bila dan berkumpul gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kak..kengkonon model hehehe..itulah kak dapat berkumpul semua memang terasa kemeriahannya tu

      Delete
  2. Seronoknya! Selamat hari raya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat, selamat hari raya

      Delete
  3. Wah.. lawa bangat gamabar korang kat tepi sawah tu.. haha.. kemain la.. tapi nampak ceria dan gembira semua yang ada tu. Srronok konvoi ramai2 macam ni..alhamdulillah semua dapat lapangkan masa nak berkumpul pergi ke perak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sesekali aisy, susah nak dapat peluang macam nih. memang gembira rasanya bila semua dapat berkumpul macam tu,walaupun terasa sedikit kekurangannya tu.

      itulah seronok semua ada

      Delete
  4. Meriahnya ... Selamat Hari Raya Aidilfitri ... Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah mia..selamat hari raya maaf zahir batin

      Delete
  5. Pak jang tu nape, raya brtongkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak jang tu kakinya patah kak masa main bola

      Delete
  6. mmg meriah sgt2 nih kak...
    lawo lah baju raya akak sefamily tuh...

    mmg cun lah model2 di sawah padi tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriahlah dana, sesekali kan hehehe

      hahaha tak dapat jadi model majalah model depan sawah pun jadilah dana, dapat juga fefeeling model gitu kekeke

      Delete
  7. amboi sakan beraya di perak, ala-ala model.
    mula-mula akak tak perasan pun ada pengantin di tengah2 tu
    dah baju sedondon biru jugak kan.
    tengok kali ke-dua baru perasan,
    tenggelam dibuatnya dek ibrahims'gugurl ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakan kak KB..hahaha layankan saja sesekali.

      itulah pengantin dah sedondon warnanya tu haa

      Delete
  8. Dah Pak Jang tu kenapa? Bertongkat?

    LRC apa ke bendanya Azra? Liana ....yg kat Bangi tu ke? Hari tu masa puasa tgk butik dia kusss semangat penuh sesak.
    Keluarga model gamaknya ni pandai bergaya semuanya.

    Weyh mak pun tak suka tidur campur gaul gitu, kalau boleh mmg nak tidur ada bilik sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah... lrc tu apa?
      ceciter skit nanti ekk...

      Delete
  9. Bila sesekali berkumpul dgn sedondon akan nampak lebih meriah dan ceria AA.
    Apa lagi ada majlis mesti dpt bertemu ramai saudara-mara.
    Tapi background sawah kalau posing memang cantik, nampak mendamaikan sangat.

    ReplyDelete
  10. mak ai , jeles sih tgk org bergambar dgn family mcm tu . Kami dah tak teringat pun nak bergambar ramai-ramai sebelum pi beraya , sungguh ! dah berthn buat lagu yg sama ... hahahaaa

    ReplyDelete
  11. Seronoknya berhari raya kak AA :) Sedondon semuanya. Baju lawa bunga2 😍😍

    ReplyDelete
  12. Comel la baju....berkenan sangat...ala ala princess gtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. bab baju tu pun aida suka.
      lady like gitu...

      Delete
  13. sgt suka pic dlm entry ni semua.
    nice...
    meriah.
    tepi bendang tu yg mahal :)

    ReplyDelete
  14. Seronoknya beraya. Setahun sekali melawat sanak-saudara tentulah seronok. Bukan main semua bergaya mengalahkan model. Tapi takpalah, baju kita bayar sendiri, kamera pun handphone sendiri, penonton pun kaum keluarga sendiri, setahun sekali berposing ramai-ramai apa salahnyakan!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...